Makan-makan bersama Digital Branding Expert di Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor

lama tak mai sini. dulu2 rajin bawak anak team dtg sini.. lama2 rasa dia tak menepati lidah kami. so stop jap.

semalam cikcida n paksu ajak kami ke sini. ada satu family lagi.. tapi depa dah balik jadi tak de dlm gambar. 

rasa ikan bakar, sambal belacan & ikan masak tiga rasa sedap kali ni. memang berbeza dari dulu2 yg kami penah rasa. 

so rekomended lah kalau sapa2 nak mkn ikan bakar, tomyam & seafood tepi pantai. ada lah sket pasir.. tapi sini pantai lumpur. okay lah utk view tepi pantai gituu. 

yg belakang kami tu tempat makan dangau style. meja jepun. duduk bersila..nk bertimpuh pun bole. nk duduk tahiyat pun boleh.. jangan duduk cangkung sudah. buruk benar ghupenyaaa😆

kalau datang pukul 4 tu just nice lah. org tak ramai sgt.

makan2 lepastu sembang2.. bole lajak tengok sunset. mmg cantik sini. 

jangan risau, surau pun ada sini. tempat parking pun besar. 

okaylah, jom layan gambar2. tak snap sangat pun sbb ralit makan & sembang😂



Latest
Previous
Next Post »
0 Komentar