Vitamin Lengkap Untuk Ibu Mengandung Pilihan Ramai

Set Kehamilan Lengkap Shaklee adalah set paling disukai oleh kaum ibu. Kenapa? Jom baca entry ni sampai noktah terakhir.


Set kehamilan lengkap shaklee

Nama manja saya Ija. Mak kepada 3 puteri comel. Dan sekarang sedang mengandungkan anak keempat. Puteri atau putera? Cuba teka. hihi

Pejam celik pejam celik, rupanya dah 23 minggu saya mengandungkan anak ke-4. Dah pun masuk dalam fasa kedua atau trimester kedua pregnancy. Mengandung kali ni saya menggunakan set lengkap vitamin shaklee ibu mengandung sama macam mengandungkan anak ketiga dulu.

Berdasarkan pengalaman, lain anak lain cabarannya. Begitu juga lain ibu lain dugaannya semasa tempoh mengandung ni. Yang samanya, setiap ibu perlu ambil suplemen atau vitamin untuk ibu sendiri dan untuk tumbesaran anak dalam kandungan.

Mungkin ada ibu yang tak makan langsung vitamin. Hanya bergantung sepenuhnya pada makanan. Saya tak berapa nak setuju. Kenapa? Sebab ibu perlu ingat, ibu mengandung perlukan nutrisi tambahan sebab ada baby dalam rahim.

Kenapa Perlu Makan Vitamin Semasa Hamil?


Menurut Pakar Nutrisi Shaklee, ibu yang merancang untuk hamil perlu ambil vitamin sejak sebelum hamil lagi. iaitu semasa perancangan untuk hamil. Vitamin Bcomplex with Folic Acid terutamanya. Tujuannya untuk elakkan bayi mendapat kecacatan spinal bifida.

Pengambilan vitamin juga membantu pembentukan sel-sel baru. Sebab itu ibu perlu ambil set premium vitamin ibu hamil supaya badan ibu dan bayi dalam rahim ibu dapat nutrisi yang cukup.

Apa yang ada dalam Set Kehamilan Lengkap Shaklee (Set PreNatal Shaklee)?

Set Kehamilan Lengkap Shaklee

Set untuk Trimester Pertama (0-3 bulan)

  • ESP
  • Vitalea with iron (multivitamin serta zat besi)
  • Bcomplex with acid folic
  • Vitamin C
  • Ostematrik (kalsium dan magnesium serta vitamin D)

Set untuk Trimester Kedua dan Ketiga (4 bulan-bersalin)

  • ESP
  • Vitalea with iron (multivitamin serta zat besi)
  • Bcomplex with acid folic
  • Vitamin C
  • Ostematrik (kalsium dan magnesium serta vitamin D)
  • Omega Guard (minyak ikan) 


Jom tengok fungsi setiap satu vitamin dalam set ibu hamil ni untuk ibu-ibu hamil


ESP


  • sumber protein soya. Protein tumbuhan yang tidak ada kolestrol 
  • Fungsinya membina, perbaharui sel, hormon dan enzim
  • Untuk pembentukan kuku, rambut, dan kulit
  • Bantu beri tenaga, lagi2 ibu yang alami morning sickness yang agak teruk
  • Bantu bekalkan asid amino yang membentuk organ dan otot bayi
  • Protein perlu masa mengandung untuk pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu, bantu aliran darah ibu
  • Bertambah penting bila masuk trimester ketiga sebab tumbesaran bayi yang semakin pesat berkembang.


Vitalea with iron


  • Vitalea ni sejenis multivitamin yang mana ia lengkap dengan zat besi (iron).
  • Zat besi penting untuk ibu hamil. Masa checkup di klinik, result HB lah yang paling ditunggu2 oleh ibu hamil. betul tak? Jika tak cukup zat besi, bacaan HB akan jadi kurang cantek. dan mungkin di bawah bacaan normal. Ibu jadi lemah, mudah nak pitam dan kelihatan pucat. 
  • Zat besi merupakan komponen penting dalam hb. bila hb rendah, oksigen dalam darah tidak dapat di angkut ke seluruh badan dengan efektif. dan boleh jejaskan pengaliran oksigen kepada bayi dalam rahim ibu. Paling teruk ibu akan mengalami anemia. dan anemia boleh menyebabkan ibu melahirkan anak pra matang. 
  • Maka pastikan ibu makan makanan yang mempunyai zat besi dan ambil vitamin tambahan iaitu vitalea shaklee. 


Vitamin C Sustained Released


  • Vitamin C akan merangsang penyerapan zat besi dan asid folik. 
  • Diperlukan dalam penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan. 
  • Meningkatkan sistem imun
  • Uniknya vitamin c ialah ia sustained released. maknanya ia dilepaskan beransur-ansur megikut keperluan badan kita. 


Bcomplex with Folic Acid


  • Lengkap dengan 8 jenis vitamin B. Antaranya Asid Folik dan Biotin yang penting dalam pembentukan sel darah dan stabilkan hormon. 
  • Bantu mengelakkan kecacatan pada janin seperti spina bifida.  


Ostematrik



  • Ostematrik mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. 
  • Magnesium untuk gabungkan kalsium ke dalam tulangnya dan kuatkannya.
  • Vitamin D merangsang penyerapan kalsium
  • Kesimpulannya kalsium diperlukan untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan tulang bayi. 
  • Penting untuk darah membeku dengan sempurna.
  • Elakkan kekejangan otot (cramp). Ibu hamil selalunya ada masalah kaki kejang ni. 
  • Stabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Ibu hamil perlukan 1000mg- 1300mg kalsium setiap hari. 

Apa jadi jika ibu hamil tak cukup kalsium?

  • Jejaskan pertumbuhan bayi
  • Jisim tulang ibu menyusut -- risiko dapat osteoporosis 
  • Gigi ibu mudah rosak. Kenapa? Kerana bila tak cukup kalsium untuk bagi pada bayi, badan ibu itu sendiri akan menarik kalsium dari tulang ibu untuk disalurkan kepada bayi. 


Omega Guard Shaklee (minyak ikan)


  • Penting dalam perkembangan otak bayi dari awal pembentukannya iaitu dari dalam rahim ibu. 
  • Sebab ada asid lemak omega 3 iaitu EPA dan DHA untuk untuk otak dan mata bayi.


Cara Makan?

Hubungi saya untuk dapatkan cara makan berserta konsultasi penuh. Istimewa untuk sesiapa yang mendapatkan vitamin shaklee dari saya.

Testimoni 

Testimoni set kehamilan lengkap shaklee

Ini salah satu testimoni customer yang makan Set PreNatal Shaklee (Set Ibu Hamil Shaklee). Ibu ini telah pun membuat pilihan yang tepat. Jadi anda bagaimana?

Ingin dapatkan vitamin Shaklee dan konsultasi percuma?

Hubungi saya Ija Ramli 013 515 0155. 








Previous
Next Post »
0 Komentar