7 Pengajaran Daripada Movie Moana Yang Buat Anda Tersedar Dari Lena

Alkisahnya MOana Si Pengembara Laut.....


Selepas je makan nasi tumpang (request dari belated besday boy 😄) pagi 1 Jan 2017 yang lepas, hasben ajak tengok movie.


Sebenarnya nak tunaikan hasrat puteri sulong. Dari awal december dia dok ajak tengok movie tapi disebabkan kebizian, akhirnya cuti tahun baru baru berkesempatan untuk tunaikan hasrat dia.

Kami ke Space u8 Bukit Jelutong. 
First time ke sana. Best dan lapang je rasa. Sebab tak ramai orang.

Bila tengok movie dengan anak-anak, haruslah pilih movie animasi. Supaya diorang pun enjoy. Kalau tak jenuh tengok depa berdrama pulak dalam wayang tu.😂

Kebetulan movie yang teringin nak tengok masih ada lagi. Walaupun dah lama keluar,
still nak tengok kat panggung wayang. Baru feel kan. Hahaa ngada.

Masa mula-mula start dah rasa wow dengan sound effect dia tu.

Meh saya cerita sedikit sinopsis pasal movie ni.

Bermula dengan story telling daripada si nenek kepada anak-anak kecil yang ada di pulau tu.

Kemudian ada sorang budak perempuan ni mula berexplorasi sampai ke tepi laut, sangat berani dan dia sangat enjoy dengan apa yang dia tengah alami (mesti tengok scene ni. Cantik sangat!)

Tapi si bapa agak risau dan halang si anak bila dia asyik nak ke tepi laut je. (Mesti ada sebab kan? Kena tengok sampai habis. Hehe)

Si budak perempuan tadi namanya Moana. Dia anak ketua kampung di sebuah pulau. Dari kecil dia suka sangat laut dan dia teringin sangat nak ke laut untuk tengok apa yang ada di laut tu.

Di jadikan cerita, satu hari laut pilih dia untuk selamatkan pulau-pulau yang katanya akan berada dalam kegelapan. Akibat daripada perbuatan Maui. Maui ni curi batu kepunyaan Pulau Te Fiti (heart of te fiti) atau dikenali sebagai Pulau Dewi. Batu tu sebenarnya jantung pulau tersebut.

Jadi Moana perlu cari Maui sebab Maui je boleh letakkan semula batu pada Pulau Te Fiti. Bila dah dapat balik batu/jantung dia, baru la Pulau Te Fiti akan 'hidup semula'.

Dan pulau-pulau lain pun akan hidup semula juga.

Sepanjang perjalanan Moana, si ayam Hei Hei dan Maui ke Pulau Te Fiti, macam-macam cabaran yang depa kena hadapi dari segi emosi dan fizikal.

Adventurous dan kelakar juga!

Boleh dikatakan setiap scene dalam movie ni ada pengajaran dan ada somting yang boleh direflek. Lagu2 dia pun best2. Tak bosan walaupun movie ni hampir 2 jam!


Pengajaran Tersurat dan Tersirat


Banyak pengajaran sebenarnya movie ni:

1. Ikut kata hati. Tapi sebelum tu make sure hati dan jiwa suci bersih dulu. Hihi. Rajin2 amalkan zikir asmaul husna (penyucian jiwa). Bila ada hati, kita akan jadi diri sendiri yang penuh kasih sayang dan cinta.

2. Bila pasangan/downline bisnes/anak2 tengah down/takde semangat, kita boleh bantu up kan balik semangat dia guna psikology. Cuba kaitkan dengan cerita2 yang pernah hadir dalam hidup dia. Namun, jangan lah pula kita nak down jika dia still tak bersemangat sebab semuanya bermula dari diri sendiri jugak. At least kita dah cuba.

3. Yakin dan percaya pada keupayaan diri sendiri.
Mula-mula Moana cari Maui dan sangat berharap Maui dapat letakkan semula batu tu pada Te Fiti. Di tengaj jalan, Maui putus asa. Dan akhirnya Moana kuatkan semangat dan usaha juga. Dia sendiri buat dan dia boleh rupanya.

4. Bila kita jadi leader dalam team bisnes, berikan inspirasi pada anak buah kemudian depa akan follow. Macam Moana lepas Maui tinggalkan dia, dia hampir putus semangat tapi dia bersemangat semula dan teruskan juga perjuangan walau sorang2. Dan kemudian bila Moana berjaya lepas dari si Te Ka tu baru Maui datang semula. Sama-sama berjuang dan akhirya Moana berjaya!

5. Buat affirmasi diri setiap hari. Adoih terngiang2 'i am moana from montunui....'
Macam orang bisnes boleh lah cakap pada diri sendiri contohnya ' saya ija ramli, surirumah 5 angka dengan bonus shaklee setiap bulan mulai January 2017' <-- contoh lah kan. Contoh lain 'i am enough. I am beautiful. I am grateful'

6. Keluar dari zon selesa. Banyak benda sebenarnya kita mampu buat yang sebelum ni kita tak pernah terfikir pun/fikir tak boleh.

7. Mulakan je dengan apa yang ada dulu. Tak perlu tunggu perfect untuk mula. Di sepanjang kembara, kita akan belajar banyak benda yang kita taktau yang mana memang benda tu sangat berguna untuk kita capai matlamat kita.

Banyak sangat pengajaran sebenarnya movie #Moana ni.

Macam dah panjang jee....oklah selamat makan vitamin shaklee 😄


Nak order vitamin shaklee?
Hubungi Ija 013 515 0155 
Konsultation percuma, tapi nak vitamin kena bayar lah. hihi. akak bukan bank negara. haha
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Boleh tak bagi dia punya watak perwatakan

Balas