Transformasi Syukur dari Hati: Sistem Revolusi Hati Sahabat Hatiku

Bismillah.

Perasan tak kita sering ibaratkan hidup kita seperti roda. Kadangkala kita di atas dan kadangkala kita berada di bawah. Ada naik dan ada turunnya.


Bagi anda yang berada di bawah dan dengan mudah bangkit semula, ia adalah satu kelebihan.


Namun, ramai di antara kita yang selalu tertekan dengan masalah-masalah yang dihadapi ketika susah. Hati jadi tak tenteram, otak berserabut, hidup jadi tak terurus dan lain-lain lagi yang menyebabkan kita terus hadapi tekanan dalam hati dan jiwa.




Namun, setiap masalah ada penyelesaiannya.


Macam mana tu?


Ia perlu dimulakan hanya dari dalam hati kita.


Hati yang kuat akan menjadikan hidup kita lebih bermakna walaupun kita ditimpa masalah. Masalah juga akan mudah diselesaikan.


Saya sendiri pun ada masalah. Ya kita semua ada masalah. Yang membezakan kita adalah adakah kita fokus pada masalah atau kita fokus pada jalan penyelesaiannya?



Dengan Izin Allah, Saya Jumpa Apa yang Saya Cari

Beberapa  bulan yang lepas, saya juga seperti anda. Berturut-turut masalah datang. Saya jadi sangat serabut. Setiap kali lepas solat, saya doa sungguh-sungguh dan minta Allah berikan saya jalan keluar kepada masalah-masalah ni. Alhamdulillah, Allah bagi bantuan pada saya dengan secara tidak sengaja saya terpandang sesuatu di newsfeed facebook personal saya. Satu kotak yang mengandungi buku dan cd dalamnya. Mereka memanggil ia sebagai 'sistem'. Menarik!

Lalu saya pun terus hubungi puan yang menjual itu untuk bertanya lebih lanjut, tapi tak ada balasan.


Mungkin beliau terlepas pandang message saya.


Saya tak putus asa.


Dan Allah bagi lagi peluang kedua untuk saya.


Saya terlihat pula kotak yang sama muncul di newsfeed saya. Kali ini lebih mudah saya rasa kerana ia datang dari facebook sahabat saya yang juga merupakan kawan sekolah dulu.


Alhamdulillah beliau juga merupakan pelapis coach ehati. Lega. Allah permudahkan urusan saya untuk mendapatkan sistem tersebut. Boleh juga baca kisah yang saya tulis di sini.



'KOTAK' AJAIB Yang Menjadi Teman Setia Saya


Memang best sangat bila kotak ajaib tersebut sampai ke rumah saya. tak sabar nak baca dan dengar audio-audio yang ada.


Pertama kali saya baca buku tersebut, saya rasa macam "Ya Allah sayangnya Kau padaku, Kau bagi aku jalan penyelesaian pada semua masalah aku sebelum ini".


Yang penting saya perlu apply semua teknik-teknik yang penulis kongsikan dalam buku tersebut.


Serius, saya sangat suka baca buku ini sehinggakan saya bawa buku ini ke mana sahaja saya pergi. Asal kereta berhenti je (solat, atau isi minyak) saya akan baca buku ni. Berulang kali juga saya baca. Tak jemu. Best baca perkongsian pengalaman penulis sendiri dan bagaimana cara dia bangkit semula dari zaman gelap beliau dulu.


Hiduplah dengan lebih tenang, bahagia, bersemangat, tersenyum dan yang paling penting kita perlu menghargai dan menyayangi diri kita. Diri kita adalah perkara yang paling berharga dalam hidup ini.


Ya Allah saya terus teringat pada sahabat-sahabat shaklee saya dan kumpulan sokongan yang banyak membantu dari segi motivasi dan semangat. Walau jauh di mata, hanya berhubung di alam maya tapi rasa sangat 'connected'. Dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang positif memang satu anugerah dari Allah.


Sistem Revolusi Hati (saya panggil kotak ajaib..hehe)




Sistem ini mengandungi:



  • Buku Revolusi Hati
  • CD Audio Transformasi Hati
  • CD yang mengandungi 7 Audio Refleksi Membina Kekuatan Diri Dengan Formula Refleksi Hati 
  • Kos penghantaran percuma

Bagaimana kotak ajaib ini dapat membantu anda dan saya?

Permulaan yang baik harus disudahi dengan baik. So bagaimana kotak ajaib ini mampu membantu merubah diri anda?

Percaya atau tidak, kejayaan dan kegagalan yang kita alami sekarang adalah hasil daripada tindakan kita yang terdahulu. 

Tindakan kita pula berdasarkan perangai kita. 

Perangai kita akan beri hasil yang kita akan dapat nanti. 

Sekiranya kita menghadapi masalah pada masa sekarang, itu adalah kerana perangai kita pada masa lalu. 

Walaubagaimana pun, setiap perangai yang kita miliki boleh diubah dan perubahan yang kita lakukan boleh menjadi perangai kita pula. 

Apabila perangai berubah, hasil yang kita dapat tentu berubah juga. 

Macam mana ya nak ubah perangai yang memang dah sebati dalam hidup kita ni? 

RAHSIANYA.....



Rahsia yang sebenar ada pada diri anda. Potensi yang mungkin anda tak sedar.

Apa yang penting kita perlu praktik secara berulang-ulang hingga lah diri kita terbiasa dengannya. 

Meh kita perhatikan bayi yang baru lahir, mereka tak terus berlari sebaik je lahir kan? Terkejut mak kalau terus lari. hehe. Mereka bermula dengan meniarap, merangkak, kemudian bertatih dan berjalan. 

Perhatikan pula tempoh masa yang diambil untuk berjalan. Ada yang 10 bulan dah boleh berjalan, ada yang setahun dan ada yang setahun lebih. Unik kan?

TAHUKAH KITA?


Berdasarkan kajian Neuro Linguistik program (NLP) dan psikologi mendapati bahawa manusia mudah untuk melakukan perubahan jika aktiviti yang dilakukan melibatkan elemen visual, audio, perbuatan kinestatik dan audio digital.

Kajian juga mengatakan bahawa sesuatu perkara yang dibuat secara berulang-ulang dalam pola dan rutin yang berulang-ulang akan menyebabkan rutin tersebut menjadi tabiat dan habit yang lama-lama boleh berubah menjadi kebiasaan yang semulajadi. 

Yang pasti kita perlu bersabar. Perubahan perangai tidak berlaku sekelip mata. 

Oleh itu, penulis sistem ini iaitu Puan Diyana Tahir akan membantu kita bertindak dan memberi bimbingan proses perubahan yang berlaku.

InsyaAllah, kotak ajaib yang mengandungi Buku Revolusi Hati dan CD Audio ini dengan panduan dan bimbingan pencipta sistem ini, Puan Diyana Tahir akan membantu kita membentuk satu sistem kehidupan yang lebih teratur sekaligus meningkatkan rasa bahagia sepanjang masa.




Bukan komputer saja yang perlukan sistem. Tetapi sebagai manusia kita juga perlukan sistem dalam kehidupan, betul? 

Hidup kita tak bahagia kerana keadaan dalaman yang kucar kacir, masalah dalam hidup bermula apabila kita tidak tahu bagaimana menguruskan persoalan dalam diri kita. 

Cuba renungkan adakah apa yang kita mahu adalah sekadar kehendak hati tetapi ia langsung tidak memberi manfaat pada kehidupan kita dan orang disekeliling kita?


Bagaimana Menggunakan Sistem Revolusi Hati?




Proses # 1:

Baca buku dan buat latihan yang diberikan
Ini dapat membantu kita untuk terlibat sama dengan proses transformasi hati.









Proses # 2:

CD Audio Terapi merupakan alat bantu untuk 'switch' emosi negatif kepada emosi yang lebih positif seperti memaafkan, menyayangi, mendamaikan dan kesabaran.


Audio ini juga membantu kita menanam perasaan positif dan memprogram kembali hati untuk melahirkan energi positif bagi menarik segala kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup. 









Proses # 3:


Kita juga boleh membuat praktikal sesi refleksi dengan bimbingan Audio Refleksi ini. Kita akan dibantu langkah demi langkah dalam mempraktikkan 7 Teknik-teknik transformasi hati dan mengalami revolusi hati secara lebih mendalam dan mengalami impak positif





Pengalaman saya sendiri, sistem revolusi hati ini sangat bermakna pada saya. Ia memberi kesan yang mendalam. 

Perkongsian penulis iaitu Puan Diyana Tahir sangat menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Dan beliau berbesar hati berkongsi teknik-teknik yang beliau gunakan untuk bangkit semula dari kegagalan. 

Sangat beruntung mereka yang telah memiliki sistem ini. Hanya perlu tiru sahaja apa yang penulis buat yang diterjemahkan dalam buku dan cd audio revolusi hati.





Jika anda rasa hati anda memerlukan perubahan dan anda rasa inilah masa untuk berubah,


terus hubungi 

Ija 013 5150155


sekarang dan ija akan berikan maklumat lanjut.



Baca juga:






Related Post

0 Komentar