JBB Ep 5 | Introvert Jana Income 4 Angka

Jom Bina Bisnes Shaklee Ep 5

Hai :)

Dalam episod kali ni Ija nak share satu cerita ekslusif khas untuk pembaca blog ohvitaminmama ni. 
Memang Ija jarang cerita ni kat sesiapa pun. 

Kira beruntung lah korang :)




Macam mana saya boleh terlibat dengan perniagaan online?


Ahaa saya jarang cerita mengenai diri saya yang dulu.

Sebenarnya saya adalah seorang yang sangat pemalu dan pendiam. Di sekolah dulu saya ni jenis yang tak akan jadi volunteer. Saya ni  jenis yang tak akan angkat tangan jawab soalan cikgu.

Walaupun saya tau jawapan tu. Saya memilih untuk jawab dalam hati… ahaks..

Saya ni jenis duduk jauh-jauh kat belakang kalau dalam kelas tu.

Saya takut sangat kalau cikgu panggil saya.

Kiranya saya ni jenis introvert lah.

Mungkin anda yang tak kenal saya akan ingat saya ni jenis pandai bercakap. Cakap kat video lancar je. Berani cakap depan kamera.

Tapi sebenarnya yang kenal rapat dengan saya sekarang ni, tau yang saya ni bukan jenis yang banyak bercakap.

Tapi bila kat video, bila buat live ajar biz partner saya banyak lah bercakap.

Tapi kalau pergi kenduri, majlis2 ke event ke tempat yang ramai orang.. saya jenis yang kurang bercakap.


Saya berhenti kerja (nurse dan lecturer) dan memilih untuk jadi surirumah. Saya ingat jadi surirumah sepenuh masa ni best. Tapi tak rupanya. Masa tu saya rasa saya bosan sangat-sangat duduk di rumah.

Sebab dah biasa kerja. Dah biasa ada income sendiri. Bila tak kerja memang rasa looser sangat lah kan. Walaupun actually kerja seorang surirumah sangatlah banyak.


Saya terlibat dengan perniagaan Shaklee secara tak sengaja. Saya daftar sebagai pengedar atau ahli Shaklee pun sebab saya nak makan sendiri vitamin-vitamin tersebut, bukan lah sebab nak berniaga sangat. Apetah lagi persepsi negatif terhadap model perniagaan MLM atau bisnes network marketing secara umumnya waktu itu (e.g. MLM yang berjaya hanya mengambil kesempatan ke atas downline & produknya mahal dari pasaran sebab nak bayar komisen upline) tidak begitu meyakinkan bagi saya.

Pada masa itu, komisen Shaklee yang saya terima semata-mata sebab saya sendiri yang menggunakan produk Shaklee. Obviously, komisen waktu tu tak banyak langsung, Tapi saya sempat lah juga ambil gambar checque sebagai kenangan.


Penglibatan Pertama

Memandangkan Shaklee adalah produk MLM dan saya pun dah jadi ahli waktu tu, pernah juga sekali-sekala berkongsi pengalaman menggunakan vitamin Shaklee di facebook.

Masa tu senarai kawan fb saya memang dari kawan-kawan yang saya kenal je.

Saya sebenarnya takut untuk berkongsi, ye la nanti dikatakan nak menjual pula.

Tapi memandangkan manfaat vitamin Shaklee tu sangat lah bagus, saya rasa bersalah pula kalau tak kongsi dengan kawan-kawan.

Jadi saya mula bercerita tentang pengalaman saya minum ESP di facebook. Surprisingly, ada sambutan. 

Paling best sampai ada kawan-kawan yang terus beli selepas mendengar kisah Shaklee saya untuk pertama kali.

Then terfikir kenapa ianya berlaku; sama ada sebab Shaklee memang begitu bagus atau pun saya ni begitu popular? HaHaHa...

Sebab boleh jadi terlalu popular sehingga ada yang mengidam cara hidup yang sama. Maka terjadilah mereka meniru apa yang kita lakukan, seperti makan vitamin yang sama?

Bunyi macam kelakar, tapi sangat logik bukan?

Dengan sekadar berkongsi cerita saja boleh dapat komisen, best tak?

Sejak dari itu saya pun mula la jual Shaklee kecil-kecilan. Mungkin lebih tepat jika saya katakan “sekadar suka-suka”. Sebab saya berpengalaman menggunakannya sendiri membuatkan tak susah nak menjawab semua persoalan yang diajukan oleh bakal pembeli. Kalau ada yang tak dapat nak jawab, saya belajar sampai faham.

Lama-kelamaan, rasa minat itu timbul. 

Dan makin majulah hasil jualan.


Penglibatan Serius

Terus-terang saya katakan, saya sendiri tak sangka boleh maju sehingga ke tahap saya sekarang; di anugerahkan pangkat Coordinator dengan potensi komisen ribuan ringgit.

Saya bukanlah seorang yang petah dalam kata-kata, apetah lagi pandai bergaya. Jadi memang saya pun ragu-ragu nak sertai mana-mana network marketing atau MLM sebab keadaan saya langsung tidak menjurus ke arah itu.

Saya mula terlibat dalam perniagaan Shaklee secara serius sejak dapat komisen (cash back bonus) yang pertama.
Saya ingat lagi masa tu saya baru balik dari bercuti bersama keluarga di Sabah. Saya tekad untuk mulakan bisnes Shaklee secara serius.

Serius di sini bermaksud saya mula ada sasaran yang semakin agresif.

Saya mengambil keputusan untuk terlibat secara serius bukan lah sebab ingin keuntungan semata-mata, tapi nak buktikan kepada diri saya sendiri yang saya juga mampu lakukannya. Setiap kali terbukti berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan membuatkan saya rasa sangat puas. Puas sebab terbukti saya juga boleh berjaya!


Nikmat Shaklee

Terlalu banyak faedah yang saya nikmati sejak berkecimpung dengan dunia perniagaan Shaklee secara serius.

Paling best saya berpeluang mengenali lebih ramai kawan dikalangan pengguna, downline dan pengedar-pengedar yang lain.

Dengan Shaklee, saya mula mengumpul kawan-kawan lama. Banyak kali yang order tu kawan-kawan sekolah atau universiti yang pernah mengenali saya waktu belajar dulu.

Bila tengok nama penuh tu macam kenal. Bila call nak sahkan adakah dia tu orangnya, maka bermula lah kami cakap utagha update gossip terbaru, HaHaHa.

Berkenaan dengan potensi keuntungan, ia sejajar dengan usaha dan strategi yang anda laksanakan.

Sekali lagi, entah macam mana komisen Shaklee yang saya terima 4 kali ganda daripada duit gaji saya setiap bulan.

Dengan duit lebihan Shaklee, saya berpeluang menggunakannya untuk membantu suami bayar komitmen bulanan, membayar hutang, zakat dan memberi duit bulanan kepada mak dan abah, infaq, simpanan, jadikan modal untuk restok vitamin dan keperluan peribadi yang lain. 


Memang menjadi strategi kewangan keluarga kami mempelbagaikan punca pendapatan agar potensinya tidak terikat dengan satu-satu sumber.

Suami tetap meneruskan minat beliau dalam dunia videography.

Bukan sekadar hobi tapi juga jadi punca pendapatan keluarga kami.

Dan kini, beliau juga bersama-sama saya dalam membina bisnes Shaklee tanpa perlu tinggalkan passion beliau iaitu videography.

Manfaat lain bisnes Shaklee ni ialah perniagaan Shaklee yang mementingkan konsep direct-selling ini banyak mengajar saya beberapa kemahiran penting. Sebagai contoh kemahiran berkomunikasi secara terus. Terutamanya dalam kemahiran mengurus pelanggan yang cerewet.

Kalau bukan face-to-face pun, secara live melalui panggilan telefon dan di whatsapp.

Kemahiran-kemahiran ini bakal membantu saya dalam mengembangkan potensi diri sendiri; sama ada sebagai peniaga mahu pun manusia biasa.

Untuk itu saya sangat teruja berkongsi dengan anda bagaimana untuk membina bisnes dari rumah dan capai 4 angka sebulan. 


Jika anda berminat nak tau dahulu apa peluang bisnes yang shaklee tawarkan, boleh hubungi saya di 0135150155. Atau komen sahaja di ruang komen, saya akan hubungi anda. 




Previous
Next Post »
0 Komentar