3 Doa Yang bagus Untuk Wanita

Mama nak share 3 doa yang bagus untuk wanita. Sebenarnya tak semestinya wanita, sesiapa pun boleh amalkan. Tak semestinya orang berniaga sahaja yang boleh buat. Yang bekerja pun boleh amalkan doa ni. Surirumah pun boleh amalkan. Mana tahu asbab beramal, Allah kurniakan rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka. 

Kita boleh mulakan doa dengan istighfar, selawat dan doa pembuka ijabah seperti dalam gambar.



Kita juga digalakkan untuk mengamalkan doa menghindari rasa malas dan mengelakkan cengkaman hutang. Dengan kata lain doa bebas hutang. Biasalah kan kita orang perempuan ni ada masa down ada masa rasa malas sangat. Sebab itu doa yang bagus untuk wanita di bawah ni perlu dibaca setiap hari. Bacalah 3x setiap kali lepas solat. Doa ini juga boleh bantu elakkan stress, anxiety dan elak hutang yang banyak. 


Bacalah juga doa di bawah ini untuk  memohon kebaikan dan bimbingan Allah selalu. 


Jadikan juga selawat tak putus sepanjang hari, mudah-mudahan menjadi asbab beroleh syafaat Rasulullah di akhirat nanti dan banyak kemudahan yang Allah kurniakan di dunia. 

Jom sama-sama amalkan doa yang bagus untuk wanita. 

Moga bermanfaat.

Allahumma solli ala saidina Muhammad.


Previous
Next Post »
0 Komentar