Cara Masuk Ke Thailand Dari Bukit Kayu Hitam Dengan Kereta

Road Trip ni dah lama. Febuary 2015. Tapi baru nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga ber road trip masuk Thailand. First time nih.

Orait, untuk entry ni saya akan kongsikan dulu cara-cara masuk Thailand menggunakan kenderaan sendiri. Next entry, saya kongsikan pengalaman road trip ke Hat Yai dan Krabi.

Tak susah sangat pun nak seberang sempadan dengan kenderaan sendiri.

Jika nak masuk melalui Kedah, korang boleh masuk melalui Bukit Kayu Hitam. Dan biasanya kat sini agak sibuk pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum.

Jika nak masuk ikut Perlis, korang boleh masuk melalui Wang Kelian dan Padang Besar. Berdasarkan pengalaman Wang Kelian tak sesibuk macam Bukit Kayu Hitam. Padang Besar kami belum pernah cuba lagi.

Untuk road trip pertama kali ni kami merentas sempadan dengan kereta melalui Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah.

PERSEDIAAN SEBELUM


Sebelum masuk dengan kereta ke sana, ada 5 perkara penting kena buat dan bawa.

1. Passport atau Border Pass


Bila kata nak langkah sempadan, ofkos lah kena bawa passport. Atau pun border pass. Border pass ni special untuk penduduk yang lahir atau beralamat dan bekerja di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan (negeri2 yang bersempadan dengan Thailand sahaja). Dan pemilik border pass hanya boleh masuk ke negeri-negeri dalam Thailand yang bersempadan dengan Malaysia sahaja iaitu Satun, Yala, Songkhla dan Narathiwat.

Kalau korang lahir kat Selangor tapi menetap di Perlis dan alamat dalam ic di Perlis maka korang layak mohon border pass.

Border Pass boleh buat kat RTC Napoh (tak ramai orang),  RTC Alor Setar (ramai orang) dan RTC Anak Bukit (tak ramai orang). Orang Perlis boleh buat di Imigresen Perlis.


2. Insurans Kenderaan


Sehari sebelum nak pergi, kami beli insurans kenderaan dari syarikat thailand. Insurans yang kami beli ni adalah insuran third party. Tempat nak beli ni kat kedai area changloon. biasanya bila lalu jalan changloon, akan nampak signboard terpampang besar tulis Insurans ke Thailand. Kereta biasa yang 5 seaters insurannya hanya RM 17. Jika MPV,  insurans dia RM20. Apapun harga ni bergantung pada kedai yang jual jugak.

tempat beli insurans dan tukar duit

Kami lebih suka beli kat kedai kopi cina lima dan lima. mudah sebab boleh sekali harung beli insurans, beli arrival and departure card dan tukar duit sesiap dari RM ke Bath.

boleh juga beli insurans kat sini. bukak 24 jam. 


3. Geran kereta asal atau fotostat geran kereta depan dan belakang


Jika korang renew cukai jalan melalui myEG, korang boleh ke mana-mana cawangan myEG untuk update cetakan bahagian belakang geran. percuma je :)


4. Tukar Duit

Sila tukar duit RM ke Baht di mana-mana money changers. Macam kami,  kami tukar duit di Changloon. Ada satu kedai kopi Cina. nama kedai tu kedai kopi dan makanan Lima dan Lima. 

5. Borang TM6 (Arrival and Departure Card atau White Card)

Pinjam gambar google. sendiri punya terlupa nak snap aritu. 

White card ni kami beli siap-siap kat tempat beli insurans. Dalam Rm1. Isi siap-siap kat rumah. Jika beli siap-siap, lebih mudah urusan masa cop passport nanti.

Jika guna passport, beli form untuk setiap orang yang pegi.

Jika guna border pass, memadai ambil 1 form untuk diisi, sebab 1 form boleh isi maksimum 5 orang.

Di Sempadan

Kami bertolak dari rumah mak di Perlis ke Bukit kayu Hitam pada pukul 11.30 pagi.

Masa kat Imigresen Bukit Kayu Hitam ni kita tak perlu turun dari kereta. Ala macam korang drive through starbuck

yeayyy dah sampai Imigresen Bukit Kayu Hitam

Drive macam biasa lalu lorong yang disediakan. Bagi passport di kaunter. Passport akan di scan dan diperiksa. Mudah je kat sini.

Lepas tu terus drive sampai ke Imigresen Thailand.

Kat sini kena park kereta dulu di tempat parking yang disediakan. Mujur kawasan parking dia luas. Namun, masih perlu berjalan ke kaunter imigresen. Kami datang satu kereta. bawak mak, abah, kakak ipar dan 2 orang anak dan 3 orang anak kami.  Semua kena turun dan berjalan ke kaunter.

Selepas tu kami ke kaunter imigresen dan beratur untuk cop passport.



Nasib kami baik sebab masa kami sampai ada dua orang je tengah beratur. masa tengah beratur tu bila pusing je belakang berderet panjang dah orang. Biasalah hari Ahad. Ada 2 kaunter, tapi satu kaunter tengah rehat.

Kat sini kami kena serahkan passport/border pass, arrival card tm6 dan Rm1. Pegawai siam ni memang akan mintak Rm1 tau. huhu. Untuk memudahkan urusan cop passport, sila lah sediakan siap2 ya RM1 (setiap orang okay). Kemudian muka kita akan discan kat kamera. Silalah senyum ya. hihi


maaf ya buk, kualiti gambarnya nggak comey. disebabkan first time pi, jadi agak kalut sampai telupa nak bergambar. bila teringat, cepat-cepat snap masa atas kereta nih. 

Selepas setel urusan cop passport, owner geran kenderaan sahaja perlu ke kaunter yang namanya CUSTOM/kastam bersama geran kereta/salinan geran depan dan belakang untuk declare form kastam. Pastikan nama kat geran kereta tu sama dengan nama pemegang passport. Supaya mudah urusan. Jika terpaksa bawak kenderaan orang lain, kena ada surat kebenaran daripada owner geran tu.

Macam saya, geran kereta atas nama suami jadi suami je la yang pegi beratur untuk custom declaration. Jika geran kereta nama isteri, tapi suami yang drive, isteri yang perlu beratur declare. Tapi suami pun boleh ikut sama. Cuma isteri perlu ada.

Masa kami pergi dulu (feb 2015), borang TM2 dan TM3 belum ada lagi. Namun, sekarang dah perlu ambil dan isi.

Borang TM2 Information Conveyance dan TM3 Passanger List (2 set)


Dapatkan 2 set borang TM2 Information Conveyance dan TM3 Passanger List. Isi butiran yang diperlukan. 1 set borang akan ditinggalkan kat pintu masuk kastam Thai dan satu lagi kita bagi masa balik nanti.

Serahkan geran dan borang TM2 Information Conveyance dan TM3 Passanger List kat Pegawai Kastam Siam tu.

Selepas tu Pegawai Siam tu akan bagi borang kastam (custom declaration form). Pastikan simpan elok elok ya. Sebab kena bagi balik bila nak balik ke malaysia nanti. Jika tak serah balik dalam masa yang ditentukan akan didenda.

Selepas dah setel, baru lah kami ke kereta semula. Naik kereta dan drive merentasi sempadan menuju ke Hat Yai.

Yeayyyyy the journey begin!

Secebis nota dan tips:


1. Sebelum masuk Thailand, download siap-siap apps Free Offline Maps kat smartphone. Kami guna apps MAPS.ME

android pun ada


search negara yang kita nak download



2. Jangan lupa isi minyak penuh-penuh di Malaysia ya. Sebab harga minyak kat sana lagi mahal dari sini. Cari kedai minyak yang berhampiran dengan sempadan. Contoh di Changlun (jika masuk melalui Bukit Kayu Hitam). Dan di stesen minyak Padang Besar jika masuk melalui Padang Besar.


3. Bila berada di luar negara, pastikan telefon di activatekan ke flight mode. bukan apa takut nanti ada panggilan yang masuk. Tak pasal-pasal kena charge extra. Dan jika tak guna data roaming, sila inactive kan atau off cellular data, 3G dan data raoming. Jika tak turn off, mungkin akan terima bil beribu-ribu nanti. Sadis. huhu


4. Masa kami pergi Krabi tahun lepas, kami pernah beli tourist simcard di 7E dalam Thailand tu. Tapi mungkin masa tu macam tersilap beli. Tak boleh guna (ke tak reti guna. haha). Mujurlah dah download siap-siap offline maps. Dan mujur jugak 3 hari 2 malam saja di sana. Hanya online masa kat hotel saja sebab dapat wifi free. Dapatlah jugak ber whatsapp dan ber facebook.

Balik ke Malaysia baru google-google cara dapatkan simcard Thai. Rupanya mudah saja. Di Thailand, ada 3 mobile network yang popular iaitu AIS, DTAC dan TrueMove.

AIS dan DTAC dikatakan mempunyai coverage yang luas, cepat dan mudah untuk di handle.




Namun, kebiasaannya, travelers akan beli Happy Tourist SIM. Cuma perlu pilih nak mobile network yang mana satu antara AIS, DTAC dan TrueMove.

Harganya 299Bath with free 1.5GB internet selama 7 hari dan ada 100Bath kredit untuk call. Jika stay lebih daripada 7 hari, bolehlah topup kat mana-mana 7E untuk unlimited data.


5. Waktu kat Thailand lewat satu jam dari waktu di Malaysia.


6. Berdasarkan pengalaman ke Hat Yai dan Krabi, jalan highway dia agak besar dan tenang. Dan macam lebih kurang kat Malaysia je. Cuma korang mungkin akan nampak wayar-wayar elektrik yang berselirat antara satu tiang ke satu tiang.


7. Kat Malaysia ni ada 8 Pintu Sempadan untuk masuk ke Thailand. Boleh refer gambar kat bawah. Boleh lah pilih nak masuk ikut mana yang berkenan.

Cuma berdasarkan pengalaman, orang sangat ramai especially Jumaat, Sabtu, Ahad dan public holiday di sempadan Thailand jika masuk melalui Bukit Kayu Hitam.

Kami prefer Padang Besar atau Wang Kelian. Namun, bergantung kat tempat mana yang korang nak pergi kat Thailand tu. Tengok jarak dan tempoh perjalanan, pintu sempadan mana yang lebih dekat dengan tempat yang korang nak pergi tu.

Pintu Sempadan dan masa buka dan masa tutup. Ada satu lagi kat Kelantan iaitu Pengkalan Kubor. Sempadan Thailand namanya Tak Bai (Narathiwat)

*(Masa kami pegi dulu (Feb 2015), tak perlu lagi isi borang TM2 dan TM3. Sekarang ni dah kena isi)*

PS: Pengalaman pertama kami road trip ke Hat Yai bersambung dalam entri ini.
thai bermaksud merdeka. ini kerana negara itu antara salah satu negara yang tak pernah dijajah oleh mana2 pihak. ia dimiliki mutlak oleh rakyat mereka sejak awal kewujudan tanah itu

Previous
Next Post »
2 Komentar