Vitamin Untuk Kesihatan Mental

Recently masalah kesihatan mental semakin menjadi jadi. Tak terjurus dengan mana2 peringkat umur dah. Memang menyeramkan dan membimbangkan.


Ada satu kajian peratusan negeri yang mempunyai masalah kesihatan mental di Malaysia.


WP Kuala Lumpur 39.8%

Sabah 42.9%

Kelantan 36%


Bagi jantina pulak wanita mendominasi masalah kesihatan mental iaitu 30.8% manakala lelaki 27.6%.


Perak,Pulau Pinang dan Putrajaya antara negeri terendah iaitu 17%,19.1% dan 20.7%.


Overall 4.2 juta atau 29.2% penduduk Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental.


Stress ni ialah tindak balas emosi,fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia.


Kesan stress kepada kesihatan sangat banyak. Antaranya mudah lupa dan susah nak fokus. Pesakit akan mudah diserang sakit kepala,susah nak tidur dan sistem penghadaman terganggu. Emosi turut terganggu..


Dan yang paling merisaukan ialah pesakit mental berisiko kepada sakit jantung dan strok. Banyak penyakit berbahaya bermula dari masalah stress yang tidak terkawal.


So apa kita perlu buat untuk kontrol our stress level supaya tidak terjerumus dalam masalah kesihatan mental?


- meditation

- regularly exercise

- Dapatkan deep sleep

- bergaul dengan masyarakat/join mana2 club society

- makan secara sempurna

- kurangkan kafein

- buat priority kerja


Salah satu cara lagi ialah berikan nutrisi lengkap kepada badan untuk membantu meningkatkan mood,meningkatkan tahap tenaga.


Berikut ialah nutrisi-nutrisi penting untuk kesihatan mental yang baik.


1) Vitamin B


Vitamin B terutamanya B12,B6,riboflavin dan folat penting untuk Mengawal tekanan.


Contohnya vitamin B diperlukan untuk pengeluaran neurotransmitter seperti dopamin dan serotib (hormon) yang membantu mengawal mood.


2) Asid lemak Omega-3


Pengambilan Omega-3 yang rendah dikaitkan dengan peningkatan kemurungan pada populasi barat.


Asid lemak penting (omega 3 dan 6) adalah nutrien penting yang membantu tubuh berfungsi dengan berkesan terutamanya bahagian otak.


Asid lemak penting Omega-3 bantu Meningkat pengeluaran serotonin DHA dalam lemak Omega-3 juga membantu menyuburkan otak dan mengurangkan hormon stress.


3) Polifenol


Antioksidan flavonoid mempunyai kesan anti radang dan neuroprotective yang kuat.


Ia membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan tekanan dan Melindungi daripada kerosakan sek yang berkaitab dengan tekanan.


Selain itu jugak kajian menunjukkan bahawa makan makanan Kaya flavonoid seperti blueberry dapat Melindungi dari kemurungan Dan meningkatkan mood kita.


4) Kalsium & Vitamin D.


Penyelidikan ke atas tahap tekanan dan diet menunjukkan bahawa kalsium dapat membantu mengurangkan gejala tertentu seperti ketenangan otot dan kegelisahan.


Vitamin D main peranan penting untuk kesihatan mental dan peraturan tekanan. Tahap vitamin D yang rendah dikaitkan dengan peningkatan risiko kegelisahan dan kemurungan.


5) Vitamin C.


Vitamin C terlibat dalam tindak balas tekanan. Terlebih lagi tahap vitamin C yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan mood dan tahap kemurungan yang lebih rendah (Mengawal pembebasan kortisol)


6) Protin


Taurin dan asid amino diperlukan untuk menghasilkan neurotransmitter seperti dopamin yang penting untuk mengatur tindak balas tekanan. Sebenarnya kajian menunjukkan bahawa taurin mungkin mempunyai kesan anti depression.


So gais jagalah kesihatan mental diri sendiri dan orang2 tersayang di sekeliling kita. Jika nak better prevention jom consume Vitamin untuk take care kesihatan mental yang lebih baik.

Previous
Next Post »
0 Komentar