Kalau ija pun, itu soalan pertama yang ija akan tanya. Well, ada banyak kelebihan jadi ahli shaklee ni. Tapi dalam entry kalini, ija nak share sebab pertama anda perlu daftar sebagai ahli shaklee iaitu anda layak dapat Cash Rebate.
Ija ingat lagi masa 2010 ija first time kenal Shaklee melalui set menyusu shaklee.
Masa tu ija beli dengan harga bukan ahli. Taktau pun yang rupanya kita boleh daftar jadi ahli.
Kiranya ija jatuh dalam kategori customer.
Lepas habis satu set penyusuan, ija repeat order kalsium (ostenutrix).
Kemudian ija sambung makan set mengandung pula. Allah bagi rezeki mengandung anak kedua pada 2011.
yes, ija masih beli dengan harga customer masa tu.
Masa pantang pun ija ambil set berpantang shaklee. Tapi still tak terasa nak tanya agen tentang jadi ahli shaklee tu.
memang tak ambil kisah bab bab jadi ahli ni. Mungkin masa tu ija tak nampak peluang tu lagi.
2 bulan selepas lahirkan anak kedua, ntah macam mana suami kata macam ni, “ayang, malam nanti ayang tolong sign borang ni ya”
masa tu dia kat pejabat, ija pulak kat rumah.
haishhh ija dah mula rasa semacam. Macam-macam fikir. Ni la padahnya dah seminggu terlupa makan vitamin B-Complex.
Mudah sentap, mudah fikir yang bukan-bukan.
Borang apa lah dia suruh isteri dia sign tu ya. ermmmm
Malam tu terjawab lah segala persoalan. Rupa-rupanya dia nak suruh sign borang daftar ahli shaklee!
hahahaa. tergelak besar ija.
haishh ingatkan borang apa lah tadi 😂
Ija pun terus sign. Dan mula lah tanya dia, apa kelebihan ni bang kalau kita jadi ahli shaklee?
Dia pun cerita lah, bila dah register ahli shaklee kita akan dapat nombor id.
Dan bila kita nak beli apa-apa vitamin shaklee, kita beli lah guna id shaklee kita tu.
So rajin-rajinlah simpan nombor id dalam note telefon atau mana2 lah yg korang mudah nak refer.
apa untungnya pulak kalau beli guna id sendiri?
untungnya, awak akan dapat beli vitamin dengan harga ahli. ada 20% diskaun tau untuk ahli.
lepastu awak akan dapat uv point untuk setiap produk yang awak beli guna id shaklee awak sendiri.
uv point paling banyak jatuh kepadaaaaa.. (bunyi drum sikit pleaseee) 😆 RESV DAN VIVIX
yaaaa. antioksidan resv dan vivix paling banyak uv point tau.
ok. uv point ni akan terkumpul dari 1hb sampai 31hb setiap bulan.
apa-apa sahaja belian guna id awak, awak akan dapat uv point.
katakan awak beli vitamin untuk kesihatan lelaki untuk suami awak, awak akan dapat point, awak beli vitamin untuk anak awak, awak akan dapat point jugak. beli untuk mak dan ayah pun awak boleh dapat point.
dengan syarat awak beli guna id shaklee awak sendiri lah.
Yang bestnya, dengan uv point yang terkumpul tu lah shaklee akan bagi awak CASH BACK BONUS atau CASH REBATE. terus masuk ke akaun awak ☺️
best kan?
Ija sendiri pun tak sangka lepas daftar ahli shaklee & then beli vitamin untuk makan sendiri je pun, still jugak boleh dapat cash rebate ni.
seronok sangat makan vitamin dapat cash rebate🥰
siap boleh repeat order vitamin yang selalu makan tu guna cash rebate yang shaklee bagi tu.
kira macam kita dapat makan vitamin percuma lah kan? 🥰🥰🥰
tu yang best tu.
shaklee effect dapat, cash rebate pun dapat.
double triple best. hihi
tapi tu lah tak best pulak kalau sorang-sorang je dapat rasa keseronokan tu.
tu yang ija mula kongsikan pengalaman ija guna vitamin-vitamin shaklee dan produk home care shaklee kat kawan-kawan dan saudara mara.
Sebabkan masa tu ija pegang title surirumah (baru lepas resign jadi lecturer nurse), ija start berkongsi kat media social lah.
Masa tu facebook lah. Itu lah tempat pertama ija mula berkongsi.
Alhamdulillah kawan sekolah menengah jadi first customer ija. Dia beli soya protin ESP masa tu.
Dan ija mula kumpul order dari kawan-kawan yang lain.
Lagi banyak order, lagi banyak lah point kita dapat dan lagi banyaklah cash rebate yang shaklee masukkan dalam akaum kita. ☺️
best kan? boleh jana income jugak tau bila kita bantu orang lain tingkatkan kesihatan dengan suplemen shaklee.
Paling tak sangka, setiap bulan cash rebate yang ija dapat bertambah. dari 2 angka, kemudian 3 angka dan seterusnya 4 angka.
alhamdulillah salah satu sumber rezeki Allah bagi melalui shaklee.
Dengan cash rebate shaklee, kita boleh makan vitamin percuma.
Lagi banyak vitamin percuma kalau kita dapat cash rebate 4 angka sebulan. Memang tak mustahil.
Ingat lagi masa awal-awal nak beli ESP Shaklee, bertangguh-tangguh nak beli. Ya lah masa tu suami sorang ja kerja. banyak komitmen lain.
Lepas dah register jadi ahli shaklee, barulah ija nampak peluang tu. Peluang buat income dengan berkongsi tentang kebaikan shaklee, peluang dapat cash rebate & peluang dapat makan vitamin percuma.
Sebab tu lah rugi sangat tau tak daftar jadi ahli shaklee.
Banyak kelebihan jadi ahli shaklee dan salah satunya yang ni lah.. dapat Cash Rebate atau Cash Back Bonus Shaklee.
Ada jugak yang tanya ija bila register ahli shaklee, kita wajib menjual ke atau buat bisnes ke?
Jawapannya tak wajib pun.
Macam ija dulu pun masa awal-awal jadi ahli shaklee, ija beli untuk makan sendiri ja pun.
Minimum pembelian RM500 dah layak dapat cash rebate.
Nak lagi banyak cash rebate, kita kumpul lah order dari kawan-kawan, sedara mara semua.
Kita dapat berjimat dan masa sama dapat makan vitamin shaklee secara percuma.
Kelebihan ahli makan sendiri pun dah best kan.
Kelebihan ahli yang nak berniaga dan bina bisnes shaklee bersama team Ija sudah tentu lagi lah best.
Selain dapat CASH REBATE dan makan vitamin shaklee percuma, kami juga sediakan sistematik training untuk yang nak bina bisnes shaklee bersama kami. Training secara online dan offline.
Zoom X5, training online yang sedang berlangsung |
Klik JOIN AHLI SHAKLEE untuk jadi ahli shaklee makan sendiri ataupun nak mula jana income dan bina bisnes dengan shaklee bersama team Ija.
Tengah ada offer register ahli secara percuma dan boleh terus beli dengan harga ahli. Jom!
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
0 Komentar