Kerana 'dia', akhirnya aku terpecah rekod!


Kesah ni sebenarnya berlaku Jumaat lepas. Mungkin korang pun pernah alami jugak.
Haishh apa ni? Macam saspen ja. Hehe

Alkesahnya....


Whatsapp tetiba berbunyi. Tengok jam dah pukul 7.15 malam. Tangan terus capai henpon. Baca. Oh rupanya kustomer nak vitamin urgent. Selepas maghrib dia  dah nak gerak ke Johor. So maknanya aku perlu hantar sekarang jugak lah. Alamak aku debor sket nak drive memalam ni. Takpe2. Its ok. Redah je. Tetiba macam ada suara berbisik. Ahaks.

Aku yang tengah demam, lenguh-lenguh kaki ni terus melompat bangun. Perlu gagahkan diri juga bawak kete ke saujana utama. Aku decide selepas maghrib baru gerak. Dah bagitau kustomer dan dia boleh tunggu katanya. Terus siapkan gegirls.

First time okeh drive memalam.  Dan yang bestnya pecah rekod okeh. Sila jangan gelak. Aku memang ada fear of driving sebelum ni. Sejak sejak join bisnes shaklee ni aku makin berani bawak kete. Dah tu pulak aku ditrain oleh anak aku. Hahaa. Hantar dia pegi balik sekolah. Ditambah pula setahun dok join ehati. Banyak juga ketakutan-ketakutan yang dah buang dalam tong sampah.

Okay lepas ni boleh lah aku ganti-ganti drive dengan hasben dari kl-perlis. Tahun 2016 ni memang hajat kami balik ke perlis setiap bulan. Berkhidmat untuk mak dan abah.


Posted via Blogaway

Related Post

0 Komentar