Pentingnya Vitamin Ibu Mengandung Supaya Ibu Bertenaga dan Sihat

"Saya sedang mengandung, perlu ke saya makan vitamin?'

Ya, ibu yang hamil perlukan vitamin dan nutrien secukupnya. Sebab badan kita tak boleh hasilkan vitamin sendiri. Jadi kita perlukan vitamin dari apa yang kita makan. Kecuali vitamin D, kita boleh dapat dari cahaya matahari (antara pukul 7 pagi -9 pagi).

Kalau pergi buat checkup bulanan di klinik pun doktor akan bagi vitamin tambahan. betul tak? Penting sangat untuk ibu dan bayi.


Apakah Vitamin dan Nutrien untuk Pregnancy Mom?


Sebelum tu jom tengok video KakJa. Video ni KakJa rekod masa mengandungkan anak ke 4. Masa ni 5 bulan pregnant. Yang pasti waktu ni tak pakai skincare Youth lagi tau. 




ZAT BESI

Bila dah bergelar ibu hamil, darah akan dipam dengan lebih banyak ke seluruh badan. Yang mana kandungan darah akan menjadi 50% dari biasa. Dan zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Apa yang terjadi kalau kurang? Ibu akan mengalami anemia. Anemia semasa hamil sangat bahaya kepada kandungan dan ibu sendiri.

BCOMPLEX

Untuk tumbesaran bayi yang sempurna, ibu memerlukan 8 nutrien dalam B Complex terutamanya Asid Folik. Ia penting untuk pemeliharaan sel darah merah dan sistem saraf.

Pengambilan asid folik yang mencukupi telah terbukti dapat mengurangkan risiko wanita daripada melahirkan bayi yang mengalami kecacatan otak atau saraf tunjang.1*

VITAMIN C

Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi. Tapi saya dah makan zat besi. Jadi masih perlu ke makan vitamin c? Ya perlu sebab walaupun ibu dah makan zat besi, tapi tanpa Vitamin C, ibu tetap berisiko untuk dapat anemia.

KALSIUM

Ibu hamil yang kurang kalsium berisiko untuk rasa sakit tulang belakang dan cramp (kejang otot). Ini disebabkan badan kurang kalsium. Tulang dan otot yang akan paling rasa sakit.

MINYAK IKAN

Minyak ikan penting untuk kesihatan otak dan sebagai asid lemak perlu. Yang mana fungsi asid lemak perlu ni untuk tindakbalas hormon. Dan badan tak boleh hasilkan asid lemak perlu.


PROTEIN

Protein adalah blok asas binaan sel-sel badan kita. Dan protein antara nutrisi yang penting untuk ibu hamil. Seeloknya ibu ambil protein tumbuhan seperti protein soya lebih kerap dari protein haiwan. Sebab protein soya bantu kurangkan kolestrol dalam darah.



Rujukan:
1. Folic acid to reduce neonatal mortality from neural tube disorders, Hannah Blencowe et al, International Journal of Epidemiology 2010;39:i110–i121 doi:10.1093/ije/dyq028



Love,
Ija Ramli
Pengedar Shaklee No 1 Malaysia
013 5150155










Previous
Next Post »
0 Komentar