Sijil Halal Shaklee


SIJIL HALAL SHAKLEE 2014

Sijil halal shaklee 2014


: Sijil Halal SHAKLEE Yang Dikeluarkan Pada 27 January 2014 :-
Pengiktirafan Halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services of Amerika (ISA) yang telah diiktiraf oleh JAKIM. 
Oleh sebab itu, anda tidak perlu was-was lagi dengan produk Shaklee dan menggunakannya dengan senang hati. Saya juga tidak akan menjadi pengedar dan pengguna Shaklee jika ia tidak halal.

 Rasulullah SAW mengingatkan umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara berkaitan makanan dan minuman yang diambil. Hadith daripada Nukman bin Basyir r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata, (telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oleh ramai di kalangan manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram".
 (Riwayat Bukhari)

"Wahai sekalian manusia!, makanlah daripada apa yang ada dibumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu".
(Al-Baqarah: 168)


kredit to naluri ibu blog



Nota kaki yang panjang: panjang sikit je... heheh... Ramai juga yang bertanya pada saya, kenapa tak makan madu, za'faran, minya zaitun atau amalkan makanan sunah nabi? dan nabi tak minum pun soya, esp dan vitamin

jawapan saya... Alhamdulillah memang saya tak menafikan semua makan itu adalah yang terbaik dalam dunia, teruskan jikalau anda memang dan mengamalkan nya ianya memang sangat bagus. Tapi Rasulullah pun tak pernah makan nasi lemak, sushi, bakso, laksa penang.. bukan sebab haram tapi benda tu semua tiada disana waktu itu.... so mohon sangat jangan kita nak haramkan yang halal.
0 Komentar