Cara Buat Intermittent Fasting Yang Betul Untuk Beginner

Intermittent Fasting atau IF yang ija perasan start popular sejak 2018. Masa tu pelakon Lisa Surihani share salah satu tips beliau kekal cantik dan ramping ialah dengan mengamalkan IF. Dan sekarang ia masih lagi trending.


Apa itu Intermittent Fasting? 

Ia adalah satu gaya hidup yang mengasingkan tempoh masa untuk makan dan tidak makan. Yang bestnya IF ni percuma sahaja dan fleksibel. 

Intermitten Fasting lebih kepada gaya hidup yang sihat. Ia bukan kaedah ‘diet’. IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat. 

Tempoh masa kita puasa dari makan adalah berbeza ikut kesesuaian gaya hidup kita.

Secara asasnya tempoh berpuasa mestilah sekurang-kurangnya 12 jam, pada masa kita berpuasa tu kita tak  boleh makan tapi kita boleh minum air kosong, teh, teh hijau dan kopi tanpa gula dan susu.

Jadual Intermittent Fasting

Ada beberapa cadangan jadual IF iaitu:

12 jam puasa, 12 jam boleh makan (12:12)

16 jam puasa, 8 jam boleh makan (16:8)

18 jam puasa, 6 jam boleh makan (18:6)

20 jam puasa, 4 jam boleh makan (20:4)

23 jam puasa, 1 jam boleh makan (23:1)

Tips Intermittent Fasting Untuk Anda Yang Baru Nak Bermula (Beginner)

Kalau baru nak start, ija cadangkan buat 12:12 dulu. Maksudnya 12 jam puasa dan 12 jam berikutnya kita boleh makan.

Contohnya hari ini kita putuskan nak buat Intermittent Fasting 12:12. Jadi pukul 8 malam kita pun mula berpuasa. Makna kata selepas pukul 8 malam kita tak boleh makan tapi kita boleh minum air kosong, teh, teh hijau dan kopi tanpa gula dan susu. Kita puasa selama 12 jam. Masa kita tidur pun dikira kita berpuasa tau. haa kan best macam tu. Tak terasa pun kita tengah berpuasa. Pukul 8 pagi kita dah boleh start makan semula. Dari pukul 8 pagi sampai 8 malam kita boleh makan. Ini dikira sebagai 12:12

Masa tempoh makan tu boleh makan ikut diet pilihan masing-masing. Tapi kalau tak ikut mana-mana diet, ija cadangkan kawal portion dan kurangkan makanan yang ada gula.

Bila dah okay boleh buat 16 jam puasa, 8 jam boleh makan (16:8) dan seterusnya. 

Buat Intermittent Fasting ini ikut kemampuan kita dan ikut keperluan kita. 

Contoh, esoknya ada kenduri pukul 8 malam, jadi kita start puasa pukul 9 malam dan ikut jadual IF yang sesuai dengan lifestyle kita. 

Dan kita juga boleh mulakan Intermittent Fasting ini secara selang sehari dulu, lepastu dah okay baru buat setiap hari. 

Apa Yang Terjadi Masa Kita Puasa 12 jam dan lebih 12 jam?

Masa kita berpuasa 12 jam atau lebih dari 12 jam, badan kita akan menghabiskan simpanan tenaga di hati dan mulakan proses ketosis. Maknanya badan berubah dari menggunakan gula sebagai tenaga kepada menggunakan lemak.

Sebab itu kita kena elakkan makan dan minum yang tinggi gula supaya hormon insulin tak naik mendadak. 

Hormon insulin adalah hormon yang simpan lebihan gula dalam bentuk lemak. Ini akan menghalang proses ketosis.

Kebaikan Intermittent Fasting

Ada banyak kebaikan Intermittent Fasting. Antaranya bila kita “tutup dapur awal” makna kata kita puasa pada waktu malam, ia akan bantu kita untuk:

  • hilangkan lebih banyak kilogram. 
  • kurangkan craving dan rasa nak mengunyah 
  • kurangkan rasa lapar
  • bakar lemak visceral
  • bantu baik pulih sel-sel dalam badan
  • tingkatkan tumpuan
  • tingkatkan tenaga
  • elakkan penyakit 

Bila baca manfaat-manfaat Intermittent Fasting ini, ada rasa nak buat Intermittent Fasting tak? 

Kalau ada boleh lah kita mulakan IF okay?

Oh ya, kalau ada ahli keluarga atau sahabat anda yang nak tau cara mulakan Intermittent Fasting, kongsikan artikel ini dengan mereka ok. 

Pasti mereka berterima kasih dengan anda. 

Ataupun anda dah biasa amalkan Interminttent Fasting? Sudi-sudi kongsikan kisah inspirasi anda di ruang komen ya!

Boleh rujuk artikel ini juga berkaitan teknik Intermittent Fasting ok :)



Previous
Next Post »
0 Komentar