5 Petua Bantu Turunkan Gula Dalam Darah Cara Mak Mentua Saya Supaya Dapat Elakkan Komplikasi Kencing Manis









"Betul ke peria katak boleh bantu turunkan bacaan gula dalam darah?"

Saya tertanya2 dalam hati masa mula2 mak mentua saya bagitau petua yang dia amalkan dulu.

Sebab saya sendiri tak pernah kenal macam mana rupa peria katak tu. Peria yang biasa tu tau lah. Ke sama je namanya?

Bila google je image peria katak, baru lah tau macam mana rupanya.

Aishhh pahitnya!

Apa2 yang berkaitan dengan peria mesti pahit kan? Namun yang pahit tu lah jadi penawar.

Macam mana lah mak boleh telan peria katak tu. Bravo lah mak!

Setiap kali balik kampung saya cuba korek apa yang mak amalkan. Bukan apa saya agak terkejut sebab bacaan gula mak dari 16 mmol/L turun pada 5.8 mmol/Lselepas mak amalkan petua2 dia tu.

Sebab tu lah saya nak juga tau. Boleh la kongsikan dengan orang yang ada masalah kencing manis macam mak.

Akhirnya pada cuti raya puasa yang lepas saya berjaya korek sepenuhnya rahsia mak. Hehee

Mak bagitau, dia makan epal hijau dan peria. Dan amalkan ESP setiap pagi. Vivix setiap malam sebelum tidur. Ubat yang doktor suruh makan mak tetap makan juga.



5 Petua Turunkan Bacaan Gula Dalam Darah


1. Peria Katak dan Epal Hijau

Okay meh saya nak kongsikan lebih lanjut cara makan epal hijau dan peria katak tu.

>>>> Blend epal hijau sebiji + peria katak sebiji (jika kecil) + air kosong secukup rasa.
Lepas blend, minumlah 3 skali sehari.

Selain dari kelebihan peria dan epal hijau tu sendiri, cara penyediaan jugak mainkan peranan penting. Contohnya peria dan epal perlu di blend kerana blending lebih mengenyangkan sebab ada fiber. Penyerapan nutrisi dia perlahan dan ini akibatkan gula dalam darah stabil.

Saya tertanya-tanya juga kenapa perlu campur EPAL HIJAU? Oh rupanya epal hijau akan meneutralkan rasa pahit peria katak tu. Jadi kuranglah sket level kepahitan air tu.

2. Vivix

Ini suplemen pertama yang terbayang kat mata kami bila mak bagitau bacaan gula dalam darah dia naik. Seriyes itu first time gula dalam darah mak naik. Risau dia. Risau juga kami.

Tanpa banyak soal, kami terus pujuk mak supaya minum vivix tu setiap hari. Kebetulan vivix memang ada kat rumah. Sebab sebelum ni mak minum vivix untuk pulihkan sakit lutut dia. Lepas mak dah tak sakit lutut dan boleh solat tanpa kerusi, mak tak berapa konsisten minum vivix.

Macam mana ya vivix ni boleh bantu kawal gula dalam darah?

Dalam vivix ni ada satu bahan nama dia resveratrol. Ada kajian bagitau resveratrol ni mampu kawal gula dalam darah. Makna kata gula takkan terlalu tinggi (hyper) atau terlalu rendah (hypo). Tapi make sure kalau ada dapat ubat dari doktor, teruskan makan ubat tu. Dan minum juga vivix. Sebab ia sangat bantu turunkan gula dalam darah pada tahap normal.

3. ESP

Satu lagi penawar yang terbayang kat mata kami adalah ESP. ESP ni suplemen shaklee. Kenapa kami suggest ESP? Sebab ia rendah karbohidrat dan gula.

1 hidangan ESP bersamaan dengan 10 gram karbohidrat dan 9 gram gula.

Dan yang paling penting, ESP ada indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 je. Ikut pada kajian saintifik, makanan yang mempunyai GI yang rendah akan perlahankan kadar peningkatan gula dalam darah.

Selain tu ESP ada protein. Protein ni penting untuk bina semula sel-sel yang rosak akibat daripada komplikasi kencing manis tu sendiri.

4. Tukar Gula Putih ke Stevia

Mak juga mula ubah gula putih kepada stevia. Stevia ni pemanis semulajadi.

5. Air masak

Yang ni petua bukan je untuk sape yang ada kencing manis tapi juga pada sesape pun.

Badan kita terdiri daripada air sebanyak 70%. Banyakkan?

Sebab itu kita perlu minum air minimum 3 liter setiap hari. Dan pastikan ia air kosong atau air mineral. (Kopi ke milo ke teh tarik ke tak termasuk tau)

Air yang kita minum mainkan peranan penting untuk gantikan kandungan air dalam badan yang keluar melalui air kencing dan peluh. Air dapat juga alirkan oksigen yang cukup ke seluruh anggota badan.

Coach fitness saya pernah pesan,

"Jika anda minum air berkafein, sila flush dengan air kosong 2x ganda sukatan minuman air tadi sejurus pengambilannya."

Jadi pastikan korang minum air yang cukup setiap hari. Bukan time sakit je.

Itu lah 5 petua yang mak mentua saya kongsi dengan saya. Moga bermanfaat untuk korang. Cumanya jika nak kesan positif macam mak mentua saya, pastikan korang amalkan semua petua tu tau. Kalau korang hanya pilih 1 petua je dan tak dapat kesan yang positif, jangan marah saya ya.

Sebelum korang pi mana2, meh layan dulu testimoni pengguna2 vivix yang sangat hepi bila bacaan gula dalam darah turun.

Testimonial Penawar Kencing Manis Testimonial Penawar Diabetes

Nak dapatkan VIVIX dan ESP?
Nak dapatkan konsultasi percuma berkaitan masalah kencing manis?
Nak jadi ahli shaklee?

Hubungi Ija Ramli 013 515 0155 





Posted via Blogaway


Related Post

0 Komentar