Kata-Kata Motivasi Dari K-Drama Dr Romantic

Saya suka dengan kata-kata motivasi dalam K-Drama yang bertajuk Dr Romantic. Start dari season 1 hinggalah ke season 2. 

Cerita Dr Romantic ni berkisar tentang macam mana pilihan yang kita buat memberi kesan dalam hidup kita. 

Pilihan yang mereka buat tak semuanya betul tapi pengajaran yang mereka dapat dan orang yang macam mana mereka jadi pada akhirnya yang buatkan saya terinspirasi kerana ia memberi saya harapan.

yeah kesimpulannya semua orang ada peluang to be a better version of yourself.

sudah tentu setiap orang ada kelukaan masing2 dalam hidup. Dan ada trauma dalam hidup. Tapi adakah kita nak biarkan trauma tu membelenggu hidup kita atau kita berusaha jadi diri kita yg lebih baik?

Pilihan di tangan anda. ecehhh gituu :)

okay lah back to the topic, antara kata-kata motivasi yang saya tulis kat bawah ni saya dah translate siap-siap ke bahasa melayu. 

Simple tapi deep lah jugak. 

antaranya:



“Jika anda ingin membalas dendam, jadilah manusia yang jauh lebih baik daripada orang itu”

“Jangan balas dendam dengan kemarahan tapi balaslah dengan kemahiran”

“Jika anda tidak berubah, tiada perkara lain yang akan berubah”

“Jika ada sesuatu yang lebih buruk dari kegagalan, itu adalah penyesalan”

“Jika keputusan anda adalah untuk berputus asa, tiada siapa yang akan menyalahkan anda. Tetapi jika anda berbuat demikian, anda akan melihat kembali moment itu sepanjang hayat anda”

“Saya tahu keadaan akan menjadi sukar, tetapi apabila anda berjaya melalui semua itu, hidup anda akan berubah”

“Saya rasa seperti saya tidak boleh berhenti kerana semua penderitaan saya sehingga kini akan menjadi sia-sia. Dan saya tidak mempunyai keyakinan bahawa saya akan menjadi lebih baik dalam perkara lain jika saya berhenti”

“Dalam kehidupan kita, ada perkara yang anda hanya boleh lihat selepas berlalunya masa. seperti mengapa perkara itu berlaku kepada aku, mengapa aku bertemu dengan orang itu dan mengapa kebetulan itu berlaku. Ada ketika saya tak ambil peduli dan tak lama kemudian ia mula mempunyai kepentingan satu demi satu. Pada satu ketika, it started making a path”

“Adakah anda tahu apa yang paling sukar di dunia ini? Iaitu untuk mengatasi diri sendiri”

Kata-kata motivasi yang last sekali ni win sangat. Lagi-lagi dari segi pembangunan diri kita. Musuh yang paling mencabar adalah DIRI kita sendiri. Kita selalu sabotaj diri kita. 

Bila kita berjaya selesaikan masalah tu, kita akan reach our full potential and be a better version of ourselves. 

Biiznillah.













Previous
Next Post »
0 Komentar