Showing posts with label Intermittent Fasting. Show all posts
Showing posts with label Intermittent Fasting. Show all posts

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tau

Entry kali ni Ija nak share tentang keburukan intermittent fasting yang ramai tak tau. 


Ya betul, ikut kepada kajian, intermittent fasting (IF)  adalah salah satu cara untuk dapatkan berat badan ideal. Dan IF bukan diet tapi adalah lifestyle. 

Cumanya ada beberapa keburukan semasa proses intermittent fasting. Ija sendiri tak kata IF ni tak elok. IF ada kebaikan dan ada juga keburukannya.

Allah jadikan sesuatu itu ada pasangannya. 
its normal. 

Sebelum ija share apa keburukan IF ni jom kita tengok apa kelebihan IF. 

Antara kelebihan intermittent fasting ialah dapat aktifkan proses autophagy. 

Autophagy ialah proses semulajadi yg berlaku apabila kita berpuasa selama 18 jam. Kalau puasa selama 72 jam proses autophagy akan meningkat kepada 300%. 

Apa yang berlaku dalam proses autophagy?


Bila sumber glikogen dalam hati habis, sel akan mula makan sel2 rosak untuk dijadikan sumber tenaga. Dan akan hasilkan sel baru yang lebih sihat. Dia ibarat macam proses kitar semula sel. 

Sel yang rosak dibaiki dan yang tak boleh baiki akan dibuang sebelum berubah jadi sel kanser. 

Autophagy yang diaktifkan semasa 18 jam intermittent fasting akan merangsang hormon pertumbuhan (HGH). Hasilkan lebih banyak sel baru dan kurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung dan kanser. 

Kalau yang dah ada kanser pula, kanser dia tak aggresif dan tak melarat-larat. 

Autophagy juga boleh bantu bina semula otot kita. 

Siapa yang ada gout dan masalah sendi pun elok amalkan autophagy. Cepat kesan dia. 

Otak pun jadi lebih sharp/clear. 
Paling semua nak adalah reverse aging.

Ini semua kita boleh dapat bila kita buat IF hingga capai autophagy biasanya IF 18 jam dan ke atas.

Sebab tu ramai yang cakap IF ni bagus. Betul memang IF bagus, autophagy bagus.

Walaubagaimanapun intermittent fasting yang matlamatnya adalah autophagy ada juga keburukannya iaitu:


1. Badan Jadi Sangat Letih dan Tak Bertenaga 


Memang autophagy sangat bagus. Tapi dia tak mula bekerja kalau puasa 12 jam saja tanpa makan dan minum. Sebab autophagy start selepas 18 jam berpuasa. Mampu ke nak puasa hari2 18 jam tanpa makan dan minum. Sebab tu digalakkan buat IF lebih 18 jam. 

Cumanya agak menyeksakan badan nak tahan dari makan selama tempoh tu lagi2 kalau 72jam. Badan akan kurang nutrisi dan garam mineral. Jadi letih sangat dan tak bertenaga. Bila sel tak cukup nutrisi, mood kita pun jadi tak ok dan mudah stress. 

Cara Selesaikan
Mesti buat keempat-empat perkara dibawah ni:

a. Puasa bulan Ramadhan, puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa Nabi Daud dan sewaktu dengannya. Purata di Malaysia kita berpuasa 13 jam.

b. Ambil lemak sihat seperti omega guard shaklee

c. Cukup tidur yang berkualiti. Boleh ambil ResV Shaklee. Ada kajian kata resv boleh meningkatkan deep sleep. Masa tidur ni sel2 kita dibaiki.

d. Senaman 20 minit sebelum berbuka puasa.

Berdasarkan kajian klinikal, supplement terbaik untuk aktifkan autophagy ialah 
  • Resveratrol
  • Astaxanthin
  • Berberine
  • Citrus Bergamot
  • Turmeric

Sangat dicadangkan ambil Vivix dan Coqtrol kerana kedua-dua ini mengandungi resveratrol. Vivix dia bukan sekadar ada resveratrol tapi ada keduanya sekali iaitu resveratrol dan polifenol.

Dalam coqtrol pula ada resveratrol tapi tak banyak. Sebab tu perlu gabungan vivix dan coqtrol.

Haa kan senang tak perlu susah-susah IF sampai 72 jam semata-mata nak aktifkan autophagy. Kita boleh puasa macam biasa dan ambil vitamin shaklee utk bantu aktifkan autophagy. 

2. Menggalakkan Kemusnahan Kolagen dan Menyekat Peningkatan Kolagen


Dalam badan kita ada 70% air dan 30% kolagen. Kolagen ada di kulit, sendi, tendon. Paling banyak dalam badan kita adalah kolagen type 1 iaitu 90%.

Apabila kerap buat autophagy, kolagen dalam badan kita akan rosak. Akibatnya kolagen yang dihasilkan oleh badan akan kurang. Kita mula rasa sakit sakit badan, sakit sendi, rambut gugur, kuku rapuh, masalah kulit. Paling tak best berlaku penuaan sebelum usianya. 

fakta yang kita kena tau pasal kolagen. by umur 28 tahun, kolagen dalam badan kita dah mula berkurang.
umur 60 tahun, 50% kolagen berkurangan. 


So apa perlu buat?
Mau tak mau kita mesti kena ambil suplemen kolagen. Kalau tak jadi mak limah lah kitaaa🤭. Dicadangkan ambil kolagen shaklee sebab ia kolagen peptide, molekul rendah dan mudah diserap. Ia juga ada gabungan vitamin c, vitamin b2 dan b6.

mesti ambik suplemen kolagen bila buat autophagy supaya tak nampak tua. Nak ke berat badan dah cun, badan dah sihat tapi nampak tua? sbb autophagy rosakkan kolagen dalam badan kita. so perlu sangat ambik suplemen kolagen utk topup kolagen dalam badan kita.

soalan: kalau tak nak ambil suplemen kolagen tapi nak ambik kaki ayam sahaja boleh ke? 

Jawapan: mesti kena ambil jugak suplemen kolagen sebab autophagy musnahkan kolagen type 1. kaki ayam ada kolagen type 2 sahaja.

Kesimpulannya, kita boleh pilih nak puasa secara islam dan ambil suplement terbaik shaklee atau buat intermittent fasting 36 jam hingga 72 jam untuk capai autophagy. 

Pilihan di tangan anda 😁

different body
different solution
different reaction

Jom baca juga perkongsian sahabat tentang Keburukan  Intermittent Fasting.

Jika berminat nak tau lebih lanjut, boleh hubungi Ija. Klik di sini. 



Cara Buat Intermittent Fasting Yang Betul Untuk Beginner

Intermittent Fasting atau IF yang ija perasan start popular sejak 2018. Masa tu pelakon Lisa Surihani share salah satu tips beliau kekal cantik dan ramping ialah dengan mengamalkan IF. Dan sekarang ia masih lagi trending.


Apa itu Intermittent Fasting? 

Ia adalah satu gaya hidup yang mengasingkan tempoh masa untuk makan dan tidak makan. Yang bestnya IF ni percuma sahaja dan fleksibel. 

Intermitten Fasting lebih kepada gaya hidup yang sihat. Ia bukan kaedah ‘diet’. IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat. 

Tempoh masa kita puasa dari makan adalah berbeza ikut kesesuaian gaya hidup kita.

Secara asasnya tempoh berpuasa mestilah sekurang-kurangnya 12 jam, pada masa kita berpuasa tu kita tak  boleh makan tapi kita boleh minum air kosong, teh, teh hijau dan kopi tanpa gula dan susu.

Jadual Intermittent Fasting

Ada beberapa cadangan jadual IF iaitu:

12 jam puasa, 12 jam boleh makan (12:12)

16 jam puasa, 8 jam boleh makan (16:8)

18 jam puasa, 6 jam boleh makan (18:6)

20 jam puasa, 4 jam boleh makan (20:4)

23 jam puasa, 1 jam boleh makan (23:1)

Tips Intermittent Fasting Untuk Anda Yang Baru Nak Bermula (Beginner)

Kalau baru nak start, ija cadangkan buat 12:12 dulu. Maksudnya 12 jam puasa dan 12 jam berikutnya kita boleh makan.

Contohnya hari ini kita putuskan nak buat Intermittent Fasting 12:12. Jadi pukul 8 malam kita pun mula berpuasa. Makna kata selepas pukul 8 malam kita tak boleh makan tapi kita boleh minum air kosong, teh, teh hijau dan kopi tanpa gula dan susu. Kita puasa selama 12 jam. Masa kita tidur pun dikira kita berpuasa tau. haa kan best macam tu. Tak terasa pun kita tengah berpuasa. Pukul 8 pagi kita dah boleh start makan semula. Dari pukul 8 pagi sampai 8 malam kita boleh makan. Ini dikira sebagai 12:12

Masa tempoh makan tu boleh makan ikut diet pilihan masing-masing. Tapi kalau tak ikut mana-mana diet, ija cadangkan kawal portion dan kurangkan makanan yang ada gula.

Bila dah okay boleh buat 16 jam puasa, 8 jam boleh makan (16:8) dan seterusnya. 

Buat Intermittent Fasting ini ikut kemampuan kita dan ikut keperluan kita. 

Contoh, esoknya ada kenduri pukul 8 malam, jadi kita start puasa pukul 9 malam dan ikut jadual IF yang sesuai dengan lifestyle kita. 

Dan kita juga boleh mulakan Intermittent Fasting ini secara selang sehari dulu, lepastu dah okay baru buat setiap hari. 

Apa Yang Terjadi Masa Kita Puasa 12 jam dan lebih 12 jam?

Masa kita berpuasa 12 jam atau lebih dari 12 jam, badan kita akan menghabiskan simpanan tenaga di hati dan mulakan proses ketosis. Maknanya badan berubah dari menggunakan gula sebagai tenaga kepada menggunakan lemak.

Sebab itu kita kena elakkan makan dan minum yang tinggi gula supaya hormon insulin tak naik mendadak. 

Hormon insulin adalah hormon yang simpan lebihan gula dalam bentuk lemak. Ini akan menghalang proses ketosis.

Kebaikan Intermittent Fasting

Ada banyak kebaikan Intermittent Fasting. Antaranya bila kita “tutup dapur awal” makna kata kita puasa pada waktu malam, ia akan bantu kita untuk:

  • hilangkan lebih banyak kilogram. 
  • kurangkan craving dan rasa nak mengunyah 
  • kurangkan rasa lapar
  • bakar lemak visceral
  • bantu baik pulih sel-sel dalam badan
  • tingkatkan tumpuan
  • tingkatkan tenaga
  • elakkan penyakit 

Bila baca manfaat-manfaat Intermittent Fasting ini, ada rasa nak buat Intermittent Fasting tak? 

Kalau ada boleh lah kita mulakan IF okay?

Oh ya, kalau ada ahli keluarga atau sahabat anda yang nak tau cara mulakan Intermittent Fasting, kongsikan artikel ini dengan mereka ok. 

Pasti mereka berterima kasih dengan anda. 

Ataupun anda dah biasa amalkan Interminttent Fasting? Sudi-sudi kongsikan kisah inspirasi anda di ruang komen ya!

Boleh rujuk artikel ini juga berkaitan teknik Intermittent Fasting ok :)