ResVivix: Sains Disebalik Polifenol Yang Anda Kena Tahu

Dalam entry kali ni Ija nak kongsikan tentang sains di sebalik Polifenol yang ada dalam ResV Shaklee dan Vivix Shaklee

Polifenol ni adalah antioksidan yang kuat dan perangsang tenaga dalam sel dan meningkatkan kesihatan badan.

Polifenol ni dia macam hero dalam sel badan kita. dia mainkan peranan yg penting kepada sel kita.

macam mana tu?


Meningkatkan Tenaga Sel

pertama, ia membantu dlm meningkatkan tenaga sel untuk kuatkan otot kita, bantu dalam proses detox, dan tingkatkan prestasi badan kita.

macam mana tu? 

Polifenol meningkatkan penghasilan mitokondria dalam sel badan kita.

apa fungsi mitokondria? 

fungsi mitokondria ni sama macam penjanakuasa. ia ibarat TNB dalam badan kita. 

Maksudnya semakin banyak mitokondria dalam setiap sel-sel badan kita semakin banyaklah tenaga sel untuk membantu badan kita berfungsi dengan lebih baik.

tenaga selular pada tahap optimum ia akan bantu untuk recaj dan renew sel-sel kita ni supaya sel-sel kita semua lebih kuat.

Buktinya ada kajian makmal, dalam kajian ini dia guna 3 sampel (control, resveratrol (salah satu polifenol) dan pelbagai campuran polifenol).

anda dapat lihat yang warna hijau tu adalah mitokondria dalam sel otot. 

anda dapat lihat kat sini, penghasilan mitokondria lebih banyak dalam sampel ketiga (yang ada campuran polifenol)

so dari sini kita tahu yang campuran polifenol ni ia sangat membantu dalam menghasilkan lebih mitokondria dan ini menunjukkan yang lebih banyak lah tenaga dalam sel badan kita.

Melindungi dan Membaiki DNA

kedua, ia membantu dalam melindungi dan membaiki DNA untuk lambatkan proses penuaan, bantu kulit kita nampak lebih glowing dan tegang. serta membantu dalam kesihatan reproduktif dan bantu detox jugak.

apa itu DNA? DNA ada dalam setiap sel-sel badan kita. DNA ni genetic carrier. Dia yang bawak genetic kita yg menentukan warna mata, warna rambut, ketinggian size hidung anda. haaa penting kan?

dalam kajian makmal ada tunjuk yang campuran polifenol ni dapat bantu melindungi sel daripada rosak, dan sokong dalam pembaharuan sel dan fungsi sel yg sihat.

kalau tengok pada keputusan ujian makmal, campuran polifenol memberikan perlindungan yang lebih tinggi terhadap kerosakan DNA oxidatif dalam sel pankreas manusia berbanding satu jenis polifenol sahaja iaitu resveratrol 

menarik kan? 

makna kata campuran polifenol ni boleh mengurangkan kerosakan DNA. 

Meningkatkan Fungsi Sel

ketiga, Polifenol juga sangat membantu dalam meningkatkan fungsi sel itu sendiri contohnya dalam melancarkan peredaran darah dan kesihatan jantung.

Selain itu, polifenol juga membantu dalam mengoptimumkan prestasi sel.

nak tau, bila kita banyak makan makanan manis, tinggi lemak, makanan segera ia akan tingkatkan penghasilan protin AGE yang akan sebabkan penyakit-penyakit yang menyusahkan badan kita. 

Jap apa tu protin AGE? 

Protin AGE (advanced glycogen end) ni sebenarnya formulasi AGE dalam sel boleh menyebabkan penuaan selular.

Maksudnya kita taknak protin AGE ni tinggi dalam badan kita. 

So macam mana nak kurangkan? 

Semestinya dengan polifenol. Sebab Polifenol membantu mengurangkan pembentukan AGE serta membantu melancarkan peredaran darah dalam badan kita. 

Kalau tengok pada keputusan kajian makmal, campuran polifenol boleh melambatkan pembentukan protin AGE berbanding dengan yang mempunyai resveratrol sahaja. 

Campuran Polifenol membantu menghalang pembentukan protin AGE sehingga 80%.

sangat-sangat bagus dalam mengekalkan kesihatan badan kita.

Membantu Meningkatkan Pertahanan Sel

keempat ia membantu dalam meningkatkan pertahanan sel yang juga membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh badan

Polifenol bantu baiki pertahanan sel daripada toksin, keradangan dan radikal bebas. 

Ni pun penting untuk kita lambatkan proses penuaan dan tingkatkan kesihatan. 

Dalam satu keputusan kajian makmal menunjukkan bahawa campuran unik polifenol ni sebenarnya mengurangkan tindak balas keradangan. 

tak best bila ada keradangan ni sebab dari masa ke masa dia akan menyebabkan penuaan selular. 

Jadi dengan pengambilan nutrisi berasaskan polifenol sebelum kita makan makanan yang tinggi lemak, tinggi karbohidrat ia akan mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan.

Jadi sebelum kita makan makanan tinggi lemak, tinggi karbohidrat, haa jangan lupa minum vivix shaklee dan resv shaklee yang ada nutrisi polifenol ni dulu tau. 

sangat-sangat bagus untuk kurangkan tindakbalas keradangan dalam badan kita. 

ok, ini saja dulu tentang sains disebalik polifenol yang sangat bermanfaat untuk menjaga setiap sel dalam badan kita dan beri kesihatan yang baik untuk badan kita.

Nak tau tak apa produk shaklee yang ada nutrisi polifenol ni? 

Saya dah bocorkan sikit rahsia tadi. hihi. kena ulang baca semula lah ye 🤭

kalau nak tau apa produk shaklee yang ada polifenol ni, boleh la wasap saya di SINI ☺️

Atau kalau anda dah tau apa produk tu dan nak dapatkan sendiri secara online, boleh klik LINK 

dan boleh hubungi Ija jika nak tau cara makan yang betul. 



Previous
Next Post »
0 Komentar