Terkejut Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Betul ke ada vitamin kulit cantik harga menu rahmah? Jangan terkejut, memang ada ๐Ÿ˜‰. 

Sangat sesuai untuk kita kita yang nak kulit sihat, cantik dan berseri. 

Semestinya boleh dengan pengambilan nutrien yang tepat untuk kulit. Macam vitamin kulit harga rahmah yang ija nak kongsikan dalam entry kali ni. 

Kulit suka apa untuk subur dari dalam? Yess betul sangat tu. Kulit suka protin dan vitamin c. Dua ni paling asas dan ada dalam vitamin kulit. Ada banyak lagi nutrien yang kulit suka. tapi takpa kita tengok 2 jenis nutrien ni dulu ya. 

Macam mana protin bantu suburkan kulit dari dalam? 

Protin ialah blok binaan asas untuk sel kulit yang sihat. Protin penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu dalam badan termasuklah kulit anda. 

Ia galakkan pembaharuan sel utk bina asas kepada kulit yang sihat. berdasarkan kajian, isoflavon yg terdapat dalam soya dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit kita. 

Protin soya juga bantu tingkatkan keanjalan kulit dan tingkatkan penghasilan kolagen.

Pendek kata, ia baiki tona dan kecantikan pada kulit. Kulit akan jadi lebih sihat, lebih berseri, lebih cerah dan licin.  

Lagi best, protin soya ni dapat bantu kurangkan kesan pigmentasi jerawat pada muka. Barulah kulit nampak lebih muda๐Ÿ˜

Soalannya, protin soya jenis apa yang kita kena ambil? 

Untuk soalan ni, ija sangat cadangkan ambil ESP Shaklee sebab dalam ESP shaklee ada semua ciri-ciri protin yang berkualiti seperti:

  • Protin bukan GMO
  • Indeks Glisemik (GI) rendah dan ini disokong oleh kajian klinikal
  • Kaya dengan kalsium, zat besi dan vitamin B dalam setiap hidangan
  • Tiada kolestrol, lemak tepu dan rendah kalori
  • Bebas Laktosa dan Gluten
  • Tidak ada perisa, pewarna dan pemanis buatan

Haaa kan ija dah kata, ESP shaklee pilihan terbaik tau. Memang berbaloi lah kalau konsisten minum. 

Dah lah berkualiti tinggi, harga pun mampu milik. 

Tapi mesti pening jugak kan macam mana nak buat pilihan yang terbaik?

Ok jom ija tolong anda buat pilihan. 

7 sebab kenapa anda perlu pilih ESP Shaklee

1. Sumber Semulajadi

ESP ni adalah dari sumber semulajadi. Ia bukan GMO, Bebas gluten, tiada perisa tiruan, tiada pemanis tiruan, tiada warna tiruan dan tiada pengawet.

2. Pilihan lebih Sihat

Sebab ESP rendah indeks glisemik, rendah lemak dan paling penting ia adalah dari protin tumbuhan yang mana tiada kolestrol.

3. Berkualiti Tinggi

Yang ni pun mesti korang suka, ia bukan saja lengkap dengan 14gram protin dan 9 asid amino penting tapi juga lebih sihat sebab dari sumber tumbuhan. Selain tu ia kekalkan isoflavone dan phytochemicals. Asid amino dan enzim juga dikekalkan dari penanaman kepada pembuatan. 

4. Pilihan Berkhasiat

Kenapa berkhasiat? Sebab ia mengandungi 500mg kalsium secara semulajadi dan ini penting untuk perkembangan gigi dan tulang yang kuat.

Dalam ESP juga ada 5 vitamin B penting secara semulajadi untuk bagi tenaga yang berterusan. 

Bagus kan?

5. Lembut pada Perut

ESP mudah dihadam, lembut pada perut dan sesuai untuk mereka yang mempunyai intoleransi laktosa. Anda vegetarian? yesss sangat sesuai juga untuk anda yang amalkan diet vegetarian kerana ia dari sumber tumbuhan semulajadi. 

6. Sedap dan Lazat

Dari segi rasa, ESP ni sedap tau uolss. Kena rasa sendiri baru tau.. tapi kalau nak dapat rasa yang betul-betul sedap beli dengan ija, sebab ija akan ajar cara bancuhan ESP yang betul. Resipi ESP pun ada tau๐Ÿ˜

7. ESP ada dalam SET RAHMAH 

Haa yang ni memang tak boleh tunggu bulan depan. Kena terus dapatkan dengan ija sebelum dia out of stock. Melepas kanggg nanti.

Japp ada satu suplemen dalam vitamin kulit yang anda kena makan..

Okay ada satu lagi vitamin kulit iaitu Vitamin C. Vitamin c ialah komponen penting bagi penghasilan kolagen serta menyokong ketegangan dan kelembutan kulit. 

Selain itu vitamin c juga bertindak sebagai antioksidan. Ia bantu lindungi kulit kita dari sinaran uv jugak tau. Lagi-lagi sekarang kan setiap masa kita depan handphone. Tak keluar dapat uv dari matahari tapi kita tetap terdedah dengan sinaran uv dari handphone, tv, laptop. 

Jadinya kalau kita ambil vitamin c ni sebagai salah satu vitamin kulit, ia dapatlah lindungi kolagen dalam badan kita dari rosak sebelum masanya.

Okay jom ija bantu anda macam mana nak pilih Vitamin C yang betul-betul berkualiti. 

1. Pilih suplemen vitamin c yang mempunyai sistem pelepasan berperingkat. 

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut air. Jadi ia mudah untuk disingkirkan melalui air kencing dan tak dapat disimpan dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. 

Pengambilan vitamin c dengan dos yang lebih tinggi tak bagi manfaat pada tubuh badan. Bazir duit ja. 

Vitamin C dengan sistem pelepasan berperingkat akan memastikan dos vitamin c dilepaskan sedikit demi sedikit supaya tubuh badan anda dapat manfaat sepenuhnya dari nutrien ini.

2. Pilih Vitamin C yang mempunyai Bioflavonoid

Tubuh badan kita tak boleh hasilkan vitamin c. Jadi pastikan badan anda dapat bekalan vitamin c yang cukup setiap hari dari sumber makanan dan suplemen harian. Barulah cukup vitamin kulit anda๐Ÿ˜

Kandungan bioflavonoid sangat penting bagi menyokong fungsi dan penyerapan vitamin c dalam badan anda. Ia berfungsi untuk melindungi vitamin c dalam tablet daripada rosak dan teroksida.

Serat oren yang terdapat pada kulit buah oren, lemon atau buah sitrus yang lain, kaya dengan bioflavonoid. Tapi anda tak makan kan?

Jadi kena lah pilih vitamin c yang ada Bioflavonoid ๐Ÿ˜

3. Pilih Vitamin C dari Sumber Semulajadi

Kita nak ambil suplemen vitamin c bukan sahaja untuk kulit yang lebih cantik tapi juga untuk meningkatkan kesihatan badan dan pertahanan tubuh badan. 

Jadi pastikan anda pilih suplemen vitamin c dari sumber semulajadi yang bebas dari gula, pewarna dan pengawet tiruan sebagai nutrisi vitamin kulit anda.

4. Pilih Vitamin C yang Selesa dan Lembut Pada Perut

Ada orang dia risau nak makan vitamin c ni sebab takut perut tak selesa dan perut jadi pedih. Sebab tu penting sangat pilih vitamin c yang sesuai dan selesa pada perut anda. 

5. Pilih Vitamin C yang ada dalam Set Rahmah๐Ÿ˜

Ya, ada tau suplemen vitamin c harga rahmah yang berkualiti dan ada 4 ciri-ciri yang ija tulis kat atas tu. Kalau boleh dapat vitamin kulit yang berkualiti dan harga rahmah, mesti lah nak kan? 

Okay, jadi dah tau kan nak pilih suplemen vitamin c yang macam mana untuk vitamin kulit? 

Ija cadangkan pilih Sustained Relase Vitamin C Plus jenama Shaklee yang memenuhi semua ciri-ciri yang ija kongsikan tadi. 

Ada sistem pelepasan berperingkat, mengandungi bioflavonoid, dibuat dari sumber semulajadi dan lembut pada perut.

So, tunggu apa lagi? Jom buat pilihan yang tepat! 

Sebelum tu awak mesti nak tengok testimoni kulit cantik dengan vitamin kulit ni kan? 

Okay jom tengok.





Kesimpulannya, untuk vitamin kulit anda boleh ambil Vitamin C Shaklee dan ESP Shaklee. 

Harga pun harga rahmah. 

Nak order set rahmah ni, klik pada gambar

Memang tengah murah sangat vitamin kulit cantik ni tau. 

Harga menu rahmah awak. Siap dapat jadi ahli percuma. Tak payah bayar yuran keahlian. Jimat banyak sangat tau. 

Bestnyaaaa. Order dengan Ija tau, ija akan ajar cara makan yang betul. Konsultasi macam biasa percuma. 

Yang pasti VITAMIN KULIT harga rahmah ni berkualiti. setuju ke setuju? 


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023





Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

Bestnye set kulit cantik ni. Harganya pun murah yang amat. Berbaloi juga beli. Terima kasih untuk Info sis.

Balas
avatar

Vitamin Shaklee best. Dah consume takkan berpaling lain. Murahnya Set Cantik Shaklee bulan ni ๐Ÿ˜❤

Balas
avatar

Antara set yang dicuba awal-awal dulu. Alhamdulillah serasi dan berkesan

Balas