Tempat Makan Best di Selangor

Makan oh makan. Ada siapa-siapa yang tak suka makan ke? Hehe.. Sesekali kita mesti nak pergi makan kat luar dengan suasana yang berbeza dari rumah, betul?

Lagi-lagi surirumah macam saya ni. Mesti lah bosan asyik makan masakan sendiri je. Nak juga merasa air tangan chef-chef di restoran. Makanya sempena hari cuti yang lepas saya telah berkumpul dengan anak cucu shaklee saya di salah satu tempat makan yang best di Selangor iaitu Jeram.

Perjalanan ke Jeram kalau dari Puncak Alam hanya mengambil masa 20 minit jika melalui jalan short cut atau jalan belakang. Kita akan melalui rumah-rumah lot jika melalui jalan belakang ni. Seronok sebab dapat jamu mata dengan rumah-rumah yang sangat cantik dan besar tu. Jika dari KL, perjalanan memakan masa selama 1 jam - 1 jam 30 minit mengikut kelajuan kereta anda.

Ada pelbagai restoran ikan bakar di Jeram. Kami memilih Aroma Ikan Bakar, Jeram. Kami dah cuba untuk beberapa kali dan berpuas hati dengan makanan dan layanan mereka. Tapi bab sambal belacan dan air asam semestinya tak boleh lawan Perlismade. hehe..mulut orang perlis macam ni lah.

Sebenarnya kami plan untuk gathering bersama ahli iMumtazRich Family. Walaubagaimana pun yang dapat hadir hanya dua keluarga sahaja. Oh ya, dalam group kami memang mesra keluarga. Maknanya yang hadir bukan mak dan ayah je, tapi dengan anak-anak juga.

Okay lah jom layan gambar dulu.

Sementara nak tunggu makanan yang dipesan sampai, kami jalan-jalan kat tepi pantai dulu. Kebetulan waktu tu air surut. Terjumpa dengan seorang kakak yang sedang mencari siput. Siput tu kecik-kecik je. Sedap katanya kalau dimasak. Tak terambil pula gambar close up siput tu.

cari siput

Yeayy...makanan dah sampai. Alhamdulillah sangat menyelerakan. Saya yang tengah taip entry ni pun terbau-bau ikan siakap masak sweet and sour. Rasa nak pergi sekarang je...haha.
Tengah tunggu makanan sampai..contoh pondok bamboo, charge rm20
 Antara makanan yang kami order hari tu ialah ikan bakar, ikan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, kerang bakar, butter prawn, sayur kailan ikan masin dan ketam masak cili pedas.
antara makanan yang kami order, ada lagi yang belum sampai

 Sesi potong kek untuk anak teruna kak nana, asyraf. Gembira betul dia.

birthday boy
Selesai menjamu selera, anak-anak kami bermain-main pasir sebentar. Kami pula duduk santai kekenyangan di pondok baung.

anak-anak main pasir

Buat pengetahuan pembaca, ada tiga jenis tempat untuk makan di sini.
1. Kerusi dan meja makan macam kat kedai biasa
2. Saung (dalam pondok ada meja jepun dan duduk bersila, kecil..muat untuk 5-6 orang)
3. Bamboo (dalam pondok ada meja jepun dan duduk bersila, besar..muat untuk 12 orang)

Kami ambil pondok bamboo sebab lebih selesa untuk anak-anak kecil. Mak dan ayah pun boleh lah makan puas-puas..hehe.

meja dan kerusi biasa

Pondok Saung, charge rm10
Pondok Bamboo, charge rm20

Sebelum pulang, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar di hadapan tempat kami makan iaiti pondok bamboo. Terima kasih kak nana pemilik villavitaminibu.blogspot.com dan kak wani pemillik boutiquevitamin.blogspot.com dan suami kerana sudi meluangkan masa bersama kami.


kami pengedar shaklee


Kalau tak pernah ke sana, boleh ikut panduan ni untuk cara nak ke Jeram.

Alamat:

Aroma Ikan Bakar
Batu 19, Jalan Pantai Jeram, Jeram, Kuala Selangor.
017-3163117 / 019-2084452

Tips:

1. Kalau tak nak bersesak dengan orang ramai, atau tak mau tunggu lama untuk makanan siap, sila datang awal atau buat tempahan. Kami selalu pergi pukul 2 atau 3 petang pada hari sabtu atau ahad. Tak ramai lagi masa tu.

2. Nak bersantai-santai di pondok saung atau bamboo? Kena la datang awal atau pun amalkan law of attraction. Hehe..like attract like. Pondok saung dan baung tidak boleh di book terlebih awal. Siapa yang cepat dia dapat.


Ija Ramli
Pengedar Sah Shaklee
id: 868451
013 5150155



Previous
Next Post »
0 Komentar