5 Tips Bisnes Online Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Mulakan Bisnes Dari Rumah



Zaman sekarang ni jika kita buat satu kerja pasti masih belum mampu nak cover segala keperluan hidup.

Jadi masing-masing berusaha buat macam-macam untuk dapatkan extra income. Paling mudah dengan kemudahan dunia tanpa sempadan yang ada sekarang, bisnes online lah yang paling sesuai. Boleh buat di mana-mana. Asalkan ada internet, smartphones, laptop dan kemahuan!


Lagi syok boleh buat bisnes dari rumah. Sebagai orang yang nak libatkan diri dalam bisnes, kita kena cepat ambil peluang.

Alhamdulillah, syukur saya dah terjebak dalam bidang ni hampir 4 tahun. Berdasarkan pengalaman cetek saya dalam bisnes online ni, saya kongsikan dengan korang 5 tips bisnes online.

1. Kenal pasti medium social network yang anda suka

Tanya diri "aku lebih selesa guna medium yang mana untuk sharing pasal bisnes aku ni?"

Contoh medium: facebook, blog, instagram, youtube

Ini sangat penting untuk hubungkan anda dengan kastemer atau bakal kastemer anda.

.
2. Mula kaji lebih details tentang medium yang anda pilih tu.

Apa strategi, teknik atau tips yang boleh buatkan biz anda growing melalui medium yang anda pilih tu. Yang ni kena banyak baca. Follow rapat2 sifu yang dah berjaya.

Contoh: anda pilih facebook. Sebagai orang biz, apa setting dalam fb anda yang anda perlu betulkan. Berapa ramai friends yang perlu anda ada. Macam mana nak positionkan diri sebagai org biz kat fb. Apa strategi yang kena guna.

3. Buang rasa malu tak bertempat, takut apa orang kata.

Buang jauh2 masuk dalam gaung. Tanya balik pada diri apa manfaat yang aku dapat kalau aku malu2. Kata nak biz. Jika malu dan takut macam mana biz aku nak berkembang biak?

Jelaskan niat yang fesbuk/blog/ig adalah medan untuk kita kongsi pengalaman, pengetahuan, ilmu. Boleh jadi saham akhirat jugak ni. Biiznillah, tak malu tak takuit dahhh.

4. Banyakkan sharing secara softselling/storytelling berbanding hardselling.

Softselling/storytelling ni menjual secara halus melalui cerita, pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Buleh picit link ni http://bit.ly/ebooksoftselling untuk tau lebih lanjut apakebende softselling ni haa.

5. Almaklum bila online ni kita tak dapat nak interaksi secara terus dengan kastemer atau prospek. Jadi sebelum tulis sharing apa2 tu bacalah dulu  Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billaah  (tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

Dan

Ya Allah Ya Kholiq Ya Musowwir Ya Alim Ya Hakim Ya Rasyid, YaAllah Yang Maha Mencipta, Maha Mereka Bentuk, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Kreatif.

Niat dalam hati Ya Allah berilah kekuatan untuk aku tulis sharing dan lembutkan lah hati mereka yang nampak sharing aku ni untuk baca apa yg aku tulis, tekan like dan share jika bermanfaat pada mereka atau kawan2 mereka.

Ameen.

#pss: Oh ya. Senyum tiga sepanjang anda  online naa. Senyum manes se sweet honey tawww.

#tsunamishaklee
#tsteam3
#bisnesdarirumah
#workingsurirumah
#bisnesonline

Ija Ramli
Shaklee Bisnes Coach &
Shaklee Independent Distributor
013 515 0155

Posted via Blogaway

Previous
Next Post »
0 Komentar