Langkah Pencegahan Influenza 2020

Apakah Influenza?


Influenza ialah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza. Sangat mudah berjangkit.

Siapakah golongan yang MUDAH terdedah kepada virus influenza?


1. kanak-kanak
2. Wanita hamil
3. Warga emas
4. Mereka yang mengalami penyakit kronik


Influenza ada musim ke?


Di Malaysia, ia dikategorikan sebagai 'Year-round' kerana ia berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim. 





Jenis-jenis influenza:


Influenza A: 


Boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Berada dalam kategori amat bahaya. Dalam Influenza A pula ada beberapa subtype antaranya H1N1 yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. H1N1 pernah merebak ke seluruh dunia (pandemik) pada 2009 dan 2013.


Influenza B: 


Boleh menjangkiti manusia. Ia selalu berlaku, kurang teruk dan ada masa berbahaya tapi tidak pandemik.

Influenza C: 


Boleh menjangkiti manusia. Jarang berlaku dan bukan endemik (penyakit yang selalu wujud dalam komuniti atau populasi)


Adakah Influenza dan Selesema sama?


Tidak. Influenza bukan Selesema.

Selesema selalunya menyebabkan hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat. Ia jangkitan virus pada saluran pernafasan yang selalunya tak bahaya.

Influenza menjejaskan saluran pernfasan juga, namun ia terjadi lebih cepat dan lebih teruk.

Virus yang menyebabkan influenza tak sama dengan virus yang menyebabkan selesema.


Tanda-tanda Influenza



  • Selesema
  • Demam panas yang berpanjangan dan tidak turun walaupun sudah diberi ubat demam.
  • Sukar bernafas dan bernafas laju
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Letih dan lesu
  • Batuk


Apa perlu buat bila ada tanda-tanda Influenza?



  • Segera ke hospital
  • Request untuk swab test
  • Ikut nasihat doktor dan makan ubat antiviral yang diberi


Langkah Mencegah Influenza



  • Jaga kebersihan seperti kerap cuci tangan
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu/sapu tangan apabila batuk atau bersin
  • Tutup mulut dan hidung dengan topeng muka 
  • Elakkan pergi ke tempat-tempat sesak
  • Elakkan ke tempat awam 
  • Amalkan pemakanan dan diet sihat yang tinggi vitamin c dan antioksidan
  • Tingkatkan sistem pertahanan badan dengan pengambilan suplemen
  • Ambil vaksin influenza di klinik kesihatan swasta


Ikhtiar lindungi diri dan keluarga dengan mengambil suplemen Vitamin C dan Nutriferon untuk kuatkan sistem imun badan.

Vitamin C penting sebagai pelindung untuk lawan segala benda-benda tak elok yang masuk dalam badan kita. Dia berfungsi seperti 'askar' untuk lawan 'musuh' dalam badan kita.

Nutriferon pula sebagai 'loceng' untuk bagi isyarat kecemasan kepada 'askar' (vitamin c) tadi apabila virus dan bakteria mengancam badan kita.









Pengalaman Road Trip Di Singapore

Roadtrip to Singpore. Kali kedua kami masuk ke Singapore pada 2017.



(Entry ni ada short video kami di Singapore dan Legoland Hotel)

Kali pertama semasa tahun 2014. Bersama abang ipar dan isterinya. Suami yang memandu tapi menggunakan keretanya. Untuk kali kedua ni kami pergi hanya berlima. Saya, suami dan 3 orang puteri kami. Masa ni saya sedang mengandungkan anak ke 4. Dan kami menggunakan kereta sendiri. Sudah pasti suami lah yang memandu.

Bagi orang Malaysia yang bekerja di sana atau ada keluarga di sana atau yang selalu keluar masuk Singapore, ia bukan lah suatu perkara luar biasa. Namun, bagi saya dan suami yang jarang-jarang ke luar negara, perasaannya amatlah luar biasa. Apatah lagi memandu sendiri kereta di negara orang.

Jujurnya suami berdebar juga untuk memandu di sana. walaupun ini kali kedua.

Kenapa? Pertama, sudah pasti risau tersesat. Kami hanya berpandu pada Maps.me. Sebab tak ambil mana2 internet. Ya lah kami masuk untuk beberapa jam sahaja kalini. Jadi tak berbaloi pulak nak langgan internet.

Kedua, banyak tempat yang ada kamera di jalan. So nak tak nak kena lah mematuhi had jalan raya yang ditetapkan. kamera ada di mana2 sahaja hehe. Diorang kat sana drive dengan sangat berhemah. slow and steady gitu. tak kira lah kau kereta mahal ke murah ke. takada yang berani langgar peraturan jln raya. Kalau terlanggar, besar juga dendanya.

Apapun, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Just follow the rules dan berhati-hati lah memandu di negara orang. hehe. best tau. dapat rasa pengalaman baru.

Yang menariknya bila roadtrip ni kita dapat lihat kehijauan di sepanjang jalan raya di singapore. tengah2 jalan tu pun ada pokok2 bukan tepi2 je.

sejuk je mata memandang.

okaylah sebelum saya merepek-repek, jom saya kongsikan panduan nak masuk ke Singapore menggunakan kereta sendiri.

Nak masuk ke singapore ada 2 pintu masuk. anda boleh pilih sama ada nak masuk melalui woodlands atau tuas.

Masa first time dulu, kami masuk melalui woodlands

Trip kedua ni kami cuba masuk melalui tuas pula.



okay apa beza woodland dan tuas?

ikut pada pengalaman kami sendiri (suasana pada masa kami pergi. mungkin berbeza jika hari2 lain)

Woodland. masa ni kami masuk pada pagi sabtu. kenderaan banyak juga waktu ni. nak kata jem tak lah jem. tapi beratur juga lah.

Tuas. kami masuk pada tengahari ahad. kenderaan tak banyak. kira tak perlu lah untuk beratur panjang. banyak kaunter. dan rasa lebih selesa di sini.

Tuas ni dekat dengan Nusajaya yang ada lego land, hello kitty land. sebelum masuk ke tuas, ada RnR gelang Patah. Kami singgah sekejap di Petronas Gelang patah nak cari atm. duit singapore dah tukar. cumanya risau tak cukup. so nak standby duit malaysia sket. sbb takde langsung rm dalam wallet. kot tak cukup kat sana, boleh la tukar kat sana kan.

malangnya kat petronas tu takde pulak mesin ATM. klu nak juga katanya kena patah balik ke rnr gelang patah which is 30. kami dah la mmg tgh rushing. sbb balik dari singapore nak check in legolang hotel pukul 4. mata melirik kat jam kereta. dah 11.45. haishh kalau patah balik ni rugi lah masa.

masa tu kami sediakan 100 sgd je. risau pula tak cukup. walaupun misi kami untuk trip ke 2 ni hanya lah untuk makan sup tulang merah sahaja.

dalam dok risau tu hasben cecepat drive . heran juga. nak ke mana ni. rupanya dia nak confirmkan dgn kawan dia yang kerja di singapore. kebetulan dia terjumpa dalam petronas tu tadi. terlupa nak tanya kata dia.

mujurlah kawan dia masih di area petronas tu.

kawan confirmkan cukup katanya dgn 100 sgd tu klu setakat nak pi makan sup tulang merah tu. nak tambah makan murtabak zam2 pun boleh kata dia. tu pun dah termasuk autopass, cashcard/kupon parking kata dia.

haaa kami pun lega. terus gerak ke arah tuas link.


sebelum masuk ke tuas link, kena lalu imigresen malaysia dulu. masa kat sini kita just bagi pasport kat kaunter. tak perlu nak turun. cuma kena turunkan cermin kereta. pegawai dalam tu nak tengok muka sorang2 sama tak macam dalam passport. masa kat sini passport kita hanya di scan sahaja. tak dicop.


selepas tu kita terus drive merentasi jambatan untuk ke tuas checkpoint. masa kat sini pegawai dia akan mintak kita bukak dashboard dan driver kena turun pi bukak bonet kereta. dia nak check. lepas tu bawak kereta terus ke kaunter imigresen.

masa ni kita kena bagi pasport berserta dengan white form. bagi yang belum ada white form, boleh mintak masa ni dan isi masa tu jugak. jangan risau, pegawai akan tunggu dan bagi masa untuk kita isi. lepas tu korang mintak lah lebih sket kad puth ni. supaya nnt kalau pergi lagi boleh la isi siap2 dari malaysia.

macam kami, kami guna yang lebihan masa first trip dulu. so jimatlah masa. masa ni juga cermin kereta kena turunkan. dia nak check sama tak muka org dlm kereta dgn yg dalam pasport tu. macam kami masa balik, ainul dan amirah tidur kat seat belakang, so pegawai dia keluar dari bilik kaunter tu dan dtg tengok kat kereta sendiri. masa ni jugak pasport kita akan dicop. yayyyyyy dapat cop. takdelah kosogn je pasport kan heheeee

selepas setel, dia akan bagi balik pasport beserta dengan keratan white card tu. dia selit dalam pasport. keratan tu kena simpan elok2 sbb nanti masa nak balik diorg akan ambil. klu hilang, masalah jugak nanti.so jaga elok2 ye.

lepas tu bagi kereta yang first time masuk ke singapore, kena beli autopass. kami pun first time bawak kereta sendiri ni. jadi memang kena beli juga autopasss. masa first time dulu, bawak kereta abang ipar. autopass ni satu kereta satu autopass. tak boleh share share sbb no plate kete dah ada dlm kad tu.



beli kat mana autopass?
boleh beli di office dia. selepas setel urusan pasport tu. kita drive ke ofisnya dan parking kat tpt parking. sebelum tu snap la dulu roadtax kereta. dan pergi ke ofis. tak perlu bawak geran kereta atau roadtax. just snap sbb nak kena isi form sket pasal details roadtax tu.



driver je lah yang pergi. penumpang tunggu lah dalam kerta sambil makan kacang. haha

sekejap je urusan ni.  oh ye autopass ni kena bayar 10sgd. masa kat situ dia dah siap charged sgd6. so balance sgd4. nanti bila jumpa mana2 7e dalam singapore kena lah topup. balik nanti nak guna lagi. make sure topup siap2 sebelum sampai checkpoint imi ye. sbb kad tu tak boleh di topup kat imigresen.


apa kegunaan autopass ni?
selain dari pass masuk untuk kenderaan malaysia, autopass guna untuk bayar VEP fee (charge masuk ke singapore untuk org malaysia), charge tol (masa di chechpont imi singaponger) dan ERP (electronic road pricing). ERP ni tol elektronik di tengah2 jalan raya. satu lagi autopass ni boleh juga guna untuk bayar parking kat mana2 tpt parking yang terima autopass.



okay dah setel beli autopass, kami pun terus lah ke tempat yang nak dituju.



untuk mudahkan perjalanan ke tempat yang korang nak pegi dinasihatkan guna gps kalau tak roaming internet. atau guna maps.me

kami takde gps. so kami dowlod siap2 maps.me utk tempat yang kami nak pi di singapore tu. downlod masa kat malaysia lah. sbb bila masuk je singapore, terus tutup data internet.

kami pening sket kalau nak follow signboard dia. sbb jarang kot masuk sini. hehe

suasana hari kami pi tu mendung dan hujan rintik2 lah jugak.



kami tersesat lah jugak. maps.me tu pun macam pening sket. tapi alhamdulillah pusing2 sampai juga ke tempat yang nak dituju

apa lagi

kalau bukan arab street haha.



mengidam nak makan punya pasal. nasib baik hasben sanggup bawak kan. eh sebenarnya nak pecahkan dara. tahun ni mana ada cop pasport lagi. kikikiki

arab street ni terkenal dengan Murtabak Singapore.

makanan halal memang senang nak cari.

cuma cabarannya nak cari parking. mujurlah lepas 2 kali pusing, jumpa juga parking kosong. parking yang disediakan kat tepi jalan. parking tepi jalan ni dia guna sistem kupon. so kena beli kupon
parking.



ada tempat yang guna cashcard macam parking dalam bangunan ke dalam shopping complex ke.

cahscard ni boleh beli di 7E dan di topup pun di situ gak

ok. lepas park kami pun turun lah berjalan ke murtabak zam2 dulu. sbb itu paling dekat dengan tpt parki kami. kat singapore ni mmg susah nak cari park. so nak mudah, park kat arab street dan kita bakar lemak dan kalori. jalan kaki ke tempat2 yg kita nak pergi area2 tu. dekat2 je pun tempat2nya. murtabak zam2 ni berdepan dengan pintu belakang masjid sultan.



kira kena seberang jalan lah kalu nak ke masjid tu.

apa kami makan kat sini?
nasi beriyani ayam sepinggan. sbb budak2 lapar nasik. anisah share dgn amirah. macam biasa nasi beriyani mmg banyak klu sepinggan tu.

saya, ainul dan suami makan murtabak. kami order murtabak kambing 1 dan murtabak ayam 1. saiz regular saja.



tu pun byk jugak rasanya. simpan sket ruang perut utk isi sup tulang merah nanti hehe

air kosong 5. air ni dia isi dalam gelas gambar sprite. haaa korang jgn tertipu tgk gambar ye. dalam gelas tu air koong je tu.

alhamdulillah kenyang. sedap murtabak ayam dia. lain lah dgn murtabak malaysia pnya

hehe. walaupun ada je murtabaz singapore ni kat shah alam, tekak makyong ni tetap nak makan yg kat singapore juga. haha layan kan aje.

selepas setel makan. kami ke masjid sultan. apalagi pi solat la wehh.


dah cantik pun masjid ni. masa datang first trip dulu around 2015, masjid ni tengah renovate. datang kali ni mmg dah siap semua dan cantek sangat dlm dan luar. tiolet dia pun bersih siap ada mat kat lantai tu.


masjid sultan ni masjid bersejarah kat singapore. antara tpt tarikan pelancaong. ramai mat salih dtg melawt masjid ni.



masa tunggu saya dan puteri2 habis solat, hasben bersembang dengan sorang penduduk tempatan. dia bahasakan diri uncle. dia cerita dia dari jurong. datang situ sebab nak belikan seruling bini dia. cucu diorang terpatahkan yang lama tu. modal nak datang 10 dolar. brgnya 1 dolar je. haha demi bini, datanglah jugak katanya

dia tanya hasben datang sini buat apa. hasben cakap datang cari makan hehe

laaa kat malaysiakan banyak dia kata..

haha biasa lah. kat setiap negara tu ada keunikan masing-masing. cewahh

selesai solat, kami terus ke sup tulang merah. kami


Masa ni kami jalan kaki dari Masjid Sultan ke Food Court Beach Road. Misi mencari sup tulang merah pula. Nak bawa kereta macam leceh je. So jalan je lah sambil melalui lorong-lorong bangunan kedai yang cantik ni.

Akhirnya jumpa dah apa yang dicari. tudia jenuh nak habiskan...



Elok je habis makan sup ni.. actually bungkus juga lebihan tu. tak mampu nak habiskan. budak-budak tak makan sangat. kami berdua ja yang makan.

fuhhh... kelamkabut juga balik ke Malaysia. Sebab nak check in hotel legoland pula. Budak0budak dah tak sabar-sabar dah.

Saya share pengalaman kami di Hotel Legoland dalam entry selepas ni ya.

fuhhhh alhamdulillah akhirnya entry ni dapat di publish juga. peram punya lah lama. kejadian di atas semua ni adalah pada 2017. okat sekiannnn haha byeeee ;)

oh ya, jom tengok short video kami di Singapore dan Legoland Hotel


















Perlu Ke Saya Ambil Suplemen dan Vitamin?

Perlu Ke Saya Ambil Suplemen dan Vitamin?
kita tak boleh pilih "aku nak makan vitamin je lah. aku tak nak makan makanan berkhasiat"

tak boleh. tak boleh. tak boleh sebab vitamin bukan pengganti makanan. vitamin atau suplemen ni adalah pelengkap kepada makanan kita yang berkhasiat dan seimbang.

Yang betulnya kita perlu makan makanan berkhasiat yang seimbang dan ambil vitamin sebagai pelengkap.

Tapi kenapa kena ambil vitamin jugak?

Sebab zat makanan kita hari ini dah tak sama macam 10, 20 dan beratus-ratus tahun yang lepas. dah tak sama macam yang tok nenek kita makan. 


kenapa zat makanan kita dah tak sama macam dulu-dulu?

Sekarang ni tanah pertanian kita semakin tak subur.

tak subur kat sini maksudnya nutrien dalam tanah pertanian dah tak sama macam dulu. kenapa pulak?
sebab bila kita bercucuk tanam, tumbuhan tu akan ambil nutrien dari tanah dan bila nutrien dah di ambil oleh tumbuhan tu, nutrien dalam tanah perlu diganti semula.

kalau ikut apa yang orang-orang dulu buat, selepas depa tanam sesuatu tanaman dan dapat hasil, mereka akan tanam tanaman lain pulak bukan tanaman yang sama. tujuannya adalah untuk ganti nutrien dalam tanah tersbut.

contohnya mula tanam padi selepas dah dapat hasil, musim berikutnya depa tanam tembakau pulak. dan bergilir-gilir.

tapi sekarang keperluan pada tanaman ni sangat tinggi sebab populasi penduduk bertambah. macam kita lah kan dah kawen lepas tu dapat anak. jadi kita perlukan makanan yang lebih banyak.

oleh sebab nak memenuhi keperluan makanan yang meningkat ni, teknologi penghasilan makanan dalam pertanian makin menjadikan pertumbuhan cepat dihasilkan. ada yang dah tak tanam kat tanah. guna macam-macam teknologi.

ni bukan main cakap saja. ada jurnal dan ada kajian yang bagitau tanah pertanian kita dah tak macam dulu, zat makanan makin kurang.

Badan kita perlu berdepan dengan macam-macam faktor luar yang nak serang kita

contohnya dulu dulu tak banyak pun gas-gas pelik yang dibebaskan di udara macam kereta bebaskan gas karbon monoksida. dulu tak banyak kilang. dulu payah kot nak jumpa henpon. henpon ni hasilkan radiasi. dan macam-macam lah lagi teknologi yang kita ada sekaranng ni.

benda-benda ni semua bebaskan gas-gas dan radiasi tau. yang mana ia boleh bagi kesan tak baik pada kesihatan badan kita.

sebab tu lah badan kita perlu lebih kebal. perlu lebih banyak tentera untuk jaga sistem imun kita dari daripada dirosakkan oleh radiasi.

dan benda-benda ni jugak akan percepatkan proses badan kita hasilkan radikal bebas.

okay bila cakap pasal radikal bebas ni badan kita memang ada hasilkan radikal bebas secara semulajadi sebab dia adalah by product daripada proses semulajadi badan kita contohnya proses metabolisma dan sebagainya.

dan bestnya Allah Yang Maha Bijaksana ciptakan badan kita secara sendirinya boleh stabilkan radikal bebas. makna kata kita tak perlu pun ambil antioksida macam vivix untuk stabilkan radikal bebas tu. tapi tapi tu kalau radikal bebas dihasilkan sendiri oleh badan kita.

masalahnya harini banyak faktor luar yang jadikan badan kita hasilkan lebih banyak radikal bebas sampaikan sistem imun kita pun tak mampu nak stabilkan radikal bebas tu.

Jadinya kita perlu sangat bantuan daripada suplemen/vitamin.

suplemen bukan pengganti makanan
suplemen juga bukan ubat
suplemen adalah keperluan yang badan kita perlu untuk memenuhi lompong-lompong nutrisi yang kita dah ambil dari makanan kita


Dr Bruce Miller kata, asas kesihatan yang baik ada 5

1. Makanan seimbang
kita perlu makan makanan seimbang. tak boleh lah kita kata "takpa lah tak makan makanan seimbang pun, aku dah makan berbotol-botol vitamin."

nehi nehi. tak boleh macam tu adik sayang.

walaupun makan vitamin, kita wajib makan makanan seimbang.

2. Bersenam
tak boleh jugak kata "aku dah makan vitamin, so aku dah tak perlu bersenam bagai ni.

nehi nehi say lagutu, sebab bersenam adalah keperluan badan kita.

3. Kesihatan Rohani. Spiritual kita. Dalaman kita
ini kira apa amalan kita. macam mana kita bergantung kepada Tuhan. Dan semua ni termasuk dalan tiang-tiang kehidupan yang sihat.

4. Kehidupan Social dan Bermasyarakat
Walau kita rasa kita ni introvert, kita sebenarnya tak boleh hidup sorang-sorang. bila kita bersocial kita jadi lebih sihat sebenarnya. kita jumpa orang lain tak kira lah kan secara online atau offline. Dalam Islam pun galakkan kita bersilaturrrahim. Faedah dia untuk kita pun banyak. Buka pintu rezeki. Dan dari segi kesihatan dan psikologi, bersocial salah satu cara hidup lebih sihat.

5. Pengambilan suplemen
Kalau dulu mungkin kita rasa macam tak perlu kot aku ambik suplemen. aku makan nasi, sayur, ikan, ayam semua. Tapi sekarang ni suplemen dah jadi satu KEPERLUAN. Dan vitamin BUKAN PILIHAN. Makanan seimbang tu memang semua orang perlu makan yang seimbang. perlu makan real food. tapi tak cukup lagi nutrien dalam makanan tu. Itu lah sebabnya kita perlu tambah dengan vitamin/suplemen untuk kesihatan yang optimum (yang menyeluruh).

bukan nak sihat sekarang je. tapi nak sihat berpanjangan supaya kita boleh bekerja dengan tenang dan dapat beribadah dengan tenang.

semoga umur kita bukan sekadar panjang tapi panjang umur dalam kesihatan yang baik.

jadi untuk itu kita perlu usaha untuk jadi lebih sihat dan jaga kesihatan dari hari ini.

sebabnya banyak penyakit-penyakit kronik yang dapat harini berpunca dari badan kita yang tak cukup nutrisi.

Jadinya kalau anda perlukan vitamin/suplemen, hubungi lah saya untuk konsultasi percuma. alhamdulillah dah 9 tahun Tuhan bagi peluang saya amalkan suplemen. Saya pun nak anda juga sama-sama amalkan suplemen dalam usaha kita jaga amanah badan yang Tuhan bagi kita pinjam ni.


Salam sayang,

Ija Ramli
0135150155

Perlukah Pasrah Dalam Hidup Especially Bila Berniaga?



Hari Ahad lepas kami suami isteri join seminar mcc. anak-anak termasuk baby 11bulan kami mintak tolong kawan jaga beserta upah. tak sedap pulak rasa kalau nak tinggal macam tu je kan.

alhamdulillah si baby tu tak meragam. masa saya tinggalkan pun dia tak nangis. selalunya dia melekat dengan saya. kalau kat rumah, abah dia ambik pun dia taknak.

Allahuakbar. Sungguh syukurnya Ya Allah. Nak tinggalkan baby tu yang paling saya risau sangat. sebab tak biasa kan.

Dan lagi merisaukan badan dia start rasa suam2 pagi tu.
Saya hampir-hampir tak pergi.

Tapi memandangkan saya yakin akan dapat sesuatu dari seminar harini yang saya perlukan sebagai bisnes leader, saya kuatkan semangat jugak. Masa ni memang serahkan kembali masalah pada Allah. Dan mohon doa Allah mudahkan lancarkan urusan kami untuk ke mcc.

apa cabaran say sebelum pergi mcc?


Nak cerita kejadian sebelum tu panjang sebenarnya. haha

okay lah saya pendekkan cerita.

Baby saya direct feeding (menyusu badan tak pakai botol dan tak pernah campur susu tepung lagi). dan saya kerja dari rumah. so memang tak buat lah stok susu.

jadi masa dapat tau ada seminar mcc tu saya fikir dua tiga kali gak sebelum buat keputusan. kenapa? sebab no kids/baby allowed. maknanya tak boleh bawak baby dan kanak2.

kalau dah biasa tinggal kat pengasuh/taska tak apa lah jugak kan. tapi ni memang melekat ja dengan saya. 

Hasben saya pada tarikh seminar tu dia dah ambik job sebagai videographer untuk event lain. 

so macam mana?

hati saya nak sangat2 pi untuk grow kan lagi bisnes saya. saya takmau jadikan alasan aku tak boleh pi sebab tak boleh bawak anak.

saya percaya Allah tu Maha Baik.

Pasti ada jalannya. 

memang saya redah je. sblm daftar saya tanya Allah (monolog dan ngadu lah apa masalah kita), mtk izin suami dan last saya tanya kawan boleh tak tlg jaga kan anak2.

syukur, dia sudi tolong jagakan.

setel satu problem.

bila nak tggl baby yg menyusu direct ni for sure kena pam susu sket kan untuk stok dia minum masa tinggalkan dia.

mulanya saya kata ok lah sebulan lagi ada masa utk pam. last2 2 hari sebelum mcc baru saya pam. haha adoi. sabar je lah. (ok saya akui salah saya)

dapat 5 oz je.

masa ni memang saya doa sangat mudahan cukuplah susu tu untuk dia. Memandangkan dia dah start makan solid food so kuranglah risau tu. 

oh ya seminggu sebelum mcc, hasben bagitau job dia ditukar ke hari sebelum mcc tu. So dah alang2 macam tu saya pun tanya dia nak join sekali tak mcc. dan dia nak join. Kiranya dapatlah kami dating berdua (hihi. nanti saya cerita dalam entry lain kisah ni ya).

ok sambung balik..malam sebelum mcc, saya plan nak siapkan baju anak2 lah sebelum tidur. tapi baby nanges nak tdo. so saya tidurkan dia dulu. ingat nak bangun lah kan selepas baby tdo. alamak aihh terbabas pulak saya. pukul 4.30 pagi baru terjaga.

masa ni baju tak keringkan lagi kat dobi (lately kami keringkan baju dlm dryer terus kat kedai dobi). masaak bubur baby pun tak lagi. baju pun tak siap lagi,

ahahaha memang kelam kabut lah kan.

mula pegi masukkan baju dlm dryer. lepas tu balik masak bubur baby. solat jap. lepastu cukup 30 minit pegi ambik baju yg kering tadi. balik sambung masak bubur baby. siapkan baju dan barang2 nak tinggalkan kat pengasuh.

budak2 sibbaik diorg mudah bangun haritu. siap mandi sendiri semua.

baby pulak badan dia suam so dia tidur lama. kakak bising pun dia tak jaga.

masa ni lah saya dah nampak hikmah nape badan dia suam2.

zasss zasss zasss siap semua..tengok jam dah pukul 7.33 pagi. alamak aihh nak ke rumah kawan tu sejam jugak perjalanan. nak ke shaklee hq kat sunway geo dari rumah kawan tu pun dalam sejam. hasben kata expected kita sampai ni pukul 10 pagi.

Allah..
kelas start pukul 9 pagi.

dalam hati saya mintak sangat2 kat Allah Ya Allah ko bagi lah aku dapat sampai sebelum kelas start. aku nak sangat dengar speaker pertama tu. dia cakap pasal RAS.

sambil saya selawat. berkali2 jugak saya doa.

cuba sehabis baik untuk bertenang time ni.
.
.
.
syukur perjalanan masa tu lancar. takde jem apa bagai.

sampai kat rumah kawan, bagi baby kat kawan pun mudah je. baby tak nanges. elok pulak dia nak dengan kawan tue.

masa tinggal pun ok je. tak nanges.

alhamdulillah syukur sangat.

lepas tu saya dan hasben pun terus ke mcc. perjalanan pun smooth.

tak sangka 9.03 minit kami sampai (hampir sejam awal dari expected). masa tu pengacara baru nak start bukak mulut.

masyaAllah..sempat jugak sampai sebelum speaker pertama cakap.

Allah
Allah
Allah
...dengan izin dan rahmatNya!
.
.
.
Dari kisah ni saya muhasabah balik dalam journey saya dalam bisnes dan life saya. 

1/ Semua orang Allah bagi benda yang sama iaitu MASALAH. Yang membezakan kita apa yang kita buat dengan masalah tu. 

2/ Kalau kita ada kemahuan dan kesungguhan, datanglah apa pun cabaran ujian masalah tetap kita redah dengan SERAH SEPENUHNYA PADA ALLAH.

3/ Serah bukan maknanya kita pasrah. “Pasrah tak de rezeki aku lah kali ni. next time lah.”

bukan, bukan macam tu.

Pasrah bukan redho. Pasrah tu putus asa.

Sebagai muslim kita tak boleh putus asa. harapan tetap ada dan sentiasa ada. 

Tak ada pasrah dalam kehidupan seorang muslim. Kita kena fight sampai habis. Kita kena fight sampai jadi. 

kita nak, kita serah pada Allah then kita cuba sedaya upaya apa patut kita buat, ada cabaran pun, ada ‘cicak’ dok cakap macam2 dalam diri kita pun kita tetap teruskan buat, teruskan fight dan kita serah semula pada Allah.

Allah ikut persangkaan hambaNya.
Kita pilih kita nak macam mana.
Kita design kehidupan kita.
Pastinya dengan petunjuk dariNYA.

Jangan pasrah. Terus fight sampai Jadi. 

With Love, 
KakJaJa
Mentor Bisnes Shaklee 
Pengedar Shaklee Nombor 1 Malaysia

Cara Cepat Hilangkan Jerawat Dengan 3 Produk

"Saya nak hilangkan jerawat dengan cepat tapi tak berapa rajin nak tempek segala macam"

Ya, ada masa kita akan rasa macam tu. betul tak. rasa macam aku nak guna paling banyak 3 benda je.

Nak nak masa tu jerawat tengah naik. Mood pun tengah tak ok. Mula lah rasa tak yakin dengan penampilan diri.

Ok ok jangan risau, KakJa nak kongsikan dengan korang 3 produk yang boleh bantu hilangkan jerawat dengan cepat. Mudah je. But janji tau amalkan setiap hari. Baru nampak kesannya.

Macam kawan kita dalam gambar kat bawah tu. Dia ada masalah jerawat naik kat dahi. Jerawat merah penuh atas dahi. Selepas je dia amalkan 3 produk tu alhamdulillah clear jerawat. Licin elok dahi jadinya.





Apa yang dia guna?


1. Cleanser Youth
2. Skin Perfecting Toner Youth
3. Vitamin C shaklee

Nampak kan beza dia?


Okay sebelum tu apa punca jerawat ni?


Jerawat mudah sangat nak naik bila kita dah cuci muka dengan betul-betul cuci. Lagi-lagi kita yang pakai mekap ni. Penting sangat untuk cuci mekap dulu kemudian cuci lagi sekali muka sebersih-bersihnya.

Yang keduanya ramai yang ambil ringan soal toner. Toner ni sangat penting sebab antara kerja dia adalah kecilkan liang pori-pori. Sebab masa cuci muka tadi liang pori kita terbuka. So kalau tak tutup dengan toner, kulit muka keluar lebih banyak minyak dan tersumbat.

Dan toner ni kira tolong bersihkan lagi saki baki mekap, kotoran dan minyak di celah-celah liang pori muka kita. Jadi kulit muka akan betul-betul bersih. Jerawat pun susah nak timbul.

Ketiga, jerawat terjadi disebabkan oleh radikal bebas contoh macam kulit kita terdedah pada udara kotor (asap kenderaan, asap rokok).

Berbalik pada cara hilangkan jerawat dengan cepat guna pencuci muka youth, toner youth dan vitamin c. macam mana 3 produk ni bertindak?


Luminious gel oil cleanser (pencuci muka youth)

Gel oil cleanser ni bukan sekadar pencuci muka. kan dia ada gel dan oil. Oil bantu bersihkan dan lembapkan kulit kita. Gel dia bertindak sebagai pembersih ataupun mekap remover.

Dan dia tak berbuih. Pencuci jenis tak berbuih ni dia best sebab dia tak buat kulit kita cekang selepas cuci. in fact kulit kita rasa lebih lembut. and of course FRESH.

Kalau kulit korang jenis kering ataupun jenis campur kering dan berminyak, yesss cleanser Youth ni memang untuk korang. Dia tak keringkan kulit malah seimbangkan kelembapan kulit kita. Yang mana dia seimbangkan PH kulit kita. Maksudnya  korang boleh rasa kulit korang lembap dan lembut je tau.

Korang jenis kulit normal? Yess of course sangat sesuai jugak.

Pendek kata cleanser youth ni sesusai untuk semua jenis kulit.

Bonus lagi, pencuci muka youth ni dia bantu keluarkan sel-sel kulit mati sebab dia ada ekstrak alga.

So dalam kes jerawat ni dia akan deep cleansing segala kotoran dari dalam liang pori kita. Dan dia bagi sekali vitamin dan polifenol (antioksidan) ke kulit muka kita.

Antioksidan ni dia akan baiki kulit dan neutral kan radikal bebas pada kulit kita.

Satu lagi polifenol ni dia bertindak sebagai antiradang. Kan jerawat bila jadi merah-merah maknanya kulit dah alami keradangan.

 Jadi pencuci muka dan toner youth ni dapat juga bantu hilangkan radang pada tempat jerawat tu.

Skin Perfecting Toner (Toner Youth/Penyegar)

Macam yang kita tau toner akan kecilkan liang pori kita.

Kan tadi masa cuci muka guna pencuci muka youth, liang pori kita terbuka?

so step kedua ni lah kita perlu masukkan  segala mak nenek vitamin ke dalam kulit muka kita. (Yup betul dalam Toner Youth ni ada vitamin dan polifenol sama macam dalam cleanser tadi. Dan ada ekstrak alga jugak)

Jadi bila kita pakai toner kira kita buat double cleansing.

Serius boleh nampak tau kat kapas ada hitam-hitam (if masih ada kotoran) bila kita apply toner Youth guna kapas.

Maknanya bila dah double cleanse dan double antioksidan masuk dalam kulit muka kita, peluang untuk hialngkan jerawat tu lebih cepat dan berkesan lah.

Sustained Released Vitamin C Shaklee

Siapa nak kulit cantik mesti ambil vitamin c ni.

Vitamin c bantu hasilkan kolagen pada kulit muka kita (kajian cakap semakin umur bertambah semakin kurang mampu badan kita untuk hasilkan kolagen dengan sendirinya).

Vitamin C jugak bantu kecutkan jerawat dengan cepat.

Dan tingkatkan sel pertahanan (imuniti) kulit kita daripada bakteria dan kuman. Jadi jerawat tak sempat nak jadi makin teruk sampai tahap bernanah.

okay saya berminat nak dapatkan 3 produk hilangkan jerawat dengan cepat ni. Macam mana caranya?


Boleh dapatkan terus dari shaklee dengan picit link "Saya Nak Dapatkan Produk Hilangkan Jerawat Secara Terus Dari Shaklee". Pembayaran boleh dibuat melalui debit kad/kredit kad. Penghantaran melalui GDEX/Citylink.

Atau

Korang boleh hubungi KakJa untuk dapatkan 3 produk ni. Untuk Whatsapp/SMS/Call picit 0135150155. KakJa akan uruskan order korang. Penghantaran secara pos.

Nak COD pun boleh area Puncak Alam, UITM Puncak Alam, Saujana Utama, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, TTDI KL, Menara TM Dan Bangsar.

Jom order sekarang. Hilangkan jerawat korang dengan cepat dan selamat.


KakJa
Pengedar Shaklee Nombor 1 Malaysia,
013 5150155






















Bisnes Reward: Staycation di Bilik Suite St. Regis, Kuala Lumpur

"ayang...abang nak claim bisnes reward yang kita dapat tu."

suami KakJa mulakan perbualan malam tu.

Dengar je perkataan staycation, terus cerah mata. haha. padahal dah mengantuk sangat masa tu.

"bila bang? eh jap reward yang mana tah?"

KakJa blur blur pulak

"weekend ni lah. ala yang dapat staycation 2 hari satu malam kat St. Regis Kuala Lumpur tu," jawab suami KakJa

"ohhh ahaa okay okay.. weekend ni free je."

Ya Allah tak sabar nya. nak-nak lagi St. Regis, hotel 5 bintang yang terkenal kat KL."

Dah jadi kegemaran kami untuk staycation kat mana-mana hotel sekitar KL dan Selangor.

Oh ya bisnes reward ni kami dapat dari team besar shaklee kami. tak sangka sebenarnya.

...

akhirnya hari yang ditunggu pun sampai. Mulanya KakJa ingat bilik biasa je. Bila masa bukak pintu bilik tu Ya Allah terkesima..besar sungguh bilik. Dapat Bilik Suite rupanya.

Syukur Ya Allah.

Allah Maha Baik.

Jom layan video yang hasben KakJa buat ni.




Love,
KakJa
Mentor Bisnes Shaklee Anda



Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah Dan Selamat

Satu benda yang kita sebagai orang perempuan ni tak berapa suka ialah bila ada jerawat kat muka.
walaupun secoet baru nak timbul tu. betul ke betul?

Jerawat ni sangat lah mengganggu emosi dan buatkan kita jadi kurang yakin pada penampilan diri kita.

Lagi-lagi kalau kerja kita jenis yang kena berhadapan dengan orang. macam cikgu, doktor, engineer, usahawan.

Jadi bagaimana kita nak hilangkan jerawat tu? Dan paling penting macam mana nak cegah ia dari timbul sesuka hati dia je?

Okay sebelum tu jom kita baca dulu punca-punca jerawat.

PUNCA-PUNCA BIASA JERAWAT


Biasanya jerawat terjadi apabila kalenjar minyak di pori-pori kulit kita hasilkan sebum secara berlebihan. Minyak yang lebih tu akan menyumbat pori-pori. Ada bakteria nama dia P. Acnes akan membiak dlam folikel liang roma kita.


Pengeluaran sebum berlebihan ini pula disebabkan oleh beberapa faktor seperti
1. Hormon tak stabil
2. Persekitaran yang tak sihat


CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN MUDAH


Cara paling mudah untuk kita wanita sibuk adalah dengan amalkan rutin penjagaan kulit muka. bagi yang tak biasa mungkin akan rasa malasnya nak cuci muka. Tapi cuba bayangkan hasil yang anda dapat bila anda tengok kat cermin, kulit muka anda flawless tanpa jerawat. Kan ke berbaloi tu.




Bila dah sampai seru nak guna skincare, pilihlah skincare yang anda tau apa bahan-bahannya, ada kajian ke tak dan dari segi keberkesanan adakah sekadar experience pengguna atau pun ada clinical proven.




Kurangkan makanan yang berminyak. Bukan apa salah satu faktor jerawat naik ni adalah pemakanan kita juga.




Kurangkan minuman manis. Sedapkan air dalam gambar ni? tapi cubalah had kan pengambilan.




Banyakkan minum air kosong.



Banyakkan makan sayur dan buah.



APA SKINCARE YANG SELAMAT DAN BERKESAN UNTUK HILANGKAN JERAWAT


Kalau tanya KakJa, for sure KakJa cadangkan YOUTH SKINCARE. Sebab KakJa dah guna dan dah rasa sendiri kesannya.



Nampak jelas kan jerawat Puan Adilah makin berkurang dan kulit nampak lebih sihat dan berseri.


Skincare Youth ni ada 3 jenis.

1. SET ASAS YOUTH.
Dalam set ni ada pencuci muka (cleanser), toner, pelembap siang with spf50 (mosturizer) dan juga krim malam.

2. SET MEMPERBAHARUI DAN MENGEKALKAN YOUTH
Dalam set ni ada pencuci muka (cleanser), toner, pelembap siang with spf50 (mosturizer), serum dan juga krim malam.

3. SET RAWATAN INSTENSIF DAN PEMULIHAN YOUTH
Dalam set ni ada pencuci muka (cleanser), toner, pelembap siang with spf50 (mosturizer), serum, radiance c + e dan juga krim malam.

Jika anda ada masalah jerawat dan nak hilangkannya, hubungi KakJa ya. Kita sembang lebih lanjut dalam whatsapp. Nak call pun boleh. Mudahan dapat membantu selesaikan masalah jerawat anda.


KakJa,
0135150155























Bisnes Networking Terbaik 2018 untuk Orang Yang Sibuk

Weekend lepas KakJa sempat pergi belajar ilmu bahasa rahsia. Bagi KakJa ilmu ni penting sangat lah untuk usahawan online dan offline. Ya lah kan kita sebagai usahawan perlu tau macam mana nak 'tackle' bakal pembeli. Macam KakJa sebagai leader perlu juga supaya dapat motivate team bisnes dengan cara yang lebih efektif.



Dalam kelas bahasa rahsia ni Trainer kongsikan macam mana kita nak bercakap ikut personaliti orang tersebut. Secara asasnya ada 4 jenis personaliti yang dikategorikan pada 4 jenis warna. ahaaa. apa warnanya dan apa ciri2 personaliti setiap warna tu? Panjang sangat kalau cerita kat sini. So KakJa kongsi dengan lebih lanjut dalam group ekslusif team Jayzra.

Kalau nak tau, whatsapp KakJa ya.

Selepas habis kelas, KakJa jumpa biz partner team Jayzra. Sembang punya sembang ehh dah sejam rupanya. Bukan sembang kosong tau. Sembang berisi. kakja bagi personal coaching tentang blog, cara nak manage masa antara kerja hakiki dan kerja biz.

Sebab bisnes partner kakja ni Lawyer, dia buat part time mengajar jugak dan of kos buat biz shaklee jugak. Dan dia ni emak ada 3 anak kecil. Supermak betul ni. Tabik spring lah KakJa dengan dia. uolss yang di kedah kalau nak buat biz shaklee atau beli produk shaklee ke contactlah dia ye. free konsultasi.

Ok sebenarnya ramai geng business Shaklee daripada golongan professional. Ada Cikgu, Engineer, Pegawai IT, Nurse, Lawyer, Pharmacist, Dietitian dan Doktor pun ada tau. Ya diorang ni masih bekerja tapi dalam masa diorang buat bisnes shaklee. Kenapa diaorang buat itu kena tanya diorang sebab masing-masing ada big why masing-masing.

Yang pastinya Shaklee Business adalah Network Business yang ada sistem dan proven success with real people anda real success.

Ia sesuai untuk semua golongan.

Mungkin anda suka buat bisnes secara offline. Ya boleh!
Mungkin anda suka berniaga secara online dari rumah dan di mana sahaja. Ya boleh!

Kalau Saya Buat Bisnes Shaklee, Apa Yang Saya Dapat?


Anda suka TOLONG ORANG?

Dengan bonus shaklee anda boleh bagi sumbangan kepada yang memerlukan. Anda boleh sedekah, boelh infaq, boleh bagi kepada mak dan ayah setiap bulan, boleh sponsor mak dan ayah menunaikan umrah dan haji, boleh bayar zakat setiap bulan. Pendek kata boleh memberi tanpa kacau duit gaji kerja hakiki.




Anda suka TRAVEL?

Dengan income shaklee anda boleh travel ke mana sahaja anda nak. Dan yang paling best anda boleh fight untuk dapatkan FREE TRIP Shaklee. Bukan calang-calang, 5 stars!



Anda suka RUMAH DAN KERETA?

Ya anda boleh fight untuk dapatkan BONUS KERETA dalam bentuk cash. Boleh beli kereta yang anda nak. Atau yang nak beli rumah boleh gunakan statement bonus shaklee untuk gabungkan dengan slip gaji kerja tetap. Yesss bonus statement Shaklee ni laku tau kat bank. Lagi cun kalau sepanjang 6 bulan konsisten cantik je bonus yang masuk.



Anda suka PRODUK YANG ADA KAJIAN DARI SAINTIS?

Okay seppp sikit. Kita geng. KakJa jatuh cinta dengan Shaklee sebab ni lah. Kita nak berniaga biarlah produk tu bukan sekadar bagi manfaat pada pengguna. Tapi juga produk yang dihasilkan tu ada kajian saintis. Macam Shaklee ada Landmark Study. Dari pihak ketiga bukan Shaklee buat sendiri. So tak ada bias kat sini.






Dan produk-produk shaklee disokong oleh 125 research paper. Setiap bahan baru akan diuji dulu untuk mengesan lebih 350 bahan-bahan tercemar yang bahaya. Shaklee juga telah melabur $250 Juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.


Nak semua? Yess dengan bisnes Shaklee anda berpeluang dapat semua tu dengan syarat anda betul-betul MAHU dan USAHA untuk dapatkannya.


Love,
KakJa
Mentor Bisnes Shaklee Anda
0135150155