Showing posts with label Bisnes Dari Rumah. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Dari Rumah. Show all posts

3 Sebab Puan Aisha Pilih Bisnes Shaklee

Event iReachStartup secara virtual pagi tadi fullhouse! Yang join dari seluruh Malaysia hampir 500 orang. 



Alhamdulillah rasa untung sangat berada dalam positif circle geng shaklee ni. Tak pernah menyesal terjebak dalam dunia shaklee sejak 8 tahun lepas. 


Pengalaman mendewasakan kita. 


Dan kebetulan dalam iReach Startup pagi tadi ada perkongsian daripada Puan Aisha, new Supervisor (pangkat pertama dalam shaklee, 4 figure income earner). Beliau cerita kenapa beliau pilih Shaklee as business.


Nak tau tak apa sebab beliau pilih shaklee?


Okay jom baca dampai habis tau.


3 Sebab Pilih Bisnes Shaklee 


1. Shaklee adalah bisnes yang boleh diwarisi.

Beliau cerita yang sebelum ni beliau banyak dah buat bisnes lain tapi bisnes-bisnes yang beliau pilih tu tak long last. Kita kena cari bisnes yang long last. so that boleh wariskan kepada anak-anak kita. 


Bisnes yang boleh diwarisi ni kira satu advantage lah. Bukan apa kita taktau sampai bila umur kita. dan banyak mana kudrat yang kita ada nanti bila kita dah berumur. 


Makna kata bila kita dah tak ada kudrat atau kita dah tak ada didunia nanti, kita boleh wariskan bisnes shaklee ni pada anak2 dan pasangan kita. 


Boleh jadikan satu bentuk pelaburan kepada anak-anak lah juga. Jika anda bekerja, side income bulanan dari shaklee yang anda dapat tu boleh buat saving untuk anak-anak. 


2. Shaklee adalah 2 in 1

Shaklee bukan sekadar bantu kita sihat tapi juga bantu kita jana pendapatan, Kita share pada orang dan orang jugak boleh jana pendapatan. best kan?


Bisnes Shaklee ni bab bab production kita tak perlu fikir dah. Sebab itu kerja company. Kerja kita adalah kembangkan empayar kita sekembang-kembangnya. 


Dan lagi beruntung team kami ada sediakan biz tools. just follow the sistem. dan konsisten buat seperti yang telah diajarkan. 


Jadinya Shaklee ni bukan sekadar beri kita kesihatan yang baik tapi juga bantu kita baiki tahap kewangan kita dan family.


3. Bisnes yang kita boleh berkongsi dengan orang lain. Kita rasa seronok bila kita dapat bantu orang dan bantu orang lain jana income.

Apa anda rasa bila orang yang anda bantu bagitau, "akak, saya dah dapat first income dari shaklee" "akak, saya dapat closed deal harini"


Best kan? 


Best sangat bila kita dapat bagi manfaat pada orang lain. bayangkan orang yang kita bimbing pada awalnya, akan terus dapat buat apa yg kita pernah guide, dapat hasilnya walaupun kita dah tak ada di dunia ni. 


Apa anda rasa bila satu persatu impian orang yang anda bantu tu tercapai. 


Sungguh, bonus shaklee bukan sedikit (jika betul2 anda bina empayar anda). Car bonus pun once dah dapat, u layak dapat car bonus tu seumur hidup. 


Dan car bonus ni bukan dia bagi kereta sebijik. cash bulanan. boleh guna untuk apa saja. tak semestinya untuk beli kereta sahaja. 




...dan banyak lagi bonus lain dalam shaklee. Kalau  anda nak tau apa yang anda boleh dapat dari Shaklee, just contact KakJa kay. KakJa akan cerita personally dengan anda. 


013 5150155

Peluang Jana Extra Income dengan Bisnes Shaklee - Startup Digital

Jana Extra Income dengan Bisnes Shaklee - Startup Digital

Sabtu lepas team besar kami buat satu event secara online. Kami panggil StartUp Digital. Khas untuk newbies yang baru join buat bisnes shaklee. 

Jujurnya Ija sangat bersyukur kita ada full support dari team. Macam-macam event dan kelas yang ada untuk bantu kami lebih maju jaya dalam bisnes Shaklee. 

Dan event startup secara digital ni adalah salah satu alat bantu bisnes yang ada dalam sistem yang team kami buat. 

Ya, ni satu-satunya team dalam shaklee yang ada sistem yang berkesan sekiranya anda betul-betul follow. 

Dan satu lagi musim PKPP ni kita tak dibenarkan buat event secara fizikal kan. so event secara online tetap ada. Jadi kalau anda seorang yang introvert tapi nak cuba untuk dapatkan extra income dengan shaklee, saya cadangkan join team kami sekarang!

Sebab, masa musim PKPP ni kita hanya perlu join training, join event secara online dari rumah. Namun masih boleh buat aktiviti bisnes secara online hanya dari rumah dan jana extra income dari rumah. 

Ye lah kan Ija pun introvert. Ija faham orang introvert ni boleh sangat berjaya dalam bisnes. Tak percaya? Irfan Khairi pun introvert tau. 

Dan Ija punya mentor bisnes shaklee yg dah income 6 angka sebulan pun introvert. Namun dengan pemilihan bisnes yang betul, team dan mentor yang betul, anda pun boleh berjaya. 

Okay, jom tengok kejap feedback2 yang join startup digital pada Sabtu lepas:









Perlukah Pasrah Dalam Hidup Especially Bila Berniaga?



Hari Ahad lepas kami suami isteri join seminar mcc. anak-anak termasuk baby 11bulan kami mintak tolong kawan jaga beserta upah. tak sedap pulak rasa kalau nak tinggal macam tu je kan.

alhamdulillah si baby tu tak meragam. masa saya tinggalkan pun dia tak nangis. selalunya dia melekat dengan saya. kalau kat rumah, abah dia ambik pun dia taknak.

Allahuakbar. Sungguh syukurnya Ya Allah. Nak tinggalkan baby tu yang paling saya risau sangat. sebab tak biasa kan.

Dan lagi merisaukan badan dia start rasa suam2 pagi tu.
Saya hampir-hampir tak pergi.

Tapi memandangkan saya yakin akan dapat sesuatu dari seminar harini yang saya perlukan sebagai bisnes leader, saya kuatkan semangat jugak. Masa ni memang serahkan kembali masalah pada Allah. Dan mohon doa Allah mudahkan lancarkan urusan kami untuk ke mcc.

apa cabaran say sebelum pergi mcc?


Nak cerita kejadian sebelum tu panjang sebenarnya. haha

okay lah saya pendekkan cerita.

Baby saya direct feeding (menyusu badan tak pakai botol dan tak pernah campur susu tepung lagi). dan saya kerja dari rumah. so memang tak buat lah stok susu.

jadi masa dapat tau ada seminar mcc tu saya fikir dua tiga kali gak sebelum buat keputusan. kenapa? sebab no kids/baby allowed. maknanya tak boleh bawak baby dan kanak2.

kalau dah biasa tinggal kat pengasuh/taska tak apa lah jugak kan. tapi ni memang melekat ja dengan saya. 

Hasben saya pada tarikh seminar tu dia dah ambik job sebagai videographer untuk event lain. 

so macam mana?

hati saya nak sangat2 pi untuk grow kan lagi bisnes saya. saya takmau jadikan alasan aku tak boleh pi sebab tak boleh bawak anak.

saya percaya Allah tu Maha Baik.

Pasti ada jalannya. 

memang saya redah je. sblm daftar saya tanya Allah (monolog dan ngadu lah apa masalah kita), mtk izin suami dan last saya tanya kawan boleh tak tlg jaga kan anak2.

syukur, dia sudi tolong jagakan.

setel satu problem.

bila nak tggl baby yg menyusu direct ni for sure kena pam susu sket kan untuk stok dia minum masa tinggalkan dia.

mulanya saya kata ok lah sebulan lagi ada masa utk pam. last2 2 hari sebelum mcc baru saya pam. haha adoi. sabar je lah. (ok saya akui salah saya)

dapat 5 oz je.

masa ni memang saya doa sangat mudahan cukuplah susu tu untuk dia. Memandangkan dia dah start makan solid food so kuranglah risau tu. 

oh ya seminggu sebelum mcc, hasben bagitau job dia ditukar ke hari sebelum mcc tu. So dah alang2 macam tu saya pun tanya dia nak join sekali tak mcc. dan dia nak join. Kiranya dapatlah kami dating berdua (hihi. nanti saya cerita dalam entry lain kisah ni ya).

ok sambung balik..malam sebelum mcc, saya plan nak siapkan baju anak2 lah sebelum tidur. tapi baby nanges nak tdo. so saya tidurkan dia dulu. ingat nak bangun lah kan selepas baby tdo. alamak aihh terbabas pulak saya. pukul 4.30 pagi baru terjaga.

masa ni baju tak keringkan lagi kat dobi (lately kami keringkan baju dlm dryer terus kat kedai dobi). masaak bubur baby pun tak lagi. baju pun tak siap lagi,

ahahaha memang kelam kabut lah kan.

mula pegi masukkan baju dlm dryer. lepas tu balik masak bubur baby. solat jap. lepastu cukup 30 minit pegi ambik baju yg kering tadi. balik sambung masak bubur baby. siapkan baju dan barang2 nak tinggalkan kat pengasuh.

budak2 sibbaik diorg mudah bangun haritu. siap mandi sendiri semua.

baby pulak badan dia suam so dia tidur lama. kakak bising pun dia tak jaga.

masa ni lah saya dah nampak hikmah nape badan dia suam2.

zasss zasss zasss siap semua..tengok jam dah pukul 7.33 pagi. alamak aihh nak ke rumah kawan tu sejam jugak perjalanan. nak ke shaklee hq kat sunway geo dari rumah kawan tu pun dalam sejam. hasben kata expected kita sampai ni pukul 10 pagi.

Allah..
kelas start pukul 9 pagi.

dalam hati saya mintak sangat2 kat Allah Ya Allah ko bagi lah aku dapat sampai sebelum kelas start. aku nak sangat dengar speaker pertama tu. dia cakap pasal RAS.

sambil saya selawat. berkali2 jugak saya doa.

cuba sehabis baik untuk bertenang time ni.
.
.
.
syukur perjalanan masa tu lancar. takde jem apa bagai.

sampai kat rumah kawan, bagi baby kat kawan pun mudah je. baby tak nanges. elok pulak dia nak dengan kawan tue.

masa tinggal pun ok je. tak nanges.

alhamdulillah syukur sangat.

lepas tu saya dan hasben pun terus ke mcc. perjalanan pun smooth.

tak sangka 9.03 minit kami sampai (hampir sejam awal dari expected). masa tu pengacara baru nak start bukak mulut.

masyaAllah..sempat jugak sampai sebelum speaker pertama cakap.

Allah
Allah
Allah
...dengan izin dan rahmatNya!
.
.
.
Dari kisah ni saya muhasabah balik dalam journey saya dalam bisnes dan life saya. 

1/ Semua orang Allah bagi benda yang sama iaitu MASALAH. Yang membezakan kita apa yang kita buat dengan masalah tu. 

2/ Kalau kita ada kemahuan dan kesungguhan, datanglah apa pun cabaran ujian masalah tetap kita redah dengan SERAH SEPENUHNYA PADA ALLAH.

3/ Serah bukan maknanya kita pasrah. “Pasrah tak de rezeki aku lah kali ni. next time lah.”

bukan, bukan macam tu.

Pasrah bukan redho. Pasrah tu putus asa.

Sebagai muslim kita tak boleh putus asa. harapan tetap ada dan sentiasa ada. 

Tak ada pasrah dalam kehidupan seorang muslim. Kita kena fight sampai habis. Kita kena fight sampai jadi. 

kita nak, kita serah pada Allah then kita cuba sedaya upaya apa patut kita buat, ada cabaran pun, ada ‘cicak’ dok cakap macam2 dalam diri kita pun kita tetap teruskan buat, teruskan fight dan kita serah semula pada Allah.

Allah ikut persangkaan hambaNya.
Kita pilih kita nak macam mana.
Kita design kehidupan kita.
Pastinya dengan petunjuk dariNYA.

Jangan pasrah. Terus fight sampai Jadi. 

With Love, 
KakJaJa
Mentor Bisnes Shaklee 
Pengedar Shaklee Nombor 1 Malaysia

Peluang Jana Duit Extra Dengan Bisnes Shaklee

peluang bisnes shaklee jana pendapatan

Cara Jana Duit Extra

mudah je. mula dengan daftar sebagai ahli shaklee. nak makan sendiri boleh, nak buat bisnes pun boleh. korang yang untung.
macam jadi ahli makan sendiri, korang dapat jugak point bila beli apa2 produk shaklee. belikan untuk sedara ke kawan ke pun dapat point.
point ni jika dah cukup syarat, korang layak dapat cash bonus tau. company akan masukkan dalam akaun bank korang.
nak jana duit extra dengan bisnes shaklee pun boleh. kami akan masukkan korang dalam group coaching dan bimbing korang sampai berjaya. dengan syarat korang buat apa yang di ajar.

so macam mana cara nak jadi ahli shaklee?


1. Dengan yuran ahli serendah RM75 je. Lepas daftar, korang akan dapat starter kit. Dan korang akan dapat akses masuk ke online shop shaklee. dalam tu ada katalog boleh cuci mata, ada pusat sumber untuk rujukan kalau nak tau apa2 maklumat pasal produk.
2. PERCUMA jika korang buat pembelian apa2 produk shaklee (suplemen ke skincare ke home care ke) minimum RM 690.
3. PERCUMA jika korang grab promo vivix sama ada yg beli 6 percuma 1 tu ataupun beli 2 botol.

Mudah je kan?
Alah kalau nak lagi senang meh wasap Kak JaJa. picit sini http://wasap.my/60135150155
.
.
Kak JaJa @ Ija Ramli @ azra
Founder Team Jayzra
Shaklee Bisnes Mentor
Pengedar Shaklee Aktif

Trip Percuma Tajaan Shaklee ke Langkawi


Trip Percuma Shaklee


CUTI-CUTI PERCUMA.....

Pernah tak korang berangan dapat cuti-cuti percuma all sponsored? Dari tambang sampai lah ke duit makan. Wowoweee sungguh lah. Rasa nak lompat sampai ke bintang ja! 😂

Haaa dengan shaklee pasti angan jadi kenyataan. Tapi mesti lah bersyarat. Nak masuk syurga pun ada kriteria dia kannnn.

Macam baru-baru ni (sabtu aritu) kawan-kawan shaklee ke Langkawi ikut free trip shaklee.

Shaklee sponsor uolss. Layanan memang 7 bintang lah.

Hari pertama, sesampai nya di airport pun dah diberi layanan yang istimewa oleh staff shaklee.

Memang ohsem lah. Tak perlu angkat beg, semuanya diuruskan oleh staff shaklee. Memangmudah sangatlah.

Bayangkan kalau kita pergi sendiri, semua kita kena buat sendiri. Angkat begberat segalanya.

Paling best dapat meal allowance/duit makan. perghhh sapa nak bagi free.

Kemudian dibawa ke hotel. Bukan calang-calang hotel. Langkawi luxury hotel iaitu The WestinLangkawi Resort & Spa. Heavenly bed katanya. 13 ribu harga katil dia!

Sampai-sampai bilik, tengok keaadan bilik yang sangat-sangat best. Dan hari2 dapat gift suprised dari shaklee (yang macam atas katil dalam gambar tu).

Memang berbaloi dan terbayar segala usaha penat lelah sebelum ni.

Hari kedua, dibawa ke Mangrove Tour dan layanan first class oleh tourist guide. Dapatpergi Gua Buaya, Floating Fish Farm, Eagle Feeding, Gua Kelawar.

Selepas tu di bawa pula untuk naik cable car, sky bridge, 3d museum dan jalan-jalan di pantai
Cenang.

Dan hari ni selamat pulang.

====

Jadi kesimpulannya, apa beza trip sendiri dengan trip-trip percuma shaklee ni? Apa yang best sangat?

1. Bayangkan tidur di hotel ternama sehebat Pullman, Hilton, Marriot, Reinassance. Dua malam bukan semalam tau. Kalau sendiri bayar jenuh berkira gak.

2. Makan heaven sangatlah. Bukan takat 3 jenis. Berjenis-jenis. Berpinggan pinggan bermangkuk mangkuk.

3. Tak payah tunggu transport sebab ke mana-mana naik bas yang disewa oleh shaklee (kalau pergi sendiri, sama ada naik public transport atau kena drive sendiri).

4. Pegi mana-mana pun tour guide akan explain details. Dari segi sejarah tempat tu dan sebagainya. Layanan first class uolss.
Jika trip sendiri? Haaa kena pandai-pandai lah study & tanya-tanya orang tempatan. Nak amik tour guide, paham-pahamlah kena tambah bajet lagi.

5. Sepanjang trip tak payah fikir pasal sesat ke apa. Kita follow je.

6. Penat tapi sangat RELAX ok! otak tak payah fikir lepas ni nak pi mana nak buat apa. Bila dah penat2, masuk bas boleh tido. Lagi-lagi kat hotel Westin tu, tak sabaq nak landing atas heavenly bed katanya. Perghhh.

Maukalau trip sendiri? maunye nak tido2, kena drive balik hotel. Yang bini pulak kena dok perati suami takut satg dia terlelap tengah drive. Tak ke naya. Huhu

7. Yang penting, semua tu adalah FREE! Haaa tak payah keluar sesen pun. Nak masuk tempat2 tarikan macam skycab/cable car, mangrove tour tu pun shaklee bayarkan. If pi sendiri? Banyak kali jugak fikir (sambil kira bajet) nak masuk ke tak. Huhu.

Siap Shaklee bagi duit makan lagi. Duit bawak untuk shopping ja. Takdak bajet untuk shopping pun takpa. Bawak badan ja.

Best ke best?

Ija. 013 515 0155
Pengedar Shaklee 

Tips Atasi Masalah Kewangan Yang Meruncing





Offline Personal Coaching yang pertama sebagai pembuka tahun 2017

Ramai orang merungut bila masuk tahun baru, macam2 benda naik, belanja naik. 

Semalam beli barang. Bukan hari Sabtu. Terkejut beg plastik pun dah kena charge.

Nanges.

Minyak pun naik.

Nanges lagi.

Bila fikir balik tak guna dok nanges je. Merungut sana merungut sini macam2 naik.

Kos hidup zaman sekarang dah tak macam dulu2.

Daripada buang energy dok komplen semua benda naik harga, lagi elok rasanya kita guna energy tu untuk buat something yang boleh naikkan income kita.

Macam adik kat dalam gambar ni, dia student universiti lagi. Tapi dia beri peluang pada diri dia untuk jana income dengan buat bisnes shaklee.

Dengan izinNya, jika betul niat, ada big why yang jelas, Allah pasti tunjuk jalan dan mudahkan.

Jika anda sedang tercari-cari bisnes yang boleh dibuat untuk menjana income sama ada secara part time atau full time, jemput hubungi saya di 013 515 0155.


5 Tips Bisnes Online Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Mulakan Bisnes Dari Rumah



Zaman sekarang ni jika kita buat satu kerja pasti masih belum mampu nak cover segala keperluan hidup.

Jadi masing-masing berusaha buat macam-macam untuk dapatkan extra income. Paling mudah dengan kemudahan dunia tanpa sempadan yang ada sekarang, bisnes online lah yang paling sesuai. Boleh buat di mana-mana. Asalkan ada internet, smartphones, laptop dan kemahuan!


Lagi syok boleh buat bisnes dari rumah. Sebagai orang yang nak libatkan diri dalam bisnes, kita kena cepat ambil peluang.

Alhamdulillah, syukur saya dah terjebak dalam bidang ni hampir 4 tahun. Berdasarkan pengalaman cetek saya dalam bisnes online ni, saya kongsikan dengan korang 5 tips bisnes online.

1. Kenal pasti medium social network yang anda suka

Tanya diri "aku lebih selesa guna medium yang mana untuk sharing pasal bisnes aku ni?"

Contoh medium: facebook, blog, instagram, youtube

Ini sangat penting untuk hubungkan anda dengan kastemer atau bakal kastemer anda.

.
2. Mula kaji lebih details tentang medium yang anda pilih tu.

Apa strategi, teknik atau tips yang boleh buatkan biz anda growing melalui medium yang anda pilih tu. Yang ni kena banyak baca. Follow rapat2 sifu yang dah berjaya.

Contoh: anda pilih facebook. Sebagai orang biz, apa setting dalam fb anda yang anda perlu betulkan. Berapa ramai friends yang perlu anda ada. Macam mana nak positionkan diri sebagai org biz kat fb. Apa strategi yang kena guna.

3. Buang rasa malu tak bertempat, takut apa orang kata.

Buang jauh2 masuk dalam gaung. Tanya balik pada diri apa manfaat yang aku dapat kalau aku malu2. Kata nak biz. Jika malu dan takut macam mana biz aku nak berkembang biak?

Jelaskan niat yang fesbuk/blog/ig adalah medan untuk kita kongsi pengalaman, pengetahuan, ilmu. Boleh jadi saham akhirat jugak ni. Biiznillah, tak malu tak takuit dahhh.

4. Banyakkan sharing secara softselling/storytelling berbanding hardselling.

Softselling/storytelling ni menjual secara halus melalui cerita, pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Buleh picit link ni http://bit.ly/ebooksoftselling untuk tau lebih lanjut apakebende softselling ni haa.

5. Almaklum bila online ni kita tak dapat nak interaksi secara terus dengan kastemer atau prospek. Jadi sebelum tulis sharing apa2 tu bacalah dulu  Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billaah  (tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

Dan

Ya Allah Ya Kholiq Ya Musowwir Ya Alim Ya Hakim Ya Rasyid, YaAllah Yang Maha Mencipta, Maha Mereka Bentuk, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Kreatif.

Niat dalam hati Ya Allah berilah kekuatan untuk aku tulis sharing dan lembutkan lah hati mereka yang nampak sharing aku ni untuk baca apa yg aku tulis, tekan like dan share jika bermanfaat pada mereka atau kawan2 mereka.

Ameen.

#pss: Oh ya. Senyum tiga sepanjang anda  online naa. Senyum manes se sweet honey tawww.

#tsunamishaklee
#tsteam3
#bisnesdarirumah
#workingsurirumah
#bisnesonline

Ija Ramli
Shaklee Bisnes Coach &
Shaklee Independent Distributor
013 515 0155

Posted via Blogaway