Review Avillion Admiral Cove, Port Dickson




Tadaaaa. Tiba-tiba tersampai kat sini pulak.


Short vacation kami kali ni memang main terjah je.


Seminggu sebelum ada lah jugak bunyi-bunyi nak ke PD. Ada sepupu mintak tolong hantarkan dia ke klia. Dia ada program di PD.


So kami pun macam apa kata kita stay 1 malam kat PD. Boleh bawak anak2 tdo hotel mandi kolam main pantai.


Namun, hasben ada keja last minit. So kami kansel je plan tu. Just pegi ambil sepupu je lah nanti.


Apapun tak book lagi sebenarnya. So tak lah keciwa sangat. Huhu


Nak di jadikan ceritakan, tiba-tiba hari kejadian, hasben tunjuk handphone dia. Nampak gambar hotel. "jom pi PD. Abang dah book kat booking.com"


saya macam... hah?


alamak apa2 pun tak siap lagi nih.


Kelam kabut mak tawww. Eeee geram  decide last minit ni tawww (Tapi dalam hati rasa nak lompat sampai bintang ja. Suka sungguh! Hahaaaa)


Packing baju semua. Sib baik semalam je. Hehe


So kami pun bertolak. Alhamdulillah dalam 2 jam 15 minit perjalanan dari Puncak Alam.


Macam staycation je tapi sebab luar dari Selangor, so dipanggil vacation la jugak..walaupun semalam sajaaa. Short vacay giteeww.






kami tunggu dalam kereta dulu, sementara hasben pi check in


Waktu ni punya la berdoa supaya dapat bilik sea view. Actually sepanjang perjalanan lagi dok doa. Baca review semua yang dok kat bilik sea view. Memang cantek view laut dia.


Masa hasben sampai ajak naik ke bilik, saya tak tanya lagi. Sebenarnya takut nak terima hakikat kalau bukan sea view. Haha.


Bila sampai je bilik, masuk dan bukak langsir


Jeng jeng jeng....




Yeayyyyy syukur dapat jugak bilik sea view.

View dari bilik around pukul 7 malam. gambar ni di zoom. sebab teringin nak tengok rumah banglo tu. hihi


Masa sampai ni dah pukul 7 mlm. Tak sempat tengok sunset. Nampak sisa2 merah je. Sepatutnya memang port cantek tu untuk tengok sunset. Tapi takde rezeki. Next time hopefully.


Anak2 paling excited. Sebab lama macam dah lama jugak diorang tak tido hotel cantik.






Masa jenguk bilik air, spontan keluar dari mulut Amirah,

"Wow i love this hotel. Its so beautiful"





Anisah pulak

"Mama, kita tido sini 3 hari ke?"






Haha. Adoi. Doakan rezeki mama ringan dalam shaklee ya nak. Boleh mama belanja uolssss tdo hotel banyak malam.


Ainul kata apa?


Haha dia terus melompat atas katil.


Hepi tengok anak-anak gembira macam tu. Rezeki diorang. Mak pak ni tumpang rezeki anak2 je.

Jom layan jap gambar-gambar dalam bilik ni.











Malamnya kami keluar makan kat Barakat Tomyam. Banyak kedai makan area sana.


Masa makan tu hujan turun lebat sangat. Alhamdulillah hujan rahmat.


Lepas makan balik hotel. Anak-anak eksaited tdo awal, esok nak mandi kolam.



View pagi around pukul 7 - 8 pagi Renung masa depan ka mekNol?

Ainul tengok apa tu?

meditasi ke tu anisah?


Sebelum mandi kolam, makan ni dulu ye kawan-kawan



excited tengok ikan



Jommmm pi breakfast



Breakfast first round. kami saja pilih meja luar, dapat fresh air sambil layan view laut dan kapal-kapal.



Sebelum mandi kolam, mama suap dulu Omega Guard kat Ainul dulu okay

Turn Anisah makan omega guard

Sampai ke kolam mama bawak Omega Guard. Punyalah shaklee lover kannnn
Masa teman anak-anak mandi pool, sembang sat dengan sorang makcik dari china ni. Tu pun sebab dia dok tengok je budak-budak ni. Sambil gelak-gelak dok usha depa. Aku pun pi dekat dia, nak sembang tapi dia tak pandai english. Cakap bahasa dia. Tanya from china ka dia angguk sambil senyum nampak gigi.  Lepas tu tunjuk tanda good kat budak2 ni. Lepas tu dia pun pi tempat lain dengan kawan2 dia. Hihi gitu lah macam ayam dengan itik ja. Sama sama tak faham.


Masa pagi tu ada beberapa group lain jugak. Ada family day. Kat hotel ni memang ada aktiviti2 lain macam untuk team building, memanah, naik basikal, ada lagi aktiviti lain. tak tau nama.


Lepas mandi kolam, kami naik semula kat bilik. Rehat sat sambil siap2 untuk check out. Puteri-puteri tak mau balik. haha. berkenan dah depa kat bilik tu.

Sempat lah juga abang Munz snap sana snap sini. Hobi dia. Sambil praktis skill kata dia.


View dari bilik lebih kurang pukul 11-11.30 pagi
Tak sangka kat PD ada view air laut hijau macam ni. hihi
Selepas checkout, kami singgah jap kat pantai sebelah hotel ni. Tak jauh pun. Dalam 10 minit jalan kaki sampai lah.

Jejakkan kaki juga kat pantai tu walaupun masa tu matahari terpacak kat atas kepala. haha.

Layannn.




Masa kat pantai ni, kami nampak satu family mat saleh ni dengan budak baya ainul tengah main berjemur dan main pasir. Selamba je diorang. Ada satu lagi kumpulan remaja Melayu laki tengah mandi pantai jugak. Perghh tabik spring lah.

Turun pantai panas-panas ni memang perlu sangat sapu uv protection dulu. Pilihan bijak Nutriwhite Shaklee UV Protection. hihi

Overall kami puas hati dengan bilik, tempat makan, swimming pool dan servis diorang.


Oh ya, dalam bilik tak ada wifi free tau. Agaknya diorang nak kita spend qualiti time betul2 dengan family. Hehee


Kalau nak guna internet kat bilik subscribe lah internet atau pun bawak je yes.


Tak pe jangan risau kat lobby ada je wifi. Hihi

Nota: Banyak lagi gambar cantek-cantek. Jom follow FB Ija Ramli

Ija Ramli 013 515 0155
Mak anak 3.
Semuanya perempuan.
Pengedar Shaklee Aktif.


Previous
Next Post »
0 Komentar