Masa tu saya masih bekerja di sebuah kolej swasta di hulu langat, selangor.
Walaupun bekerja, saya masih bekalkan susu ibu pada anak saya. Umur dia baru 10 bulan.
Sejak lahirkan dia, saya memang bertekad untuk menyusukan dia dengan susu ibu walaupun selepas pantang saya perlu bekeja semula.
Namun, akibat penat bekerja, saya hampir tewas juga. Masa tu umurnya 10 bulan. Saya tak mampu nak sediakan stok susu yang banyak untuk dia. Sebabnya ada hari yang saya sempat pam sekali je di tempat kerja.
Jadual pam saya yang 3 jam sekali tu memang dah kelaut. Malam-malam pun terlena kepenatan macam tu je.
Akibatnya penghasilan susu mula drop. Daripada boleh dapat 5 oz sekali pam, terus jatuh jadi 2-3 oz macam tu je.
Maka bermula lah episod mencari apa vitamin atau suplemen untuk banyakkan susu.
Saya google dan terjumpa beberapa blog. Blog-blog yang saya jumpa ni semuanya menceritakan pasal set penyusuan susu ibu shaklee.
Rambang mata juga nak pilih blog yang mana. Akhirnya Allah gerakkan hati saya untuk hubungi pemilik blog mysuperkids.net
Saya order set penyusuan shaklee yang ada:
● Vitalea (multivitamin)
● Bcomplex with folic acid
● Vitamin C
● Alfalfa
● Ostematrik (kalsium with magnesium dan vitamin D)
Selepas sebulan saya makan, saya rasa badan tak letih sangat macam sebelum ni. Emosi pun lebih stabil. Takdelah asyik moody je kan. Hehe
Yang paling buat saya syukur sangat, penghasilan susu dah makin bertambah. Setiap kali pam dah boleh dapat semula 5 oz.
Dan masa di ofis tu boleh pam 3 kali. Jadi cukuplah 15 oz untuk bekalan anak saya keesokan harinya. Dia pun masa tu dah mula makan bubur. Jadi tak bergantung sepenuhnya pada susu ibu semata-mata.
Ini baru kisah pertama saya macam mana saya mula terjebak dengan suplemen shaklee.
Entry selepas ni saya akan kongsikan pula vitamin yang bantu selesaikan masalah sakit2 di pergelangan tangan saya.
Jika anda juga ada masalah yang sama, boleh lah hubungi saya di 013 515 0155.
Ija Ramli
Pengedar Shaklee & Shaklee Bisnes Leader
013 515 0155
0 Komentar