Perlu Ke Saya Ambil Suplemen dan Vitamin?

kita tak boleh pilih "aku nak makan vitamin je lah. aku tak nak makan makanan berkhasiat"

tak boleh. tak boleh. tak boleh sebab vitamin bukan pengganti makanan. vitamin atau suplemen ni adalah pelengkap kepada makanan kita yang berkhasiat dan seimbang.

Yang betulnya kita perlu makan makanan berkhasiat yang seimbang dan ambil vitamin sebagai pelengkap.

Tapi kenapa kena ambil vitamin jugak?

Sebab zat makanan kita hari ini dah tak sama macam 10, 20 dan beratus-ratus tahun yang lepas. dah tak sama macam yang tok nenek kita makan. 


kenapa zat makanan kita dah tak sama macam dulu-dulu?

Sekarang ni tanah pertanian kita semakin tak subur.

tak subur kat sini maksudnya nutrien dalam tanah pertanian dah tak sama macam dulu. kenapa pulak?
sebab bila kita bercucuk tanam, tumbuhan tu akan ambil nutrien dari tanah dan bila nutrien dah di ambil oleh tumbuhan tu, nutrien dalam tanah perlu diganti semula.

kalau ikut apa yang orang-orang dulu buat, selepas depa tanam sesuatu tanaman dan dapat hasil, mereka akan tanam tanaman lain pulak bukan tanaman yang sama. tujuannya adalah untuk ganti nutrien dalam tanah tersbut.

contohnya mula tanam padi selepas dah dapat hasil, musim berikutnya depa tanam tembakau pulak. dan bergilir-gilir.

tapi sekarang keperluan pada tanaman ni sangat tinggi sebab populasi penduduk bertambah. macam kita lah kan dah kawen lepas tu dapat anak. jadi kita perlukan makanan yang lebih banyak.

oleh sebab nak memenuhi keperluan makanan yang meningkat ni, teknologi penghasilan makanan dalam pertanian makin menjadikan pertumbuhan cepat dihasilkan. ada yang dah tak tanam kat tanah. guna macam-macam teknologi.

ni bukan main cakap saja. ada jurnal dan ada kajian yang bagitau tanah pertanian kita dah tak macam dulu, zat makanan makin kurang.

Badan kita perlu berdepan dengan macam-macam faktor luar yang nak serang kita

contohnya dulu dulu tak banyak pun gas-gas pelik yang dibebaskan di udara macam kereta bebaskan gas karbon monoksida. dulu tak banyak kilang. dulu payah kot nak jumpa henpon. henpon ni hasilkan radiasi. dan macam-macam lah lagi teknologi yang kita ada sekaranng ni.

benda-benda ni semua bebaskan gas-gas dan radiasi tau. yang mana ia boleh bagi kesan tak baik pada kesihatan badan kita.

sebab tu lah badan kita perlu lebih kebal. perlu lebih banyak tentera untuk jaga sistem imun kita dari daripada dirosakkan oleh radiasi.

dan benda-benda ni jugak akan percepatkan proses badan kita hasilkan radikal bebas.

okay bila cakap pasal radikal bebas ni badan kita memang ada hasilkan radikal bebas secara semulajadi sebab dia adalah by product daripada proses semulajadi badan kita contohnya proses metabolisma dan sebagainya.

dan bestnya Allah Yang Maha Bijaksana ciptakan badan kita secara sendirinya boleh stabilkan radikal bebas. makna kata kita tak perlu pun ambil antioksida macam vivix untuk stabilkan radikal bebas tu. tapi tapi tu kalau radikal bebas dihasilkan sendiri oleh badan kita.

masalahnya harini banyak faktor luar yang jadikan badan kita hasilkan lebih banyak radikal bebas sampaikan sistem imun kita pun tak mampu nak stabilkan radikal bebas tu.

Jadinya kita perlu sangat bantuan daripada suplemen/vitamin.

suplemen bukan pengganti makanan
suplemen juga bukan ubat
suplemen adalah keperluan yang badan kita perlu untuk memenuhi lompong-lompong nutrisi yang kita dah ambil dari makanan kita


Dr Bruce Miller kata, asas kesihatan yang baik ada 5

1. Makanan seimbang
kita perlu makan makanan seimbang. tak boleh lah kita kata "takpa lah tak makan makanan seimbang pun, aku dah makan berbotol-botol vitamin."

nehi nehi. tak boleh macam tu adik sayang.

walaupun makan vitamin, kita wajib makan makanan seimbang.

2. Bersenam
tak boleh jugak kata "aku dah makan vitamin, so aku dah tak perlu bersenam bagai ni.

nehi nehi say lagutu, sebab bersenam adalah keperluan badan kita.

3. Kesihatan Rohani. Spiritual kita. Dalaman kita
ini kira apa amalan kita. macam mana kita bergantung kepada Tuhan. Dan semua ni termasuk dalan tiang-tiang kehidupan yang sihat.

4. Kehidupan Social dan Bermasyarakat
Walau kita rasa kita ni introvert, kita sebenarnya tak boleh hidup sorang-sorang. bila kita bersocial kita jadi lebih sihat sebenarnya. kita jumpa orang lain tak kira lah kan secara online atau offline. Dalam Islam pun galakkan kita bersilaturrrahim. Faedah dia untuk kita pun banyak. Buka pintu rezeki. Dan dari segi kesihatan dan psikologi, bersocial salah satu cara hidup lebih sihat.

5. Pengambilan suplemen
Kalau dulu mungkin kita rasa macam tak perlu kot aku ambik suplemen. aku makan nasi, sayur, ikan, ayam semua. Tapi sekarang ni suplemen dah jadi satu KEPERLUAN. Dan vitamin BUKAN PILIHAN. Makanan seimbang tu memang semua orang perlu makan yang seimbang. perlu makan real food. tapi tak cukup lagi nutrien dalam makanan tu. Itu lah sebabnya kita perlu tambah dengan vitamin/suplemen untuk kesihatan yang optimum (yang menyeluruh).

bukan nak sihat sekarang je. tapi nak sihat berpanjangan supaya kita boleh bekerja dengan tenang dan dapat beribadah dengan tenang.

semoga umur kita bukan sekadar panjang tapi panjang umur dalam kesihatan yang baik.

jadi untuk itu kita perlu usaha untuk jadi lebih sihat dan jaga kesihatan dari hari ini.

sebabnya banyak penyakit-penyakit kronik yang dapat harini berpunca dari badan kita yang tak cukup nutrisi.

Jadinya kalau anda perlukan vitamin/suplemen, hubungi lah saya untuk konsultasi percuma. alhamdulillah dah 9 tahun Tuhan bagi peluang saya amalkan suplemen. Saya pun nak anda juga sama-sama amalkan suplemen dalam usaha kita jaga amanah badan yang Tuhan bagi kita pinjam ni.


Salam sayang,

Ija Ramli
0135150155

Previous
Next Post »
0 Komentar