Bagaimana kalau terlebih vitamin?



Bagaimana kalau terlebih vitamin


Selalunya, kita dikhabarkan dengan kesan tentang kekurangan vitamin. Bagi yang sering mengambil vitamin sebagai keperluan tambahan, pernahkan anda terfikir akan akibatnya jika terlebih mengambil vitamin?

Mari ikuti beberapa kesan terlebih kuantiti vitamin terhadap kesihatan seseorang.


Vitamin A

Terlebih mengambil vitamin A dikenali sebagai hipervitamanisos A. Ia sebenarnya jarang berlaku, namun jika seseorang mengalaminya, ia mudah dikenali melalui beberapa tanda seperti biasa mual, sakit kepala, kehilangan selera makan, mudah letih, gementar, kulit kering, berasa lenguh-lenguh sendi. Keadaan ini akan terjadi apabila anda mengambil vitamin A dalam jumlah yang lebih dari yang sepatutnya iaitu lebih dari 8000 - 10000 mkg/hai atau 25000 - 33000 IU/hari dalam waktu yang lama.


Vitamin B

Setakat ini, masih belum ada kes yang dilaporkan mengenai kesan daripada terlebih mengambil vitamin ini terutama daripada makanan. Kajian-kajian yang dilakukan lebih banyak terttumpu kepada terlebih mengambil pyridoxinesehingga 1000 mg/hari (suplemen B6) yang mengakibatkan kesan ngilu pada saraf atau sensory neuropathy.

Vitamin C

Jika anda terlebih mengambil vitamin C, anda berkemungkinan berisiko mengalami aterosklerosis, kekurangan vitamin B12. Biarpun semuanya masih belum terbukti, tetapi pembatasan vitamin C lebih dikaitkan untuk mencegah masalah perut dan cirit-birit.


Vitamin D

Lebihan vitamin D pula akan menyebabkan kadar kalsium yang selanjutnya boleh membuat kepadatan tulang berkurangan dan memberi kesan kepada organ tubuh, seperti ginjal dan jantung. Kes sebegini sebenarnya masih jarang dilaporkan. Ia lebih banyak terjadi kepada mereka yang menderita penyakit TBC atau limfoma.


Vitamin E

Begitu juga dengan vitamin E yang kebanyakkannya terdapat di dalam makanan. Jarang dilaporkan kes mereka yang mengambil vitamin E secara berlebihan. Lebihan vitamin E biasanya memberi kesan kepada sistem pendarahan.

kredit to kesihatanharian.blogspot.com/




Jika berminat, boleh hubungi saya :
Gmail : iija84@gmail.com
Call/Whatsapp : 013-5150155
Previous
Next Post »
0 Komentar