Ainul Fadzilah Mustafa Sang Jurutera Dari Rumah yang Saya Kenali


Sepanjang perjalanan saya dalam shaklee, Allah izinkan saya untuk bertemu dengan ramai orang. Saya mula membina 'networking'. Mereka lah menjadi cerminan untuk saya. Sehingga saya dapat melihat ada diri saya dalam diri mereka dan ada diri mereka dalam diri saya umpama 'Kau adalah aku, aku adalah kau'.,

Ya Allah, terasa manis sangat silaturahim itu. Apatah lagi mereka mempunyai visi dan misi yang selari dengan saya.

SIAPA DIA?


Jadi hari ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca semua seorang sahabat yang sangat hebat. Mengimbau kembali perkenalan kami 2 tahun yang lepas, pertama kali bersua muka di Sunway Pyramid. Ketika itu upline kami Master Lyna Noh dan Zainul mengadakan gathering sambil main bowling.

Orangnya cantik seindah namanya. Ainul Fadzilah Mustafa. Mempunyai seorang suami yang pandai menyanyi dan bermain alat muzik, 2 orang anak dara yang comel iaitu Arreessa Zulaikha & Ariana Maryam

Bermula sebagai jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi yang berstatus GLC di malaysia dan beliau kini seorang WAHM (work at home mother) yang sangat berjaya. Dan beliau menggelarkan diri beliau sebagai jurutera dari rumah.


KERETA IMPIAN AINUL

Ainul ni ada satu impian nak kereta jenis BMW 5 series warna hitam.
Lepas tu katanya, beliau nak beli PORSCHE warna hitam untuk si Faiz awan nano

TRAVELOG CINTA

Selain itu Ainul juga mempunyai impian travel satu dunia. Antara negara yang dia teringin sangat nak pergi adalah Paris, New Zealand, Switzerland, Jepun, Korea. Salah satu sebabnya ialah negara-negara itu mempunyai pemandangan yang cantik dan indah. Lagi satu tempat katanya adalah Kashmir. Kata orang itu syurga dunia.


Oh ya bila bercakap tentang travel ni, saya teruja bila dia cerita tentang travelog beliau semasa hamil anak kedua yang super duper best. Walaupun Ainul ni hamil anak kedua tapi beliau masih lagi kekal cergas dan boleh panjat Candi Borobudur di Yogjakarta masa mengandung 7 bulan. Tak semua wanita hamil boleh panjat tinggi-tinggi dan pergi travel jauh-jauh kan. Hamil 7 bulan pulak tu. Alhamdulillah bukti kekuasaan Allah. 
Lagi best dapat tengok video tentang pengalaman beliau tu kan? Pengalaman ini sangat unik bagi saya. Kenapa? Jawapannya ada dalam video di bawah. Saya tengok berulang kali sebenarnya. Inspired!



KARAKTER IMPIAN

Setiap kita tanpa kita sedari sebenarnya mempunyai karakter tersendiri dan kagum dengan karakter orang-orang yang kita kagumi, Macam Ainul, karakter yang menjadi idola beliau ialah ayah & bapa mentuanya. Kata Ainul, mereka berdua berjaya dalam kerjaya dan menjadi leader yang hebat dalam organisasi dan ketua keluarga.

Keluarga ainul bersama mentua dan keluarga suami Ainul, Faiz awan nano

Keluarga besar Ainul

Selain bapa dan bapa mentua, Ainul juga sangat kagum dengan mak beliau dari segi semangatnya. Beliau sangat kagum dengan mak beliau menjaga adik beradiknya seramai 7 orang. "Ainul baru anak 2 dah pengsan," kata beliau
Ainul kagum juga dengan mak mentuanya sebab dia berjaya dalam akademik dan kerjaya. Mak mentua ainul ada PHD dan berjaya didik 5 orang anak sehinggalah mereka berjaya.
Itulah contoh terbaik yang Ainul nampak. Tak perlu tengok jauh, orang sekeliling kita dah cukup untuk mengajar kita tentang kehidupan seharian.

Oh ya, kalau nak tahu lagi, Ainul ni pernah masuk rancangan Semanis Kurma di TV9 dan mereka dihubungi melalui penulisan beliau di blog http://jalanabadi172784.blogspot.com/ dan boleh baca selanjutnya ni http://jalanabadi172784.blogspot.com/2013/03/ainul-mustafa-di-semanis-kurma.html .

Moga impian Ainul Fadzilah Mustafa tercapai. Terima kasih Ya Allah kerana telah mengabulkan impian-impian Ainul.


Related Post

2 Komentar
avatar

terima kasih menulis untuk puan Ainul Mustafa

Balas
avatar

terima kasih menulis untuk puan Ainul Mustafa

Balas
:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng
:lv