Perlukah Pasrah Dalam Hidup Especially Bila Berniaga?



Hari Ahad lepas kami suami isteri join seminar mcc. anak-anak termasuk baby 11bulan kami mintak tolong kawan jaga beserta upah. tak sedap pulak rasa kalau nak tinggal macam tu je kan.

alhamdulillah si baby tu tak meragam. masa saya tinggalkan pun dia tak nangis. selalunya dia melekat dengan saya. kalau kat rumah, abah dia ambik pun dia taknak.

Allahuakbar. Sungguh syukurnya Ya Allah. Nak tinggalkan baby tu yang paling saya risau sangat. sebab tak biasa kan.

Dan lagi merisaukan badan dia start rasa suam2 pagi tu.
Saya hampir-hampir tak pergi.

Tapi memandangkan saya yakin akan dapat sesuatu dari seminar harini yang saya perlukan sebagai bisnes leader, saya kuatkan semangat jugak. Masa ni memang serahkan kembali masalah pada Allah. Dan mohon doa Allah mudahkan lancarkan urusan kami untuk ke mcc.

apa cabaran say sebelum pergi mcc?


Nak cerita kejadian sebelum tu panjang sebenarnya. haha

okay lah saya pendekkan cerita.

Baby saya direct feeding (menyusu badan tak pakai botol dan tak pernah campur susu tepung lagi). dan saya kerja dari rumah. so memang tak buat lah stok susu.

jadi masa dapat tau ada seminar mcc tu saya fikir dua tiga kali gak sebelum buat keputusan. kenapa? sebab no kids/baby allowed. maknanya tak boleh bawak baby dan kanak2.

kalau dah biasa tinggal kat pengasuh/taska tak apa lah jugak kan. tapi ni memang melekat ja dengan saya. 

Hasben saya pada tarikh seminar tu dia dah ambik job sebagai videographer untuk event lain. 

so macam mana?

hati saya nak sangat2 pi untuk grow kan lagi bisnes saya. saya takmau jadikan alasan aku tak boleh pi sebab tak boleh bawak anak.

saya percaya Allah tu Maha Baik.

Pasti ada jalannya. 

memang saya redah je. sblm daftar saya tanya Allah (monolog dan ngadu lah apa masalah kita), mtk izin suami dan last saya tanya kawan boleh tak tlg jaga kan anak2.

syukur, dia sudi tolong jagakan.

setel satu problem.

bila nak tggl baby yg menyusu direct ni for sure kena pam susu sket kan untuk stok dia minum masa tinggalkan dia.

mulanya saya kata ok lah sebulan lagi ada masa utk pam. last2 2 hari sebelum mcc baru saya pam. haha adoi. sabar je lah. (ok saya akui salah saya)

dapat 5 oz je.

masa ni memang saya doa sangat mudahan cukuplah susu tu untuk dia. Memandangkan dia dah start makan solid food so kuranglah risau tu. 

oh ya seminggu sebelum mcc, hasben bagitau job dia ditukar ke hari sebelum mcc tu. So dah alang2 macam tu saya pun tanya dia nak join sekali tak mcc. dan dia nak join. Kiranya dapatlah kami dating berdua (hihi. nanti saya cerita dalam entry lain kisah ni ya).

ok sambung balik..malam sebelum mcc, saya plan nak siapkan baju anak2 lah sebelum tidur. tapi baby nanges nak tdo. so saya tidurkan dia dulu. ingat nak bangun lah kan selepas baby tdo. alamak aihh terbabas pulak saya. pukul 4.30 pagi baru terjaga.

masa ni baju tak keringkan lagi kat dobi (lately kami keringkan baju dlm dryer terus kat kedai dobi). masaak bubur baby pun tak lagi. baju pun tak siap lagi,

ahahaha memang kelam kabut lah kan.

mula pegi masukkan baju dlm dryer. lepas tu balik masak bubur baby. solat jap. lepastu cukup 30 minit pegi ambik baju yg kering tadi. balik sambung masak bubur baby. siapkan baju dan barang2 nak tinggalkan kat pengasuh.

budak2 sibbaik diorg mudah bangun haritu. siap mandi sendiri semua.

baby pulak badan dia suam so dia tidur lama. kakak bising pun dia tak jaga.

masa ni lah saya dah nampak hikmah nape badan dia suam2.

zasss zasss zasss siap semua..tengok jam dah pukul 7.33 pagi. alamak aihh nak ke rumah kawan tu sejam jugak perjalanan. nak ke shaklee hq kat sunway geo dari rumah kawan tu pun dalam sejam. hasben kata expected kita sampai ni pukul 10 pagi.

Allah..
kelas start pukul 9 pagi.

dalam hati saya mintak sangat2 kat Allah Ya Allah ko bagi lah aku dapat sampai sebelum kelas start. aku nak sangat dengar speaker pertama tu. dia cakap pasal RAS.

sambil saya selawat. berkali2 jugak saya doa.

cuba sehabis baik untuk bertenang time ni.
.
.
.
syukur perjalanan masa tu lancar. takde jem apa bagai.

sampai kat rumah kawan, bagi baby kat kawan pun mudah je. baby tak nanges. elok pulak dia nak dengan kawan tue.

masa tinggal pun ok je. tak nanges.

alhamdulillah syukur sangat.

lepas tu saya dan hasben pun terus ke mcc. perjalanan pun smooth.

tak sangka 9.03 minit kami sampai (hampir sejam awal dari expected). masa tu pengacara baru nak start bukak mulut.

masyaAllah..sempat jugak sampai sebelum speaker pertama cakap.

Allah
Allah
Allah
...dengan izin dan rahmatNya!
.
.
.
Dari kisah ni saya muhasabah balik dalam journey saya dalam bisnes dan life saya. 

1/ Semua orang Allah bagi benda yang sama iaitu MASALAH. Yang membezakan kita apa yang kita buat dengan masalah tu. 

2/ Kalau kita ada kemahuan dan kesungguhan, datanglah apa pun cabaran ujian masalah tetap kita redah dengan SERAH SEPENUHNYA PADA ALLAH.

3/ Serah bukan maknanya kita pasrah. “Pasrah tak de rezeki aku lah kali ni. next time lah.”

bukan, bukan macam tu.

Pasrah bukan redho. Pasrah tu putus asa.

Sebagai muslim kita tak boleh putus asa. harapan tetap ada dan sentiasa ada. 

Tak ada pasrah dalam kehidupan seorang muslim. Kita kena fight sampai habis. Kita kena fight sampai jadi. 

kita nak, kita serah pada Allah then kita cuba sedaya upaya apa patut kita buat, ada cabaran pun, ada ‘cicak’ dok cakap macam2 dalam diri kita pun kita tetap teruskan buat, teruskan fight dan kita serah semula pada Allah.

Allah ikut persangkaan hambaNya.
Kita pilih kita nak macam mana.
Kita design kehidupan kita.
Pastinya dengan petunjuk dariNYA.

Jangan pasrah. Terus fight sampai Jadi. 

With Love, 
KakJaJa
Mentor Bisnes Shaklee 
Pengedar Shaklee Nombor 1 Malaysia
Previous
Next Post »
1 Komentar