Apa Beza Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik?

"Vitamin mana-mana pun sama je... mahal ke murah ke sama je!"

"takpa makan je vitamin apa2 pun. sama je"

"oh vitamin sintetik tak elok ke? dahh kalau tak elok kenapa dia jual?"

"kalau vitamin tu bagus, mestilah depa tak jual"

ermmm kalau macam tu agak2 kenapa ya org jual rokok?" bukan ke rokok tu tak elok?"

takpa2 jom kita kupas lebih lanjut. Mungkin belum ada kesedaran tentang apa itu vitamin semulajadi dan bahayanya vitamin sintetik.

Berdasarkan pembacaan, vitamin ni terbahagi kepada 2 jenis. 

Vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. 

Ok jom kita tengok apa beza kedua2 jenis vitamin ni. 

Analoginya macam ni:

◎Vitamin Sintetik ibarat buah plastik.

sama rupanya macam buah sebenar, nama pun ikut macam buah sebenar.Cth; kalau rupa macam buah pisang sebenar, semestinya panggil pisang bukan epal.

◎Vitamin Semulajadi ibarat buah sebenar.

Anda perlu bijak dalam memilih vitamin yang terbaik. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar,dan maybe boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik.


Apakah Vitamin Sintetik?

  • Pemakanan harian yang seimbang dapat memberikan kita nutrien penting kepada badan. Tapi supplements pula membantu dalam memastikan badan kita mendapatkan jumlah nutrien harian yang secukupnya. Masalahnya banyak vitamin dan mineral dihasilkan secara sintetik dengan menggunakan bahan kimia yang diambil bukan daripada sumber semulajadi.
  • Vitamin sintetik dicipta untuk meniru vitamin dan cara vitamin semulajadi bertindak dalam badan. Ia mengandungi bahan kimia yang tidak dapat bertindak-balas dengan mesra dengan sel-sel tubuh. Hasil akhir daripada bahan kimia ini akan menjadi toksin dan terkumpul dalam hati.
  • Vitamin sintetik selalunya tidak terus boleh digunakan oleh badan dan seterusnya hanya menunggu masa untuk dibuang. Ataupun akan disimpan dalam badan sehinggalah badan mendapatkan atau menghasilkan nutrien yang diperlukan untuk membolehkan badan menggunakan vitamin tersebut secara efektif.
  • Vitamin sintetik juga selalunya tidak mengandungi mineral galian penting dan menyebabkan badan terpaksa menggunakan mineral galian sedia ada dalam badan untuk membolehkan vitamin sintetik tersebut diproses. Ini menyebabkan badan akan kekurangan mineral tertentu yang penting dalam badan.

 

Apakah Vitamin Organik?

  • Vitamin organik adalah vitamin semulajadi yang dihasilkan daripada bahan kimia organik ataupun bahan pertanian organik. Dalam masa yang sama vitamin ini tidak dicampurkan dengan sebarang bahan lain. Mineral bahan kimia organik mengandungi karbon dalam komposisi kimianya.
  • Walaupun mineral pertanian organik dihasilkan tanpa menggunakan baja kimia, pestisid dan herbisid. Kebanyakan vitamin organik tetap mengandungi sedikit bahan kimia untuk meningkatkan kualiti vitamin organik tersebut dan dalam masa sama hendak menjaga ketahanan dan kualiti vitamin supaya tak cepat rosak.

 

 

Apakah Vitamin Semulajadi?

  • Vitamin semulajadi adalah vitamin yang dihasilkan daripada bahan berunsurkan tumbuhan yang mengandungi kadar vitamin berkenaan yang tinggi dan bukannya dihasilkan melalui tiub tabung uji di makmal. Cara pemprosesannya adalah secara semulajadi mungkin tanpa memusnahkan nutrien dalam bahan utama.
  • Vitamin semulajadi datang dalam pakej lengkap yang turut mengandungi jenis vitamin yang lain, enzim dan mineral yang dapat mengawal cara badan mengenali, memetabolismakan dan menggunakan vitamin berkenaan seperti yang diperlukan oleh badan.
  • Vitamin semulajadi adalah vitamin yang hadir dalam bentuk asli tanpa bahan tiruan tidak kiralah samada dari sumber haiwan atau tumbuhan. Vitamin Shaklee dihasilkan oleh Shaklee Corporation yang merupakan syarikan nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat.
  • Semua vitamin Shaklee yang dihasilkan mesti melepasi 3 syarat utama iaitu sihat semulajadi, selamat untuk penggunaan dan terbukti berkesan setelah ujian klinkal dijalankan. Selagi tidak melepasti 3 syarat ni, produk itu tidak diluluskan untuk dipasarkan.


hakikatnya kita tak nampak apa yang berlaku dalam sel dan organ dalaman badan. Pengumpulan bahan kimia bahaya menjadi toksik kepada sel tubuh. Ianya tak memberi kesan dalam masa terdekat tapi mungkin dalam jangka masa panjang. Hati-hati dalam memilih apa yang ingin kita masukkan dalam badan.

Buat lah pilihan yang tepat dengan memilih vitamin semualajadi kerana ianya ternyata lebih sihat dan selamat. Walaupun fungsi vitamin kebanyakannya sama dan bila makan, kita tak rasa kesan segera. 

Previous
Next Post »
0 Komentar