Sebab bila refleksi diri, umur dah 30 tahun tapi aku hanya travel ulang alik dalam semenanjung Malaysia je. Sedangkan kita digalakkan untuk kembara satu dunia. Kembara dengan mata hati.
Mungkin dulu, mindset saya "aku belum mampu. komitmen banyak. anak masih kecil, susah nak uruskan. dengan macam-macam ragam lagi. tunggu anak besar lah. kos banyak untuk ke luar negara ni. mampu kah kami nak survive kat sana? tempat pun tak biasa."
Namun, selepas beberapa tahun bersama team shaklee, fikiran saya mula terbuka sikit demi sikit.
Bergaul dengan kawan-kawan dalam iReach buatkan saya lebih berani untuk buat sesuatu yang tak pernah saya buat. Yang lagi best, pengasas iReach sendiri adalah kaki travel. Dan diorang bukan travel solo atau laki bini je. Tapi travel bersama anak-anak kecil. Dan seorang daripada anak mereka adalah anak istimewa. Jika mereka boleh handle anak-anak semasa travel, kami pun pasti boleh. Dengan izin Tuhan pastinya.
Jadinya selepas fikiran saya dan suami dibuka lapis demi lapis, akhirnya terkeluarlah idea untuk mulakan nota kembara kami dengan road trip ke Hat Yai, Thailand. Itu pun last minit plan.
Febuary 2015. Segalanya bermula.
![]() |
ada rupa awek siam tak? haha |
Setelah berjaya buat passport untuk diri sendiri dan anak-anak, hasben ajak kami ke Hat Yai. Misi utama kembara pertama kali ni adalah untuk rasa pengalaman seberang sempadan guna kereta sendiri. Dan lebih kepada nak test keupayaan diri sendiri. Mampu ke handle diri dan 3 puteri kecil dalam tempoh masa berjam-jam dalam kereta dan di tempat asing yang tak pernah kita jejak kaki. Apatah lagi negara orang.
Serius, kami teruja dengan first time pengalaman road trip di negara orang ni!
Kebetulan masa tu, mak dan abah pun baru buat passport untuk ke umrah. Kami pun balik ke kampung masa tu. So ajak lah mak dan abah sekali. Tak sangka diorang setuju nak ikut. Salah satu impian saya adalah nak bawak diorang travel oversea atau overbodder (haha main reka je). So kita mula dengan yang dekat dulu.
Sebelum pergi kami sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk seberang sempadan guna kereta. Saya ada kongsikan cara-cara masuk Thailand dengan kereta kat entri ni.
Hari kejadian, kami bertolak lebih kurang pada pukul 12 tengah hari dari Utan Aji ke Bukit Kayu Hitam. Bertolak agak lambat sebab untuk misi kembara pertama kali ni, kami hanya target untuk ke Klonghae Floating Market Hat Yai dan pusing2 dalam bandar Hat Yai tu sahaja. Dan yang pasti kami balik hari ya. Tak tidur sana pun. Al-maklum trip ni memang trip bajet dan trip last minit plan.
Nota: Floating Market ni hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bermula dari pukul 3 petang hingga 8.30 malam.
Selepas selesai urusan di imigresen Malaysia dan Thailand, kami teruskan perjalanan ke Hat Yai.
Daerah pertama selepas sempadan Thailand adalah Dannok. Dannok ni terkenal dengan daging bakar abang Don, pulut ayam dan tempat shopping popular di sempadan.
Kami tak singgah pun. Next time hopefully.
Sepanjang perjalanan, banyak juga signboard kat jalan Thai ni. So jangan risau. Jalan di sini pun luas. Ada 2 lorong. kiri dan kanan. kiranya selesa lah jika memandu sendiri. Suasana kanan dan kiri jalan pun lebih kurang di Perlis dan Kedah. Macam pemandu motor ada yang pakai topi keledar tapi pembonceng tak pakai pun. hehe. perkara biasa bagi mereka.
Kami hanya follow maps.me. Sebelum masuk ke Thailand, hasben dah siap-siap download peta dan lokasi (offline maps) yang nak dituju dengan menggunakan apps Maps.Me ni. Kelebihan Maps.Me ni ialah ia dah siap-siap ada attractions yang kita boleh pergi kat satu-satu tempat tu dan tak perlu ada internet connection.
Setelah 1 jam 16 minit dari sempadan Bukit Kayu Hitam, kami pun sampai di Pekan Hat Yai. Sistem jalan di pekan Hat Yai kebanyakannya sehala (one way).
Nota: Hat Yai merupakan ibu negeri di wilayah Songkhla. Di Thailand, wilayah adalah negeri.
Mula-mula sekali kami cari adalah kedai makan. haha. apa lagi perut pun dah berkeroncong. Pada mulanya hasben beria nak cari restoran yang dia pernah makan dulu masa dia pergi dengan kawan dia.
Namun, tak jumpa-jumpa juga. Pusing berkali-kali pun tak nampak rupa kedai tu. Nak search, tak ingat pula nama kedainya.
Jadi, kami decide untuk makan di kedai satu lagi. Namanya Hamid Restaurant. Agak popular juga dan pastinya halal.
Dah jumpa kedai, tapi tempat parking pula tak ada. Kedai ni bangunannya di tepi jalan. Mulanya kami dah jumpa parking kosong tepi jalan, tapi di Hat Yai ada sistem parking.
Contoh ada certain hari boleh parking sebelah kanan sahaja, ada certain hari boleh parking sebelah kiri sahaja. Di kira berdasarkan hari genap dan ganjil rasanya. betulkan kalau silap ya. serius, ingat-ingat lupa.
Akibat tak larat dah nak pusing pusing cari parking, hasben decide parking kat Lee Garden Plaza. Bangunan dia berhadapan je dengan Hamid Restoran tu. Hanya perlu seberang jalan dan jalan kaki berpuluh langkah. ahaksss.
Bila masuk Lee Garden Plaza ni risau jugak sebab ni lah tempat yang pernah kena bom dulu. Nak masuk parking pun perlu lalu pemeriksaan keselamatan.
Kena buka tingkap kereta dan bonet kereta serta tunjukkan pasport. Pegawai keselamatan situ akan check dulu. Jika semua okay, baru lah dapat pergi parking kereta. diorang lebih berhati-hati selepas peristiwa bom dulu. nasib baik lah tak kena check badan sorang-sorang. hehee
Alhamdulillah dapat juga minum air hilangkan dahaga. Makanan kat sini biasa-biasa je. Cuma harganya agak mahal. Dalam kedai ni ada surau. Jadi kami terus solat jamak zohor dan asar di sini.
![]() |
tak cukup lagi sorang. amirah kot yang ambil gambar ni. heehe |
Selepas dah kenyang, baru lah kami teruskan perjalanan ke Floating Market. Sedang elok lah sampai sebab ia mula dibuka pada pukul 3 petang. Kami sampai di sini pukul 4 petang.
Ini antara tempat yang korang mesti singgah kalau datang Hat Yai. Floating Market atau Pasar Terapung ni terletak di muara sungai Klonghae yang bersih dan tenang. Ia unik sebab peniaga-peniaga menjual atas sampan. Dan dipayungi dengan payung yang berwarna-warni.
Macam ni lah cara urusan jual beli dilakukan. Peniaga akan letakkan makanan yang kita pesan dalam bekas macam dalam gambar tu. Lepas tu hulurkan kepada kita. Kita pun masukkan duit dalam bekas tu. Tak pasti pulak apa orang panggil benda alah tu.
Salah satu menu di sini yang saya cuba Waterchestnut with coconut milk. Ini dessert yang popular kat Thailand. Kalau masuk restoran Thai, korang mesti jumpa dessert ni.
Yang warna merah, hijau, putih dalam gambar tu dipanggil water chestnut atau nama melayu dia sengkuang cina. Dia dah siap potong dadu dan gaul dalam pewarna makanan. Tak tau lah resipi betul dia macam mana.
Dalam satu bekas tu ada water chestnut dan nangka. Lepastu letak santan dan ais ketul sikit. Sedaplah juga rasanya. Harganya antara 20Bath-30Bath.
Haaa, nampak tak dalam gambar kat atas ni, ada makanan dalam sampan yang berwarna-warni tu? Itu namanya sushi Thailand. hehe. Menarik sangat. Tapi saya tak beli pulak.
Mungkin masa tu rambang mata sampai tak tau nak pilih yang mana. Jika ditakdirkan pergi sekali lagi, saya mesti cuba sushi ni. Lokasinya sampan yang paling dekat dengan jambatan. Kalau dari jambatan, sampan yang nombor 1 lah ni.
Ini pula pilihan minuman yang ada di sini. Keunikannya adalah air yang kita pilih tu akan dimasukkan dalam bekas buluh macam dalam gambar atas ni. Saya pilih air kelapa. Feeling dia lain lah sikit sebab minum dalam batang buluh. hihi. Bekas ni boleh dibawa balik sebagai souvenir.
Comel kan bekas seramik doraemon dalam gambar tu. Dalamnya ada air. Boleh pilih nak letak dalam buluh atau pun bekas seramik macam doraemon tu. Straw pun siap ada bunga.
Satu lagi menu yang hasben suka ialah telur ni. Tak ingat apa nama telur ni.
![]() |
Sup Siam |
Pondok yang ada di floating market supaya mudah menjamu selera. Kena cepat-cepat pi duduk bila ada kosong. Pondok tak banyak. Kalau tak ada kosong, nak duduk bersila pun boleh. hehehee
Masa kami sampai pun pondok dan kerusi dah penuh dengan orang. Nasib baik keluarga yang duduk kat meja ni dah siap menjamu selera. Dapat lah kami pula duduk untuk makan dengan penuh sopan. ahakss.
Di bahagian atas ada juga pentas untuk kumpulan band menghiburkan pelawat yang datang floating market. Masa ni diorang tengah nyanyi lagu apa tak tau lah. haha. Yang pasti lagu siam.
Di sini juga ada bazaar menjual pakaian, tshirt, fridge magnet dan souvenir-souvenir yang lain. Korang boleh lah jamu-jamu mata selepas makan kenyang-kenyang di floating market.
![]() |
Fridge Magnet |
Pemandangan gerai-gerai di bazaar. Macam-macam ada.
![]() |
Menikmati sungguh |
![]() |
Amirah. waktu ni dah nak dekat senja |
Seronok dapat bawa mak dan abah jalan-jalan di Hat Yai.
![]() |
akudia |
![]() |
Dah nak balik dah. till we meet again floating market! |
Secebis nota dan tips:
1. Jam di Thailand lewat 1 jam dari Malaysia.2. Pintu sempadan Thailand ada masa buka dan tutupnya. Boleh refer dalam gambar bawah ni.
3. Antara tempat lain yang menarik untuk pergi jika korang bermalam di Hat Yai, mungkin boleh ke Samila Beach di Songkhla, Pasar Malam Hat Yai, Hat Yai Municipal Park, Cable Car, Air terjun Nga Nam Tok Nga Chang.
4. Jika bawa anak kecil, bawa lah sekali suplemen macam vitamin C, nutriferon, omega guard dan krim herbal blend. Jika korang prefer ubat, bawa lah sekali.
5. Bertenang dalam apa jua situasi. Tuhan sentiasa bersamamu.
PS: Stay tune untuk next entri : "Pengalaman Road Trip Ke Krabi Bersama Anak-anak Kecil"
3 Komentar
Uweeee... like like like... insyaAllah Mac nnt nak pegi jugak!
BalasTerbaik.... next time giliran kami pulak...
BalasAmeen. Moga dipermudahkanNya
Balas