Langkah Pencegahan Influenza 2020

Apakah Influenza?


Influenza ialah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza. Sangat mudah berjangkit.

Siapakah golongan yang MUDAH terdedah kepada virus influenza?


1. kanak-kanak
2. Wanita hamil
3. Warga emas
4. Mereka yang mengalami penyakit kronik


Influenza ada musim ke?


Di Malaysia, ia dikategorikan sebagai 'Year-round' kerana ia berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim. 





Jenis-jenis influenza:


Influenza A: 


Boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Berada dalam kategori amat bahaya. Dalam Influenza A pula ada beberapa subtype antaranya H1N1 yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. H1N1 pernah merebak ke seluruh dunia (pandemik) pada 2009 dan 2013.


Influenza B: 


Boleh menjangkiti manusia. Ia selalu berlaku, kurang teruk dan ada masa berbahaya tapi tidak pandemik.

Influenza C: 


Boleh menjangkiti manusia. Jarang berlaku dan bukan endemik (penyakit yang selalu wujud dalam komuniti atau populasi)


Adakah Influenza dan Selesema sama?


Tidak. Influenza bukan Selesema.

Selesema selalunya menyebabkan hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat. Ia jangkitan virus pada saluran pernafasan yang selalunya tak bahaya.

Influenza menjejaskan saluran pernfasan juga, namun ia terjadi lebih cepat dan lebih teruk.

Virus yang menyebabkan influenza tak sama dengan virus yang menyebabkan selesema.


Tanda-tanda Influenza



  • Selesema
  • Demam panas yang berpanjangan dan tidak turun walaupun sudah diberi ubat demam.
  • Sukar bernafas dan bernafas laju
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Letih dan lesu
  • Batuk


Apa perlu buat bila ada tanda-tanda Influenza?



  • Segera ke hospital
  • Request untuk swab test
  • Ikut nasihat doktor dan makan ubat antiviral yang diberi


Langkah Mencegah Influenza



  • Jaga kebersihan seperti kerap cuci tangan
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu/sapu tangan apabila batuk atau bersin
  • Tutup mulut dan hidung dengan topeng muka 
  • Elakkan pergi ke tempat-tempat sesak
  • Elakkan ke tempat awam 
  • Amalkan pemakanan dan diet sihat yang tinggi vitamin c dan antioksidan
  • Tingkatkan sistem pertahanan badan dengan pengambilan suplemen
  • Ambil vaksin influenza di klinik kesihatan swasta


Ikhtiar lindungi diri dan keluarga dengan mengambil suplemen Vitamin C dan Nutriferon untuk kuatkan sistem imun badan.

Vitamin C penting sebagai pelindung untuk lawan segala benda-benda tak elok yang masuk dalam badan kita. Dia berfungsi seperti 'askar' untuk lawan 'musuh' dalam badan kita.

Nutriferon pula sebagai 'loceng' untuk bagi isyarat kecemasan kepada 'askar' (vitamin c) tadi apabila virus dan bakteria mengancam badan kita.









Previous
Next Post »
0 Komentar