Keperluan Nutrien Wanita Mengandung

Wanita mengandung selalunya makan bukan sahaja untuk diri sendiri tapi makan untuk bayi jugak. Betul tak?

Ye lah kan apa yang ibu makan boleh bagi kesan juga kepada kepada kesihatan anak sepanjang hayat anak. Selalunya wanita yang sihat dan ambil nutrisi yang cukup lebih cenderung mempunyai kehamilan yang sihat.

Contohnya kurang komplikasi masa hamil, bayi pun insyaAllah sihat. Peluang membesar sebagai kanak-kanak yang sihat pun lebih tinggi dan seterusnya menjadi dewasa yang sihat juga. 

Jadi apakah keperluan wanita mengandung dari segi nutrisi?


#1 PROTIN


Mommy yang tengah pregnant elok ambil lebih banyak protin untuk:
  • Membantu perkembangan bayi yang sihat terutamanya masa trimester kedua dan ketiga sebab waktu ni bayi tengah berkembang dengan pesat. 
  • Pertumbuhan tisu payudara dan rahim wanita semasa mengandung.


#2 KALSIUM


Wanita mengandung perlukan kalsium ni lagi-lagi masa hamil. Kena ambil 3 hidangan sehari untuk:
  • Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat.
  • Mengawalatur penggunaan cecair dalam badan ibu.
  • Mengembalikan simpanan kalsium ibu.

#3 ASID LEMAK OMEGA-3


Dalam asid lemak omega-3 ada DHA dan EPA. Kedua-dua ni sangat penting untuk:
  • Menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi. 
  • Menyokong kesihatan otak ibu. 
  • Mencegah keradangan. 

#4 MULTIVITAMIN DAN ZAT BESI


Selain daripada 3 jenis nutrisi di atas, wanita mengandung perlu sangat tau ambil multivitamin dan zat besi sebab ia membantu untuk:
  • Cukupkan nutrisi ibu yang lompong-lompong tu supaya ibu dan bayi mendapat semua nutrien untuk kesihatan mommy dan baby. 
  • Menyokong penghasilan sel darah merah untuk membantu membawa oksigen dan menghantar kepada bayi. 
  • Membantu mencegah anemia dan meningkatka HB ibu. 

#5 VITAMIN C


Wanita mengandung perlukan vitamin c untuk:
  • Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang. 
  • Menyokong penyerapan zat besi.
  • Menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahan penting dalam salur darah. 

#6 VITAMIN B


Yang ini juga penting sangat untuk wanita mengandung. Vitamin B lengkap seperti vitamin B12, folic acid, vitamin B6, biotin, asid pantotenik, niasin, tiamina dan riboflavin adalah penting untuk kesihatan ibu dan bayi iaitu dengan:
  • Menyokong perkembangan tiub saraf bayi. 
  • Meningkatkan tenaga semulajadi untuk ibu dan bayi yang membesar dalam kandungan. 
  • Mencegah kecacatan kelahiran seperti kecacatan tulang belakang dan otak iaitu dengan makan asid folik terutama masa peringkat awal kehamilan (trimester pertama). 

Tak banyak pun kan. Wanita mengandung mesti ambil nutrisi-nutrisi yang Ija share tadi tau. Bukan untuk kesihatan ibu saja tapi untuk kesihatan bayi ibu juga. Anda adalah apa yang ibu anda makan. 
















Previous
Next Post »
0 Komentar