Cara Kawal Stress Supaya Tenang Hadapi Cabaran hidup

Pernah tak anda rasa macam banyaknya benda nak kena setelkan. Serabutnya rasa. Rumah macam kapal pecah. Anak meragam. Bajet lari. Haishh semua tu bikin stress kan?

Cara kurangkan tekanan


Saya pun tak terkecuali. Ada masa stress jugak. 😅. So nak buat macam mana untuk kawal stress tu supaya tenang hadapi cabaran hidup?

1. Akui dan terima yang anda tengah stress. 
"Ok aku tengah stress ni"

2. Cuba buat teknik pernafasan:

a. tarik nafas melalui hidung dalam-dalam dalam. Pastikan perut ke depan (kembung).

b. Tahan sekejap.

c. Lepaskan perlahan-lahan melalui mulut.

Masa lepaskan nafas tu, anda bayangkan segala benda yang buat stress tu berlalu pegi.

3. Istighfar 100 kali, selawat 100 kali.

4. Serah segalanya kat Tuhan. Nak nangis nak ngadu. Sembang2 lah ngan Tuhan.

5. Amalkan makan suplemen macam Bcomplex dan Cinch tea. Ikut kajian ada bahan dalam cinch tea namanya L-Theanine yang relax kan otak kita sekaligus buatkan otak kita berada dalam keadaan alpha.

6. Bermesra dengan alam. Tak perlu jauh. Jika masa dan bajet kurang, pi saja tempat yang dekat dengan rumah. Asalkan ia luar dari rumah.

7. Jalan kaki. Saya akan kongsikan lebih lanjut dalam blog.

Cara2 ni dengan izinNya, berkesan utk normalkan heartbeat terutama bila stress, marah, takut, sedih.

Lagi bagus jika dapat buat selepas solat sunat 2 rakaat
Previous
Next Post »
0 Komentar