9 Kebaikan Polifenol Dalam Vivix Shaklee

Polifenol, kawan baik kesihatan anda :) Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan 9 kebaikan Polifenol untuk kesihatan badan kita. 

Tapi sebelum tu, jom kita baca dulu cerita tentang sel. 

Macam yang anda tahu, sel adalah benda asas untuk hidup. Fungsi sel ialah:

  • mencerna makanan kepada nutrisi
  • membawa oksigen ke sel dan membawa karbon dioksida keluar
  • untuk penghasilan hormon dan enzim 
  • untuk menghasilkan tenaga.

Apa yang berlaku kalau sel kekurangan tenaga?

Sudah tentu badan kita akan berasa letih, mengantuk dan badan rasa lemau lemau walaupun selepas tidur pada waktu malam.

Apa yang berlaku jika sel badan kita gagal dilindungi?

Kita akan mudah dan kerap sakit berbanding orang lain. Kita akan selalu batuk, bersin, demam. 

Apa yang akan berlaku jika sel badan gagal untuk melakukan pembaikan?

Proses pemulihan akan jadi lambat dan luka ambil masa yang lama untuk sembuh. 

Apa yang berlaku jika pembaikan sel menjadi lambat?

Kulit akan menjadi kusam, kasar, kurang anjal dan warna jadi tak sekata. Akibatnya kita akan kelihatan tua daripada usia sebenar.

Jadi kita boleh kembalikan sel sihat kita dengan Polifenol.

Polifenol ni adalah nutrisi utama yang ada dalam vivix. 

Berdasarkan kajian ada banyak manfaat Polifenol untuk kesihatan. Saya akan share kebaikan-kebaikan Polifenol untuk kesihatan badan kita tapi sebelum tu apa itu Polifenol?

Polifenol ialah bahan semulajadi yang ada dalam buah, sayur dan herba. Sebenarnya Polifenol ni dia memberi warna dan memberi perlindungan kepada tumbuhan tersebut daripada penyakit dan juga jangkitan. 

Pendek kata Polifenol adalah sebahagian sistem pertahanan tumbuhan itu apabila dia berdepan dengan persekitaran yang tak baik untuk pertumbuhannya. 

Jadi ia sebenarnya ialah antioksidan yang kuat dan perangsang tenaga dalam sel dan meningkatkan kesihatan yang baik untuk tubuh badan kita. 

Kalau korang nak tau, polifenol ni banyak sangat manfaat dia tau. dan dia bantu kehidupan kita ke arah yang lebih bertenaga dan cergas. 

Kebaikan Polifenol Untuk Kesihatan Badan 

1. Kekalkan Tumpuan Dan Fokus

Polifenol sangat membantu dalam fungsi otak. Terdapat kajian yang menunjukkan dengan minum jus anggur ia meningkatkan ingatan dan memori orang dewasa yang mengalami mild mental disorder. 

Anggur ni kan secara semulajadi kaya dengan polifenol dan peningkatan ini dapat dilihat seawal 12 minggu (konsisten ambil setiap hari)

Ada juga pendapat lain yang peningkatan memori ni adalah disebabkan peningkatan aliran darah kepada otak kesan daripada pengambilan polifenol secara konsisten setiap hari.

Jadi polifenol sangat membantu untuk kekalkan tumpuan dan juga fokus. 

2. Membantu Detox Badan Dan Penurunan Berat Badan

Selain itu polifenol juga bantu untuk detox badan dan penurunan berat badan. 

Yang ni anda mesti tau kan yang hati kita ialah organ terbesar dalam badan kita. Dan fungsi penting hati ni ialah untuk detoksifikasi toksin keluar daripada badan. 

Ada kajian menunjukkan bahawa polifenol berpotensi baik untuk melindungi kesihatan hati dengan membantu tubuh badan kita mengawal tekanan dalaman badan. Jadi dia akan mengurangkan kemerahan, bengkak dan kematian sel hati. 

Dan penemuan daripada kajian makmal sendiri menunjukkan yang polifenol dari campuran bahan botani dia jugak didapati serupa kesan dia dengan kesihatan puasa ataupun pengurangan kalori yang boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan 

3. Meningkatkan Tenaga Dan Kekuatan Otot

Selain itu polifenol juga sangat bermanfaat untuk meningkatkan tenaga dan kekuatan otot. Maksudnya ia juga membantu meningkatkan prestasi senaman anda. 

Kalau nak tahu mitokondria yang menghasilkan tenaga utama sel badan kita. yang mana ia memenuhi lebih daripada 90% keperluan tenaga badan anda. 

dan kajian sendiri menunjukkan polifenol ni dia bantu percepatkan penghasilan mitokondria. Mitokondria penting untuk bagi tenaga dalam sel badan. 

ia meningkatkan tahap mitokondria pada peringkat sellular. 

yg mana ia menyebabkan badan kita boleh menghasilkan lebih banyak tenaga dan mengurangkan keletihan. 

Menurut satu kajian, polifenol juga dapat meningkatkan jisim otot dan juga pertumbuhan semula otot.

4. Kulit Nampak Muda Dan Glowing

Haa yang ni paling best. Polifenol membantu kulit anda untuk nampak glowing dan lebih muda. 

Kajian klinikal terkini menunjukkan bahawa Polifenol berpotensi melindungi kulit anda daripada kerosakan radiasi daripada sinaran UV (ultra violet) dan juga daripada serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit dan pigmentasi. So bila kita konsisten ambil polifenol setiap hari, ia akan bantu cerahkan tona kulit dan cegah pembentukan pigmentasi. 

Dan polifenol juga meningkatkan penghasilan kolagen dan dapat melicinkan garis-garis halus dan kedut-kedut. Jadi kulit akan nampak lebih muda. 

5. Menyokong Kesihatan Sendi

Macam yang anda selalu dengar, oenyakit sendi yang biasa ialah Osteoathritis. Dia rasa sakit yang amat sangat, kejang kaki, pergerakan sendi pun terbatas dan susah nak bergerak. 

So untuk yang ada rasa macam ni boleh ambil polifenol sebab ada kajian yang polifenol boleh lindungi kemerosotan tulang rawan kita dan pada masa yang sama, polifenol boleh meingkatkan penghasilan tulang rawan kita dan juga kolagen pada sendi. 

Dan paling best, polifenol bantu kurangkan keradangan dan sakit sendi tu sendiri. 

Jadi ia sangat membantu untuk anda bergerak dengan mudah, fleksibel dan selesa. 

6. Menyokong Kesihatan Jantung

Selain itu pakar kesihatan juga percaya yang bila kita tambah polifenol dalam diet harian kita, ia boleh meningkatkan kesihatan jantung anda kerana sifat antioksidan polifenol ni ia akan membantu dalam keradangan kronik yang boleh membawa kepada penyakit jantung. 

kajian saintifik yang terkini juga mengaitkan yang suplemen polifenol ni sangat membantu untuk mengurangkan tekanan darah, dapatkan turunkan kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan tahap kolestrol baik (HDL)

7. Meningkatkan Pertahanan Tubuh Badan

Macam mana tu? Dengan cara Polifenol melindungi sel-sel daripada rosak, bila tak rosak, sel akan berfungsi dengan lebib optimum. Jadi bila sel sihat, sistem badan kita pun akan sihat. 

Polifenol meningkatkan tahap antioksidan dalam badan dan badan kita pun akan jadi lebih kuat untuk bertindak balas supaya dapat melawan jangkitan dan cepatkan proses pemulihan/recovery. 

8. Menyokong Kesihatan Reproduktif

Polifenol juga menyokong kesihatan reproduktif. Ada 3 jenis polifenol (resveratrol, bahan ni bertindak sebagai antioksidan dan memberikan perlindungan kepada sperma terhadap tekanan oksidatif. 

Selain daripada itu ia juga boleh mencegah tekanan oksidatif yang berlebihan yang boleh menjejaskan kepekatan sperma, morfologi dan motilitinya. 

Maksudnya ia sangat-sangat membantu untuk kesihatan reproduktif.

9. Menyokong Kesihatan Mata


Dan Polifenol ada di dalam produk semulajadi, berkesan, halal dan pemenang award trusted brand iaitu VIVIX.

Hubungi saya jika anda berminat nak merasai kebaikan VIVIX yang mengandungi Polifenol. Tekan di SINI

Jika anda nak tahu lebih lanjut sains di sebalik Polifenol, boleh baca di SINI.


Previous
Next Post »
0 Komentar