Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts

3 Sebab Puan Aisha Pilih Bisnes Shaklee

Event iReachStartup secara virtual pagi tadi fullhouse! Yang join dari seluruh Malaysia hampir 500 orang. 



Alhamdulillah rasa untung sangat berada dalam positif circle geng shaklee ni. Tak pernah menyesal terjebak dalam dunia shaklee sejak 8 tahun lepas. 


Pengalaman mendewasakan kita. 


Dan kebetulan dalam iReach Startup pagi tadi ada perkongsian daripada Puan Aisha, new Supervisor (pangkat pertama dalam shaklee, 4 figure income earner). Beliau cerita kenapa beliau pilih Shaklee as business.


Nak tau tak apa sebab beliau pilih shaklee?


Okay jom baca dampai habis tau.


3 Sebab Pilih Bisnes Shaklee 


1. Shaklee adalah bisnes yang boleh diwarisi.

Beliau cerita yang sebelum ni beliau banyak dah buat bisnes lain tapi bisnes-bisnes yang beliau pilih tu tak long last. Kita kena cari bisnes yang long last. so that boleh wariskan kepada anak-anak kita. 


Bisnes yang boleh diwarisi ni kira satu advantage lah. Bukan apa kita taktau sampai bila umur kita. dan banyak mana kudrat yang kita ada nanti bila kita dah berumur. 


Makna kata bila kita dah tak ada kudrat atau kita dah tak ada didunia nanti, kita boleh wariskan bisnes shaklee ni pada anak2 dan pasangan kita. 


Boleh jadikan satu bentuk pelaburan kepada anak-anak lah juga. Jika anda bekerja, side income bulanan dari shaklee yang anda dapat tu boleh buat saving untuk anak-anak. 


2. Shaklee adalah 2 in 1

Shaklee bukan sekadar bantu kita sihat tapi juga bantu kita jana pendapatan, Kita share pada orang dan orang jugak boleh jana pendapatan. best kan?


Bisnes Shaklee ni bab bab production kita tak perlu fikir dah. Sebab itu kerja company. Kerja kita adalah kembangkan empayar kita sekembang-kembangnya. 


Dan lagi beruntung team kami ada sediakan biz tools. just follow the sistem. dan konsisten buat seperti yang telah diajarkan. 


Jadinya Shaklee ni bukan sekadar beri kita kesihatan yang baik tapi juga bantu kita baiki tahap kewangan kita dan family.


3. Bisnes yang kita boleh berkongsi dengan orang lain. Kita rasa seronok bila kita dapat bantu orang dan bantu orang lain jana income.

Apa anda rasa bila orang yang anda bantu bagitau, "akak, saya dah dapat first income dari shaklee" "akak, saya dapat closed deal harini"


Best kan? 


Best sangat bila kita dapat bagi manfaat pada orang lain. bayangkan orang yang kita bimbing pada awalnya, akan terus dapat buat apa yg kita pernah guide, dapat hasilnya walaupun kita dah tak ada di dunia ni. 


Apa anda rasa bila satu persatu impian orang yang anda bantu tu tercapai. 


Sungguh, bonus shaklee bukan sedikit (jika betul2 anda bina empayar anda). Car bonus pun once dah dapat, u layak dapat car bonus tu seumur hidup. 


Dan car bonus ni bukan dia bagi kereta sebijik. cash bulanan. boleh guna untuk apa saja. tak semestinya untuk beli kereta sahaja. 




...dan banyak lagi bonus lain dalam shaklee. Kalau  anda nak tau apa yang anda boleh dapat dari Shaklee, just contact KakJa kay. KakJa akan cerita personally dengan anda. 


013 5150155

Peluang Join Buat Bisnes Shaklee 2020

Kelebihan Bisnes Shaklee dan Kekuatan Team Kami Untuk Anda Join Buat Bisnes Shaklee


Anda Nak Buat Bisnes Online?
Nak dapatkan income setiap bulan?
Nak duit extra sebab nak bayar hutang?
Nak buat bisnes online dari rumah?


Ada jalannya,


anda boleh keluar dari isu kewangan, dapat tingkatkan saving, dapat improve kualiti hidup dan keluarga.
Kalau kami boleh, anda pun boleh.
Alhamdulillah bisnes shaklee banyak bantu kami.
Dalam bisnes shaklee kami ada payslip, slip yg laku, slip yang diterima oleh bank-bank terkemuka di Malaysia untuk buat loan beli rumah dan kereta.


Apa kelebihan kalau anda join team kami? 


Kami adalah team pengedar shaklee berjaya. 

Jom buat bisnes shaklee dengan kami. 

Kami juga adalah team pengedar vivix shaklee dan resv terbaik di malaysia.


1. 8 tahun berpengalaman dalam bisnes shaklee. 10 tahun setia sebagai pengguna shaklee.


2. Jika anda join team kami, anda juga layak mendapat bimbingan mentor 6 angka yg berpengalaaman 11 tahun dalam bisnes shaklee yang suka travel. hampir 54 negara mereka telah pergi. Bayar BMW cash. Pembaca buku tegar.  humble, friendly, pencipta sistem proven dan biz tools dalam team kami.


3. Anda jugak layak mendapat bimbingan dari doktor, saintis dan pakar nutrisi.


4. Kumpulan kami aktif dengan aktiviti bisnes dan kelas bimbingan setiap hari. Untuk anda yang komited nak buat bisnes shaklee sampai dapat rasa bonus shaklee, anda akan dimasukkan dalam iReach Squad.


5. Bahan marketing, tak perlu risau. anda layak gunakan segala poster yang ada dalam team.


6. 24 jam online support.


7. Ini paling best. anda layak guna bisnes tools dan follow sistem yang team kami sediakan. hanya team kami yang ada. 

Anda beruntung!

Join Us Now. 0135150155


Bimbingan khas dari iReach Squad Leaders




Orang Sibuk Boleh Berjaya Dalam Bisnes Ke?

Orang sibuk boleh berjaya dalam bisnes?

Ya, sangat lah boleh. cumanya pastikan anda pilih bisnes yang betul. Sepanjang 8 tahun saya dalam dunia bisnes ni saya melihat mereka yang berjaya adalah dari kalangan orang yang sibuk. Bukan orang yang ada masa pun. Sibuk 24 jam sehinggakan masa tidur pun kena cut.

Namun diorang ni masih boleh fight untuk berjaya dalam bisnes.

Tapi itu lah tak semua bisnes boleh buat bersama-sama dengan kerja hakiki anda. Maksud saya jika anda bekerja, anda juga boleh buat bisnes dan boleh berjaya.

Bisnes apa tu?

Saya cadangkan mulakan lah dengan bisnes network marketing. Bisnes network marketing ni bukan bisnes lekeh-lekeh tau.

Bisnes ni tak mudah tapi simple.

Dia jadi simple sebab bisnes ni ada sistem yang dah terbukti berkesan dan boleh di duplikasi kepada bisnes partner anda.

Tapi tak semua team yang ada sistem yang boleh di duplikasi. Hanya team kami sahaja yang ada proven system and duplicable.

Dalam team kami ada step by step untuk anda mula bisnes anda.

Bagi orang yang sibuk, bisnes yang ada sistem dan tools (alat bantu) sangat membantu untuk mereka pergi lebih jauh dalam bisnes shaklee.

Itu je sebenarnya RAHSIA orang sibuk mampu untuk berjaya dalam business. 

Kalau anda berminat nak join team kami untuk buat bisnes bersama-sama kami, boleh hubungi Ija di 013 5150155.

Be our bisnes partner :) and start your own bisnes.

Ps: Dalam video ni saya ada share apa tools yang team kami guna tu. Happy watching :)




Peluang Jana Extra Income dengan Bisnes Shaklee - Startup Digital

Jana Extra Income dengan Bisnes Shaklee - Startup Digital

Sabtu lepas team besar kami buat satu event secara online. Kami panggil StartUp Digital. Khas untuk newbies yang baru join buat bisnes shaklee. 

Jujurnya Ija sangat bersyukur kita ada full support dari team. Macam-macam event dan kelas yang ada untuk bantu kami lebih maju jaya dalam bisnes Shaklee. 

Dan event startup secara digital ni adalah salah satu alat bantu bisnes yang ada dalam sistem yang team kami buat. 

Ya, ni satu-satunya team dalam shaklee yang ada sistem yang berkesan sekiranya anda betul-betul follow. 

Dan satu lagi musim PKPP ni kita tak dibenarkan buat event secara fizikal kan. so event secara online tetap ada. Jadi kalau anda seorang yang introvert tapi nak cuba untuk dapatkan extra income dengan shaklee, saya cadangkan join team kami sekarang!

Sebab, masa musim PKPP ni kita hanya perlu join training, join event secara online dari rumah. Namun masih boleh buat aktiviti bisnes secara online hanya dari rumah dan jana extra income dari rumah. 

Ye lah kan Ija pun introvert. Ija faham orang introvert ni boleh sangat berjaya dalam bisnes. Tak percaya? Irfan Khairi pun introvert tau. 

Dan Ija punya mentor bisnes shaklee yg dah income 6 angka sebulan pun introvert. Namun dengan pemilihan bisnes yang betul, team dan mentor yang betul, anda pun boleh berjaya. 

Okay, jom tengok kejap feedback2 yang join startup digital pada Sabtu lepas:









Personaliti Orang Yang Berjaya Dalam Bisnes

Hai :) Jumpa lagi dengan Ija dalam episod ke 6 JBB (Jom Bina Bisnes) Shakleee lah kan...
Hangpa jangan macam-macam. iols pandai shaklee ja aka bisnes network marketing.

oraitt, episod kali ni saya nak share personaliti orang berjaya ni macam mana?



Sepanjang 8 tahun saya buat bisnes ni saya banyak lah juga jumpa dengan orang yang pandai bercakap, pandai menulis, pandai berkawan tapi bila kita ajak buat bisnes network marketing, diorang tak nak.

Dan ada yang pandai bercakap, pandai berkawan tapi bila buat bisnes, diorang tetap susah nak sukses dalam bisnes.

Dah kenapa pula?

Antara sebabnya ialah pandai bercakap, pandai menulis, pandai berkawan bukanlah jaminan untuk kita berjaya dalam bisnes.

Tapi ada 2 faktor yang menjamin kita untuk sukses dalam bisnes.

1. Kemahuan
2. Kesungguhan

Yang pertama, kemahuan.

Kita nak ke tak?

Kalau pun kita bagus macam mana pun, kita pandai pengaruhi orang macam mana pun, tapi kalau kita tak nak.. kita tak akan buat dengan bersungguh-sungguh.

Betul tak?

Kita takmau so macam mana kita nak buat dengan bersungguh-sungguh?

Contoh kita tengah lapar ni.

dan ada orang bagi kita makanan.

tapi makanan tu kita tak suka.

so lapar macam mana pun, kita tak makan pun makanan tu. kita akan cari makanan yang kita suka jugak .

Jadi macam tu lah juga dalam bisnes.

Kalau pun orang tu sangat pandai bercakap, sangat berpotensi, macam kita tengok pun kita rasa dah
dia ni bagus ni kalau buat bisnes. mesti masa depan cerah.

Tapi tapi kalau empunya diri tak nak, macam mana kita nak tolong dia?

Yang kedua, kesungguhan.

Walalupun nak tu dah ada, nak buat bisnes, nak berjaya dalam bisnes, nak income 4 angka, tapi kalau kesungguhan tu tak ada, tak jadi lah jugak.

Sebab dalam bisnes ni tak sama macam kerja makan gaji. Kalau makan gaji, kita ada bos yang akan perhatikan kita setiap hari. setiap tahun kita ada appraisal. nak tak nak kita memang terpaksa jadi rajin.

Kalau bisnes? Kita tak ada bos. Kita lah bos kepada diri kita sendiri. Walaupun dalam bisnes network marketing, kita ada upline.. upline ni hanya boleh facilitate kita je. Dia tak boleh paksa kita.

Sebab itu kena ada kesungguhan. Sebab dengan kesungguhan ni lah kita akan sentiasa berada dalam landasan yang benar.

Kalau kita jatuh pun kita akan bangkit semula.

Dan dalam bisnes kita kena buat kesilapan.

Bila kita buat silap tu lah kita boleh belajar.

Kebiasaannya kita akan belajar dulu, belajar teori lepastu baru ada exam untuk uji kefahaman kita.

Tapi dalam bisnes, kita kena buat dulu. Kita tak boleh tunggu kita perfect.

Contoh, kita rasa kita tak pandai bercakap. So macam mana nak berjaya dalam bisnes network marketing? Akan mai lah fikiran2, aku tak pandai bercakap macam mana nak buat networking?

Tapi sebenarnya sebab itu lah kita kena mula bercakap, dari situ kita kena mula bina network dengan orang. Dan kita akan mula bina skill.

Kita bukan bina skill dulu lepastu baru nak join bisnes. Kena pergi kursus2 bercakap dulu ke.

Bukan. bukan macam tu. Dia tak akan jadi. Sebab dalam bisnes, kita kena buat dulu baru lah kita akan belajar dan akan pandai.

Dia macam kita belajar berenang.

Kalau kita tak belajar je teori dan kita tak ambil langkah pertama untuk masuk ke dalam air tu, kita takkan pandai berenang sampai bila-bila.

Ataupun belajar masak.

Masa awal-awal masak, kita banyak buat silap kan.

Along the way tu lah kita belajar cara yang betul.

Kita tak tunggu betul2 terer baru nak masak.

Jadinya, bila kita selalu buat, bila kita selalu praktis.. kita akan jadi terer dan pandai.

Tak kisah, apa pun personaliti kita.

Macam tu lah dalam bisnes. Bila kita start buat dan kita buat benda yang sama, konsisten buat, berulang-ulang buat setiap hari.. kita akan pandai.

Tak perlukan personaliti khas untuk kita sukses dalam bisnes.

Yang perlu adalah kita nak dan kita sungguh-sungguh.

Kalau tak jadi?

Buat lagi sampai jadi.

Kalau u nak start buat bisnes dan ada rasa 'Boleh ke aku?'

Yesss u boleh!

U boleh kalau u nak

dan u boleh kalau u bersungguh-sungguh.

U tak payah fikir, alamak saya pemalu, saya tak reti bercakap... jangan fikir sebab benda tu bukan penghalang untuk u sukses dalam bisnes.

itu sifat peribadi u je.

buat je, just do it.

tak jadi. buat lagi sampai jadi.

Kesimpulannya, untuk buat bisnes tak perlukan personaliti khas, yang penting kena ada kemahuan dan kesungguhan.










JBB Ep 5 | Introvert Jana Income 4 Angka

Jom Bina Bisnes Shaklee Ep 5

Hai :)

Dalam episod kali ni Ija nak share satu cerita ekslusif khas untuk pembaca blog ohvitaminmama ni. 
Memang Ija jarang cerita ni kat sesiapa pun. 

Kira beruntung lah korang :)




Macam mana saya boleh terlibat dengan perniagaan online?


Ahaa saya jarang cerita mengenai diri saya yang dulu.

Sebenarnya saya adalah seorang yang sangat pemalu dan pendiam. Di sekolah dulu saya ni jenis yang tak akan jadi volunteer. Saya ni  jenis yang tak akan angkat tangan jawab soalan cikgu.

Walaupun saya tau jawapan tu. Saya memilih untuk jawab dalam hati… ahaks..

Saya ni jenis duduk jauh-jauh kat belakang kalau dalam kelas tu.

Saya takut sangat kalau cikgu panggil saya.

Kiranya saya ni jenis introvert lah.

Mungkin anda yang tak kenal saya akan ingat saya ni jenis pandai bercakap. Cakap kat video lancar je. Berani cakap depan kamera.

Tapi sebenarnya yang kenal rapat dengan saya sekarang ni, tau yang saya ni bukan jenis yang banyak bercakap.

Tapi bila kat video, bila buat live ajar biz partner saya banyak lah bercakap.

Tapi kalau pergi kenduri, majlis2 ke event ke tempat yang ramai orang.. saya jenis yang kurang bercakap.


Saya berhenti kerja (nurse dan lecturer) dan memilih untuk jadi surirumah. Saya ingat jadi surirumah sepenuh masa ni best. Tapi tak rupanya. Masa tu saya rasa saya bosan sangat-sangat duduk di rumah.

Sebab dah biasa kerja. Dah biasa ada income sendiri. Bila tak kerja memang rasa looser sangat lah kan. Walaupun actually kerja seorang surirumah sangatlah banyak.


Saya terlibat dengan perniagaan Shaklee secara tak sengaja. Saya daftar sebagai pengedar atau ahli Shaklee pun sebab saya nak makan sendiri vitamin-vitamin tersebut, bukan lah sebab nak berniaga sangat. Apetah lagi persepsi negatif terhadap model perniagaan MLM atau bisnes network marketing secara umumnya waktu itu (e.g. MLM yang berjaya hanya mengambil kesempatan ke atas downline & produknya mahal dari pasaran sebab nak bayar komisen upline) tidak begitu meyakinkan bagi saya.

Pada masa itu, komisen Shaklee yang saya terima semata-mata sebab saya sendiri yang menggunakan produk Shaklee. Obviously, komisen waktu tu tak banyak langsung, Tapi saya sempat lah juga ambil gambar checque sebagai kenangan.


Penglibatan Pertama

Memandangkan Shaklee adalah produk MLM dan saya pun dah jadi ahli waktu tu, pernah juga sekali-sekala berkongsi pengalaman menggunakan vitamin Shaklee di facebook.

Masa tu senarai kawan fb saya memang dari kawan-kawan yang saya kenal je.

Saya sebenarnya takut untuk berkongsi, ye la nanti dikatakan nak menjual pula.

Tapi memandangkan manfaat vitamin Shaklee tu sangat lah bagus, saya rasa bersalah pula kalau tak kongsi dengan kawan-kawan.

Jadi saya mula bercerita tentang pengalaman saya minum ESP di facebook. Surprisingly, ada sambutan. 

Paling best sampai ada kawan-kawan yang terus beli selepas mendengar kisah Shaklee saya untuk pertama kali.

Then terfikir kenapa ianya berlaku; sama ada sebab Shaklee memang begitu bagus atau pun saya ni begitu popular? HaHaHa...

Sebab boleh jadi terlalu popular sehingga ada yang mengidam cara hidup yang sama. Maka terjadilah mereka meniru apa yang kita lakukan, seperti makan vitamin yang sama?

Bunyi macam kelakar, tapi sangat logik bukan?

Dengan sekadar berkongsi cerita saja boleh dapat komisen, best tak?

Sejak dari itu saya pun mula la jual Shaklee kecil-kecilan. Mungkin lebih tepat jika saya katakan “sekadar suka-suka”. Sebab saya berpengalaman menggunakannya sendiri membuatkan tak susah nak menjawab semua persoalan yang diajukan oleh bakal pembeli. Kalau ada yang tak dapat nak jawab, saya belajar sampai faham.

Lama-kelamaan, rasa minat itu timbul. 

Dan makin majulah hasil jualan.


Penglibatan Serius

Terus-terang saya katakan, saya sendiri tak sangka boleh maju sehingga ke tahap saya sekarang; di anugerahkan pangkat Coordinator dengan potensi komisen ribuan ringgit.

Saya bukanlah seorang yang petah dalam kata-kata, apetah lagi pandai bergaya. Jadi memang saya pun ragu-ragu nak sertai mana-mana network marketing atau MLM sebab keadaan saya langsung tidak menjurus ke arah itu.

Saya mula terlibat dalam perniagaan Shaklee secara serius sejak dapat komisen (cash back bonus) yang pertama.
Saya ingat lagi masa tu saya baru balik dari bercuti bersama keluarga di Sabah. Saya tekad untuk mulakan bisnes Shaklee secara serius.

Serius di sini bermaksud saya mula ada sasaran yang semakin agresif.

Saya mengambil keputusan untuk terlibat secara serius bukan lah sebab ingin keuntungan semata-mata, tapi nak buktikan kepada diri saya sendiri yang saya juga mampu lakukannya. Setiap kali terbukti berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan membuatkan saya rasa sangat puas. Puas sebab terbukti saya juga boleh berjaya!


Nikmat Shaklee

Terlalu banyak faedah yang saya nikmati sejak berkecimpung dengan dunia perniagaan Shaklee secara serius.

Paling best saya berpeluang mengenali lebih ramai kawan dikalangan pengguna, downline dan pengedar-pengedar yang lain.

Dengan Shaklee, saya mula mengumpul kawan-kawan lama. Banyak kali yang order tu kawan-kawan sekolah atau universiti yang pernah mengenali saya waktu belajar dulu.

Bila tengok nama penuh tu macam kenal. Bila call nak sahkan adakah dia tu orangnya, maka bermula lah kami cakap utagha update gossip terbaru, HaHaHa.

Berkenaan dengan potensi keuntungan, ia sejajar dengan usaha dan strategi yang anda laksanakan.

Sekali lagi, entah macam mana komisen Shaklee yang saya terima 4 kali ganda daripada duit gaji saya setiap bulan.

Dengan duit lebihan Shaklee, saya berpeluang menggunakannya untuk membantu suami bayar komitmen bulanan, membayar hutang, zakat dan memberi duit bulanan kepada mak dan abah, infaq, simpanan, jadikan modal untuk restok vitamin dan keperluan peribadi yang lain. 


Memang menjadi strategi kewangan keluarga kami mempelbagaikan punca pendapatan agar potensinya tidak terikat dengan satu-satu sumber.

Suami tetap meneruskan minat beliau dalam dunia videography.

Bukan sekadar hobi tapi juga jadi punca pendapatan keluarga kami.

Dan kini, beliau juga bersama-sama saya dalam membina bisnes Shaklee tanpa perlu tinggalkan passion beliau iaitu videography.

Manfaat lain bisnes Shaklee ni ialah perniagaan Shaklee yang mementingkan konsep direct-selling ini banyak mengajar saya beberapa kemahiran penting. Sebagai contoh kemahiran berkomunikasi secara terus. Terutamanya dalam kemahiran mengurus pelanggan yang cerewet.

Kalau bukan face-to-face pun, secara live melalui panggilan telefon dan di whatsapp.

Kemahiran-kemahiran ini bakal membantu saya dalam mengembangkan potensi diri sendiri; sama ada sebagai peniaga mahu pun manusia biasa.

Untuk itu saya sangat teruja berkongsi dengan anda bagaimana untuk membina bisnes dari rumah dan capai 4 angka sebulan. 


Jika anda berminat nak tau dahulu apa peluang bisnes yang shaklee tawarkan, boleh hubungi saya di 0135150155. Atau komen sahaja di ruang komen, saya akan hubungi anda. 




Jadi Ahli Shaklee | Jom Bina Bisnes Shaklee Bersama iReach Episod 4

Hai, jumpa lagi kita dalam siri Jom Bina Bisnes Shaklee :)

Episod kali ini Ija nak offer pasal peluang bisnes yang anda boleh buat pada tahun 2020 ni. 

Ya masih belum terlambat lagi. 






Betul, bisnes shaklee ni simple je. 

Jika anda join dengan team kami, anda layak menggunakan segala alat bantu (business tools) yang ada dalam team kami. Ya, hanya untuk anda yang berdaftar dengan Ija dan business partner Ija di seluruh Malaysia. 

Anda berminat? hubungi Ija di 0135150155

atau klik  https://wa.me/60135150155

6 Tips Berjaya Dalam Bisnes MLM | Jom Bina Bisnes Shaklee Bersama iReach Family Episod 3

Jom Bina Bisnes Shaklee Episod ke 3

Hai, macam mana puasa tahun ni?

Nampaknya kita berpuasa dalam PKP la kan tahun ni.

Its ok.

Walau apapun keadaan, hidup mesti diteruskan.

Kerja mesti kerja.

Duit mesti dicari.



orait dalam episod sebelum ni, Ija ada ceritakan apa yang anda akan dapat bila anda join bisnes shaklee.

Best kan?

Jadi episod kali ni Ija nak cerita 6 Tips Untuk Sukses Dalam Bisnes Shaklee. 


Yang pertama, kita mesti sedar tentang realiti sebenar bisnes MLM. 


Bisnes MLM adalah bisnes sebenar, sama lah macam bisnes supermarket ke, bisnes manufacturing ke, bisnes jual apa-apa sekalipun. Ia adalah sama.

Kita adalah sebuah bisnes yang sebenar.

Bukan apa ramai orang kat luar sana yang ada pandangan tak betul tentang MLM.

Hakikatnya MLM adalah bisnes sebenar. Sama macam bisnes lain. Bisnes yang sebenar. Real Bisnes.

Yang kedua, mesti kena jatuh cinta dengan produk. 


Kita tak boleh jual apa-apa pun kalau kita tak bangga dengan apa yang kita ada.

Macam mana kita nak bercakap tentang produk kita, produk shaklee yang terbaik kalau kita tak rasa bangga pun, kita tak rasa menghargai apa yang kita ada.

Begitu juga produk Shaklee yang paling terbaik antara semua produk shaklee iaitu Peluang Bisnes Shaklee. Business Opportunity. Ini lah produk shaklee paling baik.

Namun, kalau kita tak cinta, kita tak sayang, kita nak cerita kepada orang pun kita tak yakin.

Oleh itu mesti cinta, faham, sayang pada bisnes shaklee dan pada produknya.

Yang ketiga, buat plan tindakan untuk kita berkongsi untuk kita buat teknik 3P setiap hari. 


Mana-mana bisnes mana pun kita kena buat promosi. Sama lah juga dengan bisnes shaklee. Kita kena bagitau orang dan kita kena buat orang tahu yang kita ada peluang yang bagus untuk mereka. Dan kita ada produk yang bagus untuk mereka guna.

Jadi kita kena ada plan macam mana kita nak berkongsi tentang produk kita setiap hari.

Paling senang, anda yang dah jadi ahli shaklee dengan kami boleh guna biz tools yang team kami dah sediakan iaitu iReachLog

iReachLog ni best sebab dia bantu kita untuk sentiasa produktif dan bergerak setiap hari untuk kita berkongsi tentang bisnes kita.

Yang keempat, jual solution atau penyelesaian. 


Sales atau jualan, sebenarnya bagi penyelesaian kepada apa saja keperluan prospek kita.

Itu sebab kita kena kenal pasti apa keperluan prospek kita.

Prospek menolak kita bukan sebab kita  tak pandai menjual tapi sebab mereka tak perlukan lagi produk kita masa tu.

Masa kita approach dia, produk shaklee atau bisnes shaklee bukan lagi keperluan dia.

Jadi kalau belum jadi keperluan dia, maka kalau kita bagi solution pun, mereka tak hargai pun sebab mereka tak perlukan pun lagi.

Sebab tu penting untuk follow up supaya satu masa dia dah rasa keperluan untuk buat bisnes shaklee dan keperluan untuk guna produk shaklee.

dan baru lah mereka hargai penyelesaian yang kita bagi pada mereka.

So kalau orang reject jangan kecil hati. Masukkan dalam follow up list.

Nanti, follow up lah lagi.

Yang kelima, menyerlah daripada agen-agen lain.


macam mana tu?

Kita sebenarnya akan menyerlah bila kita buat apa perlu kita buat secara konsisten.

Apa perlu kita buat?

Saya ada share dalam group support Jayzra Family

Bila kita buat apa yang sepatutnya kita buat secara konsisten, kita makin tau cara nak handle.
Pengaruh kita makin besar daripada orang lain. Orang akan banyak bercakap tentang kita, sebab kita
banyak menyentuh hati-hati orang.

Dan yang keenam, ikut sistem. 

Supaya business partner kita boleh duplicate. Bila kita buat ikut sistem, bisnes partner kita buat ikut sistem. Jadi apa yang kita buat dan apa yang kita nak suruh business partner kita buat senang difahami dan senang untuk diduplikasi.

Simple je.

Sebab semua orang guna sistem yang sama. Walaupun baru join bulan ini, business partner tu dah boleh dapat business partner baru. Sebab apa sebab dia ikut sistem.

Kita ikut sistem, biz partner kita ikut sistem dan mereka akan bergerak bersama-sama ikut sistem.

Jadi kita tak perlukan masa yang terlalu lama untuk train mereka sebab mereka ikut sistem.

Dan kita boleh meluaskan pengaruh kita membesarkan bisnes kita untuk buat apa yang sepatutnya kita buat dengan orang lain pula.


Untung anda yang jadi ahli dengan team Jayzra sebab Jayzra di bawah family besar iReach. Kami ada sistem dan business tools yang memudahkan anda dari hari pertama anda join kami.

Jom start your own business dengan kami.

Klik sini https://wa.me/60135150155 untuk maklumat lanjut.

atau boleh terus daftar di https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=868451



Jom Bina Bisnes Shaklee Bersama iReach Family | Episod ke 2

Jom Bina Bisnes Shaklee Episod ke 2

Hai, jumpa lagi dalam episod ke 2.

Entry kali ni saya nak kongsikan dengan anda Apa Yang Anda Dapat Dengan Bisnes Shaklee

Saya faham, sebagai orang bisnes, fokus utama kita adalah apa yang akan aku dapat bila buat bisnes ini?

Apa kelebihan bisnes tersebut.

Begitulah, sama macam saya dulu. Masa awal saya decide untuk buat bisnes shaklee, benda pertama yang saya study ialah dia punya compesation plan (Pelan Pampasan)

Berapa cash yang saya boleh dapat setiap bulan?

Apa reward yang company bagi?

Adakah company recognized achievement kita?

Okay jom saya ceritakan apa yang anda boleh dapat dengan shaklee.

Anda akan dapat 3C (Cash, Car bonus dan Convention)

1. Cash
2. Car bonus (bonus kereta)
3. Convention (Melancong Percuma)

Anda akan dapat bonus macam dalam gambar ni


Anda terpaksa readykan mindset dan akaun bank anda untuk menerima cash money macam dalam gambar di bawah ni







Jom Bina Bisnes Shaklee Bersama iReach Family | Episod 1

Jom Bina Bisnes Shaklee Bersama iReach Family | Episod 1
Jom Bina Bisnes Shaklee Episod 1

Entry kali khas untuk para usahawan, peniaga kecil, peniaga online, peniaga part time, agen-agen, dropshipper, bakal usahawan dan pengguna.

Saya pasti anda pernah dengar tentang bisnes network marketing. Atau biasanya orang panggil MLM.

Kalau dulu orang pandang sebelah mata je MLM ni. Siap ada persepsi buruk tentang MLM.

Begitu juga saya. Dulu saya tak ambil port langsung tentang MLM.

Tak ada hati langsung lah dengan MLM ni.

Dipendekkan cerita akhirnya terjebak juga saya dengan MLM ni.

Rupanya tak lah seburuk yang saya sangkakan sebelum ni.

Sistem MLM itu sendiri sangat bagus.

Ia jadi tak bagus bila kepala tu buat dengan cara yang tak betul.

Itu yang memburukkan reputasi mlm itu sendiri.

Sejak 8 tahun saya berada dalam bisnes shaklee ni, saya nampak ia sangat adil dan telus.

Okay macam mana adil tu?

Begini,

anda jadi ahli shaklee untuk buat bisnes
kemudian ada kawan anda nak buat bisnes bersama anda
anda pun daftarkan dia sebagai ahli dalam team anda
anda dan biz partner anda fight capai target masing-masing.
dan biz partner anda lebih berjaya dari anda. dia dapat naik rank pertama dalam shaklee lebih awal dari anda. boleh ke? sedangkan anda (upline) pun belum berjaya naik rank lagi.

yaaa. boleh. sebab sistem shaklee sangat adil.
siapa buat lebih, dia yang dapat.

jadi tak ada istilah, orang atas makan duit orang bawah. orang atas je boleh berjaya. orang atas je kaya raya. tak adaaa sama sekali.

anda buat, anda dapat.
anda tak buat, anda melepas.

untungnya biz shaklee ni kita saling support.

saling menginspirasikan.

saling bakar membakar.

dan keunikan bisnes shaklee ialah terletak pada konsisten.

buat benda yg sama berulangkali dan beramai-ramai.

bisnes yang sangat simple tapi tak mudah. Sebab ia tetap perlukan kita untuk kerja keras.

tapi percayalah, ia berbaloi.

start mula bina bisnes shaklee anda sekarang bersama kami Jayzra Family dan keluarga besar kita iReach Family.

Terima kasih kerana baca sampai sini. Dalam episod ke 2, saya akan kongsikan dengan anda Apa Yang Anda Dapat Dengan Shaklee.




Perlukah Pasrah Dalam Hidup Especially Bila Berniaga?



Hari Ahad lepas kami suami isteri join seminar mcc. anak-anak termasuk baby 11bulan kami mintak tolong kawan jaga beserta upah. tak sedap pulak rasa kalau nak tinggal macam tu je kan.

alhamdulillah si baby tu tak meragam. masa saya tinggalkan pun dia tak nangis. selalunya dia melekat dengan saya. kalau kat rumah, abah dia ambik pun dia taknak.

Allahuakbar. Sungguh syukurnya Ya Allah. Nak tinggalkan baby tu yang paling saya risau sangat. sebab tak biasa kan.

Dan lagi merisaukan badan dia start rasa suam2 pagi tu.
Saya hampir-hampir tak pergi.

Tapi memandangkan saya yakin akan dapat sesuatu dari seminar harini yang saya perlukan sebagai bisnes leader, saya kuatkan semangat jugak. Masa ni memang serahkan kembali masalah pada Allah. Dan mohon doa Allah mudahkan lancarkan urusan kami untuk ke mcc.

apa cabaran say sebelum pergi mcc?


Nak cerita kejadian sebelum tu panjang sebenarnya. haha

okay lah saya pendekkan cerita.

Baby saya direct feeding (menyusu badan tak pakai botol dan tak pernah campur susu tepung lagi). dan saya kerja dari rumah. so memang tak buat lah stok susu.

jadi masa dapat tau ada seminar mcc tu saya fikir dua tiga kali gak sebelum buat keputusan. kenapa? sebab no kids/baby allowed. maknanya tak boleh bawak baby dan kanak2.

kalau dah biasa tinggal kat pengasuh/taska tak apa lah jugak kan. tapi ni memang melekat ja dengan saya. 

Hasben saya pada tarikh seminar tu dia dah ambik job sebagai videographer untuk event lain. 

so macam mana?

hati saya nak sangat2 pi untuk grow kan lagi bisnes saya. saya takmau jadikan alasan aku tak boleh pi sebab tak boleh bawak anak.

saya percaya Allah tu Maha Baik.

Pasti ada jalannya. 

memang saya redah je. sblm daftar saya tanya Allah (monolog dan ngadu lah apa masalah kita), mtk izin suami dan last saya tanya kawan boleh tak tlg jaga kan anak2.

syukur, dia sudi tolong jagakan.

setel satu problem.

bila nak tggl baby yg menyusu direct ni for sure kena pam susu sket kan untuk stok dia minum masa tinggalkan dia.

mulanya saya kata ok lah sebulan lagi ada masa utk pam. last2 2 hari sebelum mcc baru saya pam. haha adoi. sabar je lah. (ok saya akui salah saya)

dapat 5 oz je.

masa ni memang saya doa sangat mudahan cukuplah susu tu untuk dia. Memandangkan dia dah start makan solid food so kuranglah risau tu. 

oh ya seminggu sebelum mcc, hasben bagitau job dia ditukar ke hari sebelum mcc tu. So dah alang2 macam tu saya pun tanya dia nak join sekali tak mcc. dan dia nak join. Kiranya dapatlah kami dating berdua (hihi. nanti saya cerita dalam entry lain kisah ni ya).

ok sambung balik..malam sebelum mcc, saya plan nak siapkan baju anak2 lah sebelum tidur. tapi baby nanges nak tdo. so saya tidurkan dia dulu. ingat nak bangun lah kan selepas baby tdo. alamak aihh terbabas pulak saya. pukul 4.30 pagi baru terjaga.

masa ni baju tak keringkan lagi kat dobi (lately kami keringkan baju dlm dryer terus kat kedai dobi). masaak bubur baby pun tak lagi. baju pun tak siap lagi,

ahahaha memang kelam kabut lah kan.

mula pegi masukkan baju dlm dryer. lepas tu balik masak bubur baby. solat jap. lepastu cukup 30 minit pegi ambik baju yg kering tadi. balik sambung masak bubur baby. siapkan baju dan barang2 nak tinggalkan kat pengasuh.

budak2 sibbaik diorg mudah bangun haritu. siap mandi sendiri semua.

baby pulak badan dia suam so dia tidur lama. kakak bising pun dia tak jaga.

masa ni lah saya dah nampak hikmah nape badan dia suam2.

zasss zasss zasss siap semua..tengok jam dah pukul 7.33 pagi. alamak aihh nak ke rumah kawan tu sejam jugak perjalanan. nak ke shaklee hq kat sunway geo dari rumah kawan tu pun dalam sejam. hasben kata expected kita sampai ni pukul 10 pagi.

Allah..
kelas start pukul 9 pagi.

dalam hati saya mintak sangat2 kat Allah Ya Allah ko bagi lah aku dapat sampai sebelum kelas start. aku nak sangat dengar speaker pertama tu. dia cakap pasal RAS.

sambil saya selawat. berkali2 jugak saya doa.

cuba sehabis baik untuk bertenang time ni.
.
.
.
syukur perjalanan masa tu lancar. takde jem apa bagai.

sampai kat rumah kawan, bagi baby kat kawan pun mudah je. baby tak nanges. elok pulak dia nak dengan kawan tue.

masa tinggal pun ok je. tak nanges.

alhamdulillah syukur sangat.

lepas tu saya dan hasben pun terus ke mcc. perjalanan pun smooth.

tak sangka 9.03 minit kami sampai (hampir sejam awal dari expected). masa tu pengacara baru nak start bukak mulut.

masyaAllah..sempat jugak sampai sebelum speaker pertama cakap.

Allah
Allah
Allah
...dengan izin dan rahmatNya!
.
.
.
Dari kisah ni saya muhasabah balik dalam journey saya dalam bisnes dan life saya. 

1/ Semua orang Allah bagi benda yang sama iaitu MASALAH. Yang membezakan kita apa yang kita buat dengan masalah tu. 

2/ Kalau kita ada kemahuan dan kesungguhan, datanglah apa pun cabaran ujian masalah tetap kita redah dengan SERAH SEPENUHNYA PADA ALLAH.

3/ Serah bukan maknanya kita pasrah. “Pasrah tak de rezeki aku lah kali ni. next time lah.”

bukan, bukan macam tu.

Pasrah bukan redho. Pasrah tu putus asa.

Sebagai muslim kita tak boleh putus asa. harapan tetap ada dan sentiasa ada. 

Tak ada pasrah dalam kehidupan seorang muslim. Kita kena fight sampai habis. Kita kena fight sampai jadi. 

kita nak, kita serah pada Allah then kita cuba sedaya upaya apa patut kita buat, ada cabaran pun, ada ‘cicak’ dok cakap macam2 dalam diri kita pun kita tetap teruskan buat, teruskan fight dan kita serah semula pada Allah.

Allah ikut persangkaan hambaNya.
Kita pilih kita nak macam mana.
Kita design kehidupan kita.
Pastinya dengan petunjuk dariNYA.

Jangan pasrah. Terus fight sampai Jadi. 

With Love, 
KakJaJa
Mentor Bisnes Shaklee 
Pengedar Shaklee Nombor 1 Malaysia

Bisnes Networking Terbaik 2018 untuk Orang Yang Sibuk

Weekend lepas KakJa sempat pergi belajar ilmu bahasa rahsia. Bagi KakJa ilmu ni penting sangat lah untuk usahawan online dan offline. Ya lah kan kita sebagai usahawan perlu tau macam mana nak 'tackle' bakal pembeli. Macam KakJa sebagai leader perlu juga supaya dapat motivate team bisnes dengan cara yang lebih efektif.



Dalam kelas bahasa rahsia ni Trainer kongsikan macam mana kita nak bercakap ikut personaliti orang tersebut. Secara asasnya ada 4 jenis personaliti yang dikategorikan pada 4 jenis warna. ahaaa. apa warnanya dan apa ciri2 personaliti setiap warna tu? Panjang sangat kalau cerita kat sini. So KakJa kongsi dengan lebih lanjut dalam group ekslusif team Jayzra.

Kalau nak tau, whatsapp KakJa ya.

Selepas habis kelas, KakJa jumpa biz partner team Jayzra. Sembang punya sembang ehh dah sejam rupanya. Bukan sembang kosong tau. Sembang berisi. kakja bagi personal coaching tentang blog, cara nak manage masa antara kerja hakiki dan kerja biz.

Sebab bisnes partner kakja ni Lawyer, dia buat part time mengajar jugak dan of kos buat biz shaklee jugak. Dan dia ni emak ada 3 anak kecil. Supermak betul ni. Tabik spring lah KakJa dengan dia. uolss yang di kedah kalau nak buat biz shaklee atau beli produk shaklee ke contactlah dia ye. free konsultasi.

Ok sebenarnya ramai geng business Shaklee daripada golongan professional. Ada Cikgu, Engineer, Pegawai IT, Nurse, Lawyer, Pharmacist, Dietitian dan Doktor pun ada tau. Ya diorang ni masih bekerja tapi dalam masa diorang buat bisnes shaklee. Kenapa diaorang buat itu kena tanya diorang sebab masing-masing ada big why masing-masing.

Yang pastinya Shaklee Business adalah Network Business yang ada sistem dan proven success with real people anda real success.

Ia sesuai untuk semua golongan.

Mungkin anda suka buat bisnes secara offline. Ya boleh!
Mungkin anda suka berniaga secara online dari rumah dan di mana sahaja. Ya boleh!

Kalau Saya Buat Bisnes Shaklee, Apa Yang Saya Dapat?


Anda suka TOLONG ORANG?

Dengan bonus shaklee anda boleh bagi sumbangan kepada yang memerlukan. Anda boleh sedekah, boelh infaq, boleh bagi kepada mak dan ayah setiap bulan, boleh sponsor mak dan ayah menunaikan umrah dan haji, boleh bayar zakat setiap bulan. Pendek kata boleh memberi tanpa kacau duit gaji kerja hakiki.




Anda suka TRAVEL?

Dengan income shaklee anda boleh travel ke mana sahaja anda nak. Dan yang paling best anda boleh fight untuk dapatkan FREE TRIP Shaklee. Bukan calang-calang, 5 stars!



Anda suka RUMAH DAN KERETA?

Ya anda boleh fight untuk dapatkan BONUS KERETA dalam bentuk cash. Boleh beli kereta yang anda nak. Atau yang nak beli rumah boleh gunakan statement bonus shaklee untuk gabungkan dengan slip gaji kerja tetap. Yesss bonus statement Shaklee ni laku tau kat bank. Lagi cun kalau sepanjang 6 bulan konsisten cantik je bonus yang masuk.



Anda suka PRODUK YANG ADA KAJIAN DARI SAINTIS?

Okay seppp sikit. Kita geng. KakJa jatuh cinta dengan Shaklee sebab ni lah. Kita nak berniaga biarlah produk tu bukan sekadar bagi manfaat pada pengguna. Tapi juga produk yang dihasilkan tu ada kajian saintis. Macam Shaklee ada Landmark Study. Dari pihak ketiga bukan Shaklee buat sendiri. So tak ada bias kat sini.






Dan produk-produk shaklee disokong oleh 125 research paper. Setiap bahan baru akan diuji dulu untuk mengesan lebih 350 bahan-bahan tercemar yang bahaya. Shaklee juga telah melabur $250 Juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.


Nak semua? Yess dengan bisnes Shaklee anda berpeluang dapat semua tu dengan syarat anda betul-betul MAHU dan USAHA untuk dapatkannya.


Love,
KakJa
Mentor Bisnes Shaklee Anda
0135150155









Peluang Jana Duit Extra Dengan Bisnes Shaklee

peluang bisnes shaklee jana pendapatan

Cara Jana Duit Extra

mudah je. mula dengan daftar sebagai ahli shaklee. nak makan sendiri boleh, nak buat bisnes pun boleh. korang yang untung.
macam jadi ahli makan sendiri, korang dapat jugak point bila beli apa2 produk shaklee. belikan untuk sedara ke kawan ke pun dapat point.
point ni jika dah cukup syarat, korang layak dapat cash bonus tau. company akan masukkan dalam akaun bank korang.
nak jana duit extra dengan bisnes shaklee pun boleh. kami akan masukkan korang dalam group coaching dan bimbing korang sampai berjaya. dengan syarat korang buat apa yang di ajar.

so macam mana cara nak jadi ahli shaklee?


1. Dengan yuran ahli serendah RM75 je. Lepas daftar, korang akan dapat starter kit. Dan korang akan dapat akses masuk ke online shop shaklee. dalam tu ada katalog boleh cuci mata, ada pusat sumber untuk rujukan kalau nak tau apa2 maklumat pasal produk.
2. PERCUMA jika korang buat pembelian apa2 produk shaklee (suplemen ke skincare ke home care ke) minimum RM 690.
3. PERCUMA jika korang grab promo vivix sama ada yg beli 6 percuma 1 tu ataupun beli 2 botol.

Mudah je kan?
Alah kalau nak lagi senang meh wasap Kak JaJa. picit sini http://wasap.my/60135150155
.
.
Kak JaJa @ Ija Ramli @ azra
Founder Team Jayzra
Shaklee Bisnes Mentor
Pengedar Shaklee Aktif

Trip Percuma Tajaan Shaklee ke Langkawi


Trip Percuma Shaklee


CUTI-CUTI PERCUMA.....

Pernah tak korang berangan dapat cuti-cuti percuma all sponsored? Dari tambang sampai lah ke duit makan. Wowoweee sungguh lah. Rasa nak lompat sampai ke bintang ja! 😂

Haaa dengan shaklee pasti angan jadi kenyataan. Tapi mesti lah bersyarat. Nak masuk syurga pun ada kriteria dia kannnn.

Macam baru-baru ni (sabtu aritu) kawan-kawan shaklee ke Langkawi ikut free trip shaklee.

Shaklee sponsor uolss. Layanan memang 7 bintang lah.

Hari pertama, sesampai nya di airport pun dah diberi layanan yang istimewa oleh staff shaklee.

Memang ohsem lah. Tak perlu angkat beg, semuanya diuruskan oleh staff shaklee. Memangmudah sangatlah.

Bayangkan kalau kita pergi sendiri, semua kita kena buat sendiri. Angkat begberat segalanya.

Paling best dapat meal allowance/duit makan. perghhh sapa nak bagi free.

Kemudian dibawa ke hotel. Bukan calang-calang hotel. Langkawi luxury hotel iaitu The WestinLangkawi Resort & Spa. Heavenly bed katanya. 13 ribu harga katil dia!

Sampai-sampai bilik, tengok keaadan bilik yang sangat-sangat best. Dan hari2 dapat gift suprised dari shaklee (yang macam atas katil dalam gambar tu).

Memang berbaloi dan terbayar segala usaha penat lelah sebelum ni.

Hari kedua, dibawa ke Mangrove Tour dan layanan first class oleh tourist guide. Dapatpergi Gua Buaya, Floating Fish Farm, Eagle Feeding, Gua Kelawar.

Selepas tu di bawa pula untuk naik cable car, sky bridge, 3d museum dan jalan-jalan di pantai
Cenang.

Dan hari ni selamat pulang.

====

Jadi kesimpulannya, apa beza trip sendiri dengan trip-trip percuma shaklee ni? Apa yang best sangat?

1. Bayangkan tidur di hotel ternama sehebat Pullman, Hilton, Marriot, Reinassance. Dua malam bukan semalam tau. Kalau sendiri bayar jenuh berkira gak.

2. Makan heaven sangatlah. Bukan takat 3 jenis. Berjenis-jenis. Berpinggan pinggan bermangkuk mangkuk.

3. Tak payah tunggu transport sebab ke mana-mana naik bas yang disewa oleh shaklee (kalau pergi sendiri, sama ada naik public transport atau kena drive sendiri).

4. Pegi mana-mana pun tour guide akan explain details. Dari segi sejarah tempat tu dan sebagainya. Layanan first class uolss.
Jika trip sendiri? Haaa kena pandai-pandai lah study & tanya-tanya orang tempatan. Nak amik tour guide, paham-pahamlah kena tambah bajet lagi.

5. Sepanjang trip tak payah fikir pasal sesat ke apa. Kita follow je.

6. Penat tapi sangat RELAX ok! otak tak payah fikir lepas ni nak pi mana nak buat apa. Bila dah penat2, masuk bas boleh tido. Lagi-lagi kat hotel Westin tu, tak sabaq nak landing atas heavenly bed katanya. Perghhh.

Maukalau trip sendiri? maunye nak tido2, kena drive balik hotel. Yang bini pulak kena dok perati suami takut satg dia terlelap tengah drive. Tak ke naya. Huhu

7. Yang penting, semua tu adalah FREE! Haaa tak payah keluar sesen pun. Nak masuk tempat2 tarikan macam skycab/cable car, mangrove tour tu pun shaklee bayarkan. If pi sendiri? Banyak kali jugak fikir (sambil kira bajet) nak masuk ke tak. Huhu.

Siap Shaklee bagi duit makan lagi. Duit bawak untuk shopping ja. Takdak bajet untuk shopping pun takpa. Bawak badan ja.

Best ke best?

Ija. 013 515 0155
Pengedar Shaklee 

7 Pengajaran Daripada Movie Moana Yang Buat Anda Tersedar Dari Lena

Alkisahnya MOana Si Pengembara Laut.....


Selepas je makan nasi tumpang (request dari belated besday boy 😄) pagi 1 Jan 2017 yang lepas, hasben ajak tengok movie.


Sebenarnya nak tunaikan hasrat puteri sulong. Dari awal december dia dok ajak tengok movie tapi disebabkan kebizian, akhirnya cuti tahun baru baru berkesempatan untuk tunaikan hasrat dia.

Kami ke Space u8 Bukit Jelutong. 
First time ke sana. Best dan lapang je rasa. Sebab tak ramai orang.

Bila tengok movie dengan anak-anak, haruslah pilih movie animasi. Supaya diorang pun enjoy. Kalau tak jenuh tengok depa berdrama pulak dalam wayang tu.😂

Kebetulan movie yang teringin nak tengok masih ada lagi. Walaupun dah lama keluar,
still nak tengok kat panggung wayang. Baru feel kan. Hahaa ngada.

Masa mula-mula start dah rasa wow dengan sound effect dia tu.

Meh saya cerita sedikit sinopsis pasal movie ni.

Bermula dengan story telling daripada si nenek kepada anak-anak kecil yang ada di pulau tu.

Kemudian ada sorang budak perempuan ni mula berexplorasi sampai ke tepi laut, sangat berani dan dia sangat enjoy dengan apa yang dia tengah alami (mesti tengok scene ni. Cantik sangat!)

Tapi si bapa agak risau dan halang si anak bila dia asyik nak ke tepi laut je. (Mesti ada sebab kan? Kena tengok sampai habis. Hehe)

Si budak perempuan tadi namanya Moana. Dia anak ketua kampung di sebuah pulau. Dari kecil dia suka sangat laut dan dia teringin sangat nak ke laut untuk tengok apa yang ada di laut tu.

Di jadikan cerita, satu hari laut pilih dia untuk selamatkan pulau-pulau yang katanya akan berada dalam kegelapan. Akibat daripada perbuatan Maui. Maui ni curi batu kepunyaan Pulau Te Fiti (heart of te fiti) atau dikenali sebagai Pulau Dewi. Batu tu sebenarnya jantung pulau tersebut.

Jadi Moana perlu cari Maui sebab Maui je boleh letakkan semula batu pada Pulau Te Fiti. Bila dah dapat balik batu/jantung dia, baru la Pulau Te Fiti akan 'hidup semula'.

Dan pulau-pulau lain pun akan hidup semula juga.

Sepanjang perjalanan Moana, si ayam Hei Hei dan Maui ke Pulau Te Fiti, macam-macam cabaran yang depa kena hadapi dari segi emosi dan fizikal.

Adventurous dan kelakar juga!

Boleh dikatakan setiap scene dalam movie ni ada pengajaran dan ada somting yang boleh direflek. Lagu2 dia pun best2. Tak bosan walaupun movie ni hampir 2 jam!


Pengajaran Tersurat dan Tersirat


Banyak pengajaran sebenarnya movie ni:

1. Ikut kata hati. Tapi sebelum tu make sure hati dan jiwa suci bersih dulu. Hihi. Rajin2 amalkan zikir asmaul husna (penyucian jiwa). Bila ada hati, kita akan jadi diri sendiri yang penuh kasih sayang dan cinta.

2. Bila pasangan/downline bisnes/anak2 tengah down/takde semangat, kita boleh bantu up kan balik semangat dia guna psikology. Cuba kaitkan dengan cerita2 yang pernah hadir dalam hidup dia. Namun, jangan lah pula kita nak down jika dia still tak bersemangat sebab semuanya bermula dari diri sendiri jugak. At least kita dah cuba.

3. Yakin dan percaya pada keupayaan diri sendiri.
Mula-mula Moana cari Maui dan sangat berharap Maui dapat letakkan semula batu tu pada Te Fiti. Di tengaj jalan, Maui putus asa. Dan akhirnya Moana kuatkan semangat dan usaha juga. Dia sendiri buat dan dia boleh rupanya.

4. Bila kita jadi leader dalam team bisnes, berikan inspirasi pada anak buah kemudian depa akan follow. Macam Moana lepas Maui tinggalkan dia, dia hampir putus semangat tapi dia bersemangat semula dan teruskan juga perjuangan walau sorang2. Dan kemudian bila Moana berjaya lepas dari si Te Ka tu baru Maui datang semula. Sama-sama berjuang dan akhirya Moana berjaya!

5. Buat affirmasi diri setiap hari. Adoih terngiang2 'i am moana from montunui....'
Macam orang bisnes boleh lah cakap pada diri sendiri contohnya ' saya ija ramli, surirumah 5 angka dengan bonus shaklee setiap bulan mulai January 2017' <-- contoh lah kan. Contoh lain 'i am enough. I am beautiful. I am grateful'

6. Keluar dari zon selesa. Banyak benda sebenarnya kita mampu buat yang sebelum ni kita tak pernah terfikir pun/fikir tak boleh.

7. Mulakan je dengan apa yang ada dulu. Tak perlu tunggu perfect untuk mula. Di sepanjang kembara, kita akan belajar banyak benda yang kita taktau yang mana memang benda tu sangat berguna untuk kita capai matlamat kita.

Banyak sangat pengajaran sebenarnya movie #Moana ni.

Macam dah panjang jee....oklah selamat makan vitamin shaklee 😄


Nak order vitamin shaklee?
Hubungi Ija 013 515 0155 
Konsultation percuma, tapi nak vitamin kena bayar lah. hihi. akak bukan bank negara. haha