Pengalaman Road Trip Di Singapore

Roadtrip to Singpore. Kali kedua kami masuk ke Singapore pada 2017.



(Entry ni ada short video kami di Singapore dan Legoland Hotel)

Kali pertama semasa tahun 2014. Bersama abang ipar dan isterinya. Suami yang memandu tapi menggunakan keretanya. Untuk kali kedua ni kami pergi hanya berlima. Saya, suami dan 3 orang puteri kami. Masa ni saya sedang mengandungkan anak ke 4. Dan kami menggunakan kereta sendiri. Sudah pasti suami lah yang memandu.

Bagi orang Malaysia yang bekerja di sana atau ada keluarga di sana atau yang selalu keluar masuk Singapore, ia bukan lah suatu perkara luar biasa. Namun, bagi saya dan suami yang jarang-jarang ke luar negara, perasaannya amatlah luar biasa. Apatah lagi memandu sendiri kereta di negara orang.

Jujurnya suami berdebar juga untuk memandu di sana. walaupun ini kali kedua.

Kenapa? Pertama, sudah pasti risau tersesat. Kami hanya berpandu pada Maps.me. Sebab tak ambil mana2 internet. Ya lah kami masuk untuk beberapa jam sahaja kalini. Jadi tak berbaloi pulak nak langgan internet.

Kedua, banyak tempat yang ada kamera di jalan. So nak tak nak kena lah mematuhi had jalan raya yang ditetapkan. kamera ada di mana2 sahaja hehe. Diorang kat sana drive dengan sangat berhemah. slow and steady gitu. tak kira lah kau kereta mahal ke murah ke. takada yang berani langgar peraturan jln raya. Kalau terlanggar, besar juga dendanya.

Apapun, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Just follow the rules dan berhati-hati lah memandu di negara orang. hehe. best tau. dapat rasa pengalaman baru.

Yang menariknya bila roadtrip ni kita dapat lihat kehijauan di sepanjang jalan raya di singapore. tengah2 jalan tu pun ada pokok2 bukan tepi2 je.

sejuk je mata memandang.

okaylah sebelum saya merepek-repek, jom saya kongsikan panduan nak masuk ke Singapore menggunakan kereta sendiri.

Nak masuk ke singapore ada 2 pintu masuk. anda boleh pilih sama ada nak masuk melalui woodlands atau tuas.

Masa first time dulu, kami masuk melalui woodlands

Trip kedua ni kami cuba masuk melalui tuas pula.



okay apa beza woodland dan tuas?

ikut pada pengalaman kami sendiri (suasana pada masa kami pergi. mungkin berbeza jika hari2 lain)

Woodland. masa ni kami masuk pada pagi sabtu. kenderaan banyak juga waktu ni. nak kata jem tak lah jem. tapi beratur juga lah.

Tuas. kami masuk pada tengahari ahad. kenderaan tak banyak. kira tak perlu lah untuk beratur panjang. banyak kaunter. dan rasa lebih selesa di sini.

Tuas ni dekat dengan Nusajaya yang ada lego land, hello kitty land. sebelum masuk ke tuas, ada RnR gelang Patah. Kami singgah sekejap di Petronas Gelang patah nak cari atm. duit singapore dah tukar. cumanya risau tak cukup. so nak standby duit malaysia sket. sbb takde langsung rm dalam wallet. kot tak cukup kat sana, boleh la tukar kat sana kan.

malangnya kat petronas tu takde pulak mesin ATM. klu nak juga katanya kena patah balik ke rnr gelang patah which is 30. kami dah la mmg tgh rushing. sbb balik dari singapore nak check in legolang hotel pukul 4. mata melirik kat jam kereta. dah 11.45. haishh kalau patah balik ni rugi lah masa.

masa tu kami sediakan 100 sgd je. risau pula tak cukup. walaupun misi kami untuk trip ke 2 ni hanya lah untuk makan sup tulang merah sahaja.

dalam dok risau tu hasben cecepat drive . heran juga. nak ke mana ni. rupanya dia nak confirmkan dgn kawan dia yang kerja di singapore. kebetulan dia terjumpa dalam petronas tu tadi. terlupa nak tanya kata dia.

mujurlah kawan dia masih di area petronas tu.

kawan confirmkan cukup katanya dgn 100 sgd tu klu setakat nak pi makan sup tulang merah tu. nak tambah makan murtabak zam2 pun boleh kata dia. tu pun dah termasuk autopass, cashcard/kupon parking kata dia.

haaa kami pun lega. terus gerak ke arah tuas link.


sebelum masuk ke tuas link, kena lalu imigresen malaysia dulu. masa kat sini kita just bagi pasport kat kaunter. tak perlu nak turun. cuma kena turunkan cermin kereta. pegawai dalam tu nak tengok muka sorang2 sama tak macam dalam passport. masa kat sini passport kita hanya di scan sahaja. tak dicop.


selepas tu kita terus drive merentasi jambatan untuk ke tuas checkpoint. masa kat sini pegawai dia akan mintak kita bukak dashboard dan driver kena turun pi bukak bonet kereta. dia nak check. lepas tu bawak kereta terus ke kaunter imigresen.

masa ni kita kena bagi pasport berserta dengan white form. bagi yang belum ada white form, boleh mintak masa ni dan isi masa tu jugak. jangan risau, pegawai akan tunggu dan bagi masa untuk kita isi. lepas tu korang mintak lah lebih sket kad puth ni. supaya nnt kalau pergi lagi boleh la isi siap2 dari malaysia.

macam kami, kami guna yang lebihan masa first trip dulu. so jimatlah masa. masa ni juga cermin kereta kena turunkan. dia nak check sama tak muka org dlm kereta dgn yg dalam pasport tu. macam kami masa balik, ainul dan amirah tidur kat seat belakang, so pegawai dia keluar dari bilik kaunter tu dan dtg tengok kat kereta sendiri. masa ni jugak pasport kita akan dicop. yayyyyyy dapat cop. takdelah kosogn je pasport kan heheeee

selepas setel, dia akan bagi balik pasport beserta dengan keratan white card tu. dia selit dalam pasport. keratan tu kena simpan elok2 sbb nanti masa nak balik diorg akan ambil. klu hilang, masalah jugak nanti.so jaga elok2 ye.

lepas tu bagi kereta yang first time masuk ke singapore, kena beli autopass. kami pun first time bawak kereta sendiri ni. jadi memang kena beli juga autopasss. masa first time dulu, bawak kereta abang ipar. autopass ni satu kereta satu autopass. tak boleh share share sbb no plate kete dah ada dlm kad tu.



beli kat mana autopass?
boleh beli di office dia. selepas setel urusan pasport tu. kita drive ke ofisnya dan parking kat tpt parking. sebelum tu snap la dulu roadtax kereta. dan pergi ke ofis. tak perlu bawak geran kereta atau roadtax. just snap sbb nak kena isi form sket pasal details roadtax tu.



driver je lah yang pergi. penumpang tunggu lah dalam kerta sambil makan kacang. haha

sekejap je urusan ni.  oh ye autopass ni kena bayar 10sgd. masa kat situ dia dah siap charged sgd6. so balance sgd4. nanti bila jumpa mana2 7e dalam singapore kena lah topup. balik nanti nak guna lagi. make sure topup siap2 sebelum sampai checkpoint imi ye. sbb kad tu tak boleh di topup kat imigresen.


apa kegunaan autopass ni?
selain dari pass masuk untuk kenderaan malaysia, autopass guna untuk bayar VEP fee (charge masuk ke singapore untuk org malaysia), charge tol (masa di chechpont imi singaponger) dan ERP (electronic road pricing). ERP ni tol elektronik di tengah2 jalan raya. satu lagi autopass ni boleh juga guna untuk bayar parking kat mana2 tpt parking yang terima autopass.



okay dah setel beli autopass, kami pun terus lah ke tempat yang nak dituju.



untuk mudahkan perjalanan ke tempat yang korang nak pegi dinasihatkan guna gps kalau tak roaming internet. atau guna maps.me

kami takde gps. so kami dowlod siap2 maps.me utk tempat yang kami nak pi di singapore tu. downlod masa kat malaysia lah. sbb bila masuk je singapore, terus tutup data internet.

kami pening sket kalau nak follow signboard dia. sbb jarang kot masuk sini. hehe

suasana hari kami pi tu mendung dan hujan rintik2 lah jugak.



kami tersesat lah jugak. maps.me tu pun macam pening sket. tapi alhamdulillah pusing2 sampai juga ke tempat yang nak dituju

apa lagi

kalau bukan arab street haha.



mengidam nak makan punya pasal. nasib baik hasben sanggup bawak kan. eh sebenarnya nak pecahkan dara. tahun ni mana ada cop pasport lagi. kikikiki

arab street ni terkenal dengan Murtabak Singapore.

makanan halal memang senang nak cari.

cuma cabarannya nak cari parking. mujurlah lepas 2 kali pusing, jumpa juga parking kosong. parking yang disediakan kat tepi jalan. parking tepi jalan ni dia guna sistem kupon. so kena beli kupon
parking.



ada tempat yang guna cashcard macam parking dalam bangunan ke dalam shopping complex ke.

cahscard ni boleh beli di 7E dan di topup pun di situ gak

ok. lepas park kami pun turun lah berjalan ke murtabak zam2 dulu. sbb itu paling dekat dengan tpt parki kami. kat singapore ni mmg susah nak cari park. so nak mudah, park kat arab street dan kita bakar lemak dan kalori. jalan kaki ke tempat2 yg kita nak pergi area2 tu. dekat2 je pun tempat2nya. murtabak zam2 ni berdepan dengan pintu belakang masjid sultan.



kira kena seberang jalan lah kalu nak ke masjid tu.

apa kami makan kat sini?
nasi beriyani ayam sepinggan. sbb budak2 lapar nasik. anisah share dgn amirah. macam biasa nasi beriyani mmg banyak klu sepinggan tu.

saya, ainul dan suami makan murtabak. kami order murtabak kambing 1 dan murtabak ayam 1. saiz regular saja.



tu pun byk jugak rasanya. simpan sket ruang perut utk isi sup tulang merah nanti hehe

air kosong 5. air ni dia isi dalam gelas gambar sprite. haaa korang jgn tertipu tgk gambar ye. dalam gelas tu air koong je tu.

alhamdulillah kenyang. sedap murtabak ayam dia. lain lah dgn murtabak malaysia pnya

hehe. walaupun ada je murtabaz singapore ni kat shah alam, tekak makyong ni tetap nak makan yg kat singapore juga. haha layan kan aje.

selepas setel makan. kami ke masjid sultan. apalagi pi solat la wehh.


dah cantik pun masjid ni. masa datang first trip dulu around 2015, masjid ni tengah renovate. datang kali ni mmg dah siap semua dan cantek sangat dlm dan luar. tiolet dia pun bersih siap ada mat kat lantai tu.


masjid sultan ni masjid bersejarah kat singapore. antara tpt tarikan pelancaong. ramai mat salih dtg melawt masjid ni.



masa tunggu saya dan puteri2 habis solat, hasben bersembang dengan sorang penduduk tempatan. dia bahasakan diri uncle. dia cerita dia dari jurong. datang situ sebab nak belikan seruling bini dia. cucu diorang terpatahkan yang lama tu. modal nak datang 10 dolar. brgnya 1 dolar je. haha demi bini, datanglah jugak katanya

dia tanya hasben datang sini buat apa. hasben cakap datang cari makan hehe

laaa kat malaysiakan banyak dia kata..

haha biasa lah. kat setiap negara tu ada keunikan masing-masing. cewahh

selesai solat, kami terus ke sup tulang merah. kami


Masa ni kami jalan kaki dari Masjid Sultan ke Food Court Beach Road. Misi mencari sup tulang merah pula. Nak bawa kereta macam leceh je. So jalan je lah sambil melalui lorong-lorong bangunan kedai yang cantik ni.

Akhirnya jumpa dah apa yang dicari. tudia jenuh nak habiskan...



Elok je habis makan sup ni.. actually bungkus juga lebihan tu. tak mampu nak habiskan. budak-budak tak makan sangat. kami berdua ja yang makan.

fuhhh... kelamkabut juga balik ke Malaysia. Sebab nak check in hotel legoland pula. Budak0budak dah tak sabar-sabar dah.

Saya share pengalaman kami di Hotel Legoland dalam entry selepas ni ya.

fuhhhh alhamdulillah akhirnya entry ni dapat di publish juga. peram punya lah lama. kejadian di atas semua ni adalah pada 2017. okat sekiannnn haha byeeee ;)

oh ya, jom tengok short video kami di Singapore dan Legoland Hotel


















Previous
Next Post »
0 Komentar