Introvert Nak Pergi Open House? Cuba Buat 5 Tips Ini

Setuju tak orang yang ada ciri-ciri introvert akan rasa resah bila kena pergi open house. Saya lah tu. 



Bila dapat jemputan rumah terbuka memang ada rasa excited nak pergi tapi at the same time rasa berdebar. 

Sebabnya tak reti nak mulakan perbualan dan rasa janggal bila open house yang kita pergi tu kita kenal tuan rumah je. 

Ya lah takkan tuan rumah nak layan kita sorang je kan. Kita kena lah pandai-pandai bernetworking dengan tetamu yang hadir. 

Tapi memang sangat mencabar untuk orang introvert nak bernetworking ni kan. Lagi-lagi kat open house.

Macam Ija baru-baru ni, suami dapat jemputan pergi open house rumah kawan dia. Founder wondercheese.

Husband ajak kami satu family pergi. Serius ada lah rasa berdebar dan resah tu, lagi-lagi tak pernah pun jumpa diorang. 

So apa yang Ija buat supaya dapat survived dalam open house? Jom Ija share sikit tips. 

Pertama, pakai baju yang kita selesa. Penting jugak ni, pakaian yang selesa buat kita rasa lebih yakin dan tak lah rasa janggal. kuranglah sikit rasa berdebar-debar tu.

Kedua, pergi pada masa yang sesuai. sesuai tu macam mana? nak pergi awal-awal ke, tengah-tengah ke atau hujung-hujung? 

Ija pilih hujung-hujung sebab waktu ni orang tak berapa ramai dah. Dah lega dah satu part. Orang introvert ni cepat letih kalau kena bersesak-sesak dengan ramai orang. 

Ketiga, cari muka-muka yang kita kenal. Senang sikit nak mula bersembang. tak lah rasa macam kera sumbang. 

Tapi kalau tak ada yang kenal macam mana? Kejar rapat pasangan. Jangan bagi dia tinggalkan kita sorang-sorang. 

Lepastu cari kerusi kosong di meja yang ada orang. At least boleh mulakan perbualan dengan senyum then tanya soalan basic macam “dah lama ke sampai?” “rumah area mana?”

Keempat, cepat-cepat setelkan makan, jumpa tuan rumah dan balik. Ya betul, pergi open house untuk bersilaturrahim. Jika tak mampu nak bersilaturrahim dengan tetamu yang hadir, its ok. Yang penting kita penuhi jemputan tuan rumah. 

Buat yang penting saja, iaitu bersalam dengan tuan rumah then ambil makanan dan makan. Lepas habis makan, jumpa lagi sekali tuan rumah dan jangan lupa selfie hihi. Lepastu balik lah. setel. 

Kelima, pergi bersama dengan anak-anak. Kalau dah ada anak, boleh lah bawa mereka bersama. Sibuk-sibukkan diri layan anak-anak. For sure masa tu berlalu dengan sekejap je. 


Nak bersilaturraihim pun senang, sebab anak-anak akan jadi kunci untuk kita start perbualan. 

Yang penting tak lah rasa duduk sorang-sorang sebab anak-anak ada bersama kita. gituuu. 

okaylah, tips biasa-biasa je. semoga membantu! 

nota kaki: opss jap jom tengok menu open house yg best best. 


 



Previous
Next Post »
0 Komentar