7 Tips Kurus Dengan Cepat dan Selamat

Anda tengah cari tips kurus dengan cepat dan selamat? Ok, jom baca sampai habis. 


Ada banyak tips cuma kali ini Ija nak kongsikan 7 tips mudah yang kita boleh amalkan. 

1. Mesti set minda kita dulu. Ulang-ulang cakap kat diri sendiri, aku nak turunkan berat badan sekian-sekian kilogram sebelum sekian sekian tarikh. 

Cakap lah sampai diri sendiri rasa tak tahan dah. Rasa nak sangat-sangat dapat berat badan ideal. 

Lepastu bagitau pasangan, kawan-kawan yang kita yakin dia boleh sokong kita dan mana tau diorang pun boleh ingatkan kita balik nanti bila kita kelaut. 

2. Mula ubah lifestyle iaitu mula kurangkan minum air manis. kurangkan pengambilan gula putih dan susu pekat. Kalau biasa ambil setiap hari, cuba kurangkan jadi 3 kali seminggu then 1 kali seminggu. Lama-lama jadi biasa tak minum air manis pun takpa dah.

Kalau nak kesan yang cepat, memang kena puasa terus lah dari gula putih.

Gula tersembunyi dari makanan tetap ada kan. Lagi-lagi kalau yang bukan kita masak sendiri. Kalau masak sendiri kita boleh control. 

3. Banyakkan minum air kosong. 1 liter air untuk setiap 25kg. so kalau berat 100kg, wajib ambil 4liter air kosong sehari. apapun dicadangkan 2 liter sehari air mesti minum. Ada kajian bila kita minum air cukup, nafsu makan kita berkurangan dan metabolisma meningkat. 

4. Kalau dah terbiasa makan makanan proses seperti sosej, mee, fast food & sewaktu dengannya, eloklah kurangkan. 

5. Puasa. Boleh mulakan dengan puasa berkala atau intermittent fasting atau lebih baik puasa macam kita puasa di bulan ramadhan. Contohnya puasa sunat isnin dan khamis. Atau puasa sunat hari isnin, selasa, rabu dan khamis. Ikutlah kemampuan masing2.

6. Senaman. Ini pun ikut kemampuan masing-masing. Indoor atau outdoor. Mulakan dengan yang kita boleh buat dulu. Kalau nak yang hebat2 nanti kang tak terbuat pulak. Paling penting senaman yang kita boleh konsisten buat.

7. Ambil suplemen dan vitamin. Ini perlu untuk badan kita cukup nutrisi. Sel-sel badan pun perlukan nutrisi tambahan untuk terus bekerja. Boleh baca vitamin apa yang sesuai untuk bantu kurangkan berat.  

Kesimpulannya, rasa nak kurus mesti hadir dari diri sendiri. Sendiri mesti tau kenapa aku nak kurus. Kalau pasangan ke atau orang lain yang paksa memang susah. Cabaran nak kurus memang banyak tapi ingatlah orang tersayang. 

Seronok bila badan ringan, 
nak buat ibadah pun mudah. 

Boleh juga baca perkongsian sahabat tentang tips kurus dengan cepat

#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023



Previous
Next Post »
0 Komentar