Vitamin C Bukan Sekadar Vitamin Untuk Kulit Cantik

Bila ambil vitamin seperti vitamin C, ESP dan vitamin2 lain, ia bukanlah semata-mata untuk cantik je.

Kenapa?

Okay kita lihat dulu kenapa pentingnya vitamin C pada tubuh badan kita.

Cara hilangkan selesema


Kebanyakan haiwan dapat hasilkan vitamin C mereka sendiri. Namun kita, manusia tak dapat hasilkan vitamin C sendiri. Kita kurang 1 enzim je untuk bolehkan kita tukar gula ringkas jadi vitamin C.

Dan vitamin c sangat penting untuk kita sebab ia terlibat dalam banyak bidang kesihatan.

Contohnya, bila stress, badan kita akan keluarkan hormon cortisol dari kalenjar adrenal sebagai satu cara untuk kawal stress tu. Dan hormon cortisol ni perlukan vitamin C, vitamin E dan Bcomplex dalam proses penghasilannya.

Vitamin c juga digunakan untuk melindungi badan kita dari pencemaran udara. Bila badan habis guna vitamin c, kita perlu bekalkan badan dengan vitamin C semula secara berterusan.

Yang lebih jelas ialah apabila kita kena selesema. Ikut kajian pengambilan vitamin c yang konsisten, dapat kurangkan tempoh selesema tu. Dan yang paling syok ia dapat kurangkan kesan2 yang tak best akibat selesema tu.

Jika saya kena selesema pun, saya pasti nak alami paling sikit kesan akibat selesema. Dan lagi best dapat sembuh cepat. Haishh tak selesa jika selesema lama2 kan?

Anda pernah luka?
Vitamin C penting dalam penyembuhan luka. Jika anda mudah lebam, ia tanda anda kurang vitamin c. Sebab vitamin c penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen ni ibarat macam gam tisu. Hebat cipataan Tuhan. Kolagen akan ikat sel-sel bersama. Jika berlaku pembentukan tisu-tisu baru, badan juga perlu buat kolagen baru.

Itu lah dia peranan vitamin c. Bukan takat nak cantik je perlu makan vitamin. Vitamin c jugak dapat tingkatkan sistem imun badan.

Ya. Vitamin c juga salah satu antioksidan. Bila cakap pasal antioksidan, ia penting untuk cegah kanser.

Banyak sungguh sebab kenapa kita perlu konsisten dengan vitamin C.

Oh satu lagi yang paling penting, vitamin C juga dapat cegah penyakit jantung. Sebab vitamin c akan cegah pengoksidaan kolestrol LDL dari bertukar kepada bentuk yang lebih bahaya.

Ok. Tu baru vitamin c. Vitamin lain pun secara specifik banyak manfaatnya.

Bayangkan betapa banyaknya manfaat vitamin untuk kita dapat kesihatan optimum (menyeluruh). Bukan hanya untuk cantik semata2.

Jika fikirkan betapa kita terdedah dengan pencemaran, radiasi, makan pelbagai proses food, makanan manis dan sebagainya yang akibatkan macam2 penyakit bila makin berumur nanti, pasti kita akan konsisten makan vitamin C yang mampu bagi kesan yang berterusan.

Kita yang tak cuba ikhtiar cegah dari umur muda, takkan bila dah sakit nak salahkan umur tua kita?
Previous
Next Post »
0 Komentar