Cara Kurangkan Rasa Penat, Letih dan Lesu Untuk Ibu Mengandung

Anda ibu hamil dan mudah rasa letih, penat dan lesu? Bila tengok cermin, muka nampak pucat je.



Saya pun dulu masa mengandung macam tu lah juga. Lagi-lagi bila mengandungkan anak ke empat. Letih dia memang tak boleh bawa bincang. Penat sangat. Kalau malam tu memang selalu tidur awal lah.

Sebenarnya cepat rasa letih dan muka nampak pucat ini adalah tanda-tanda kekurangan vitamin. Waktu kita hamil, isipadu darah kita meningkat dan penghasilan darah merah kita akan bertambah.

Jadi kita perlukan nutrisi yang cukup contoh zat besi, vitamin B. Bagi ibu yang cepat letih, selalunya badan tak cukup nutrisi untuk penghasilan sel darah.

Sel darah merah dalam badan ibu mengandungi hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh badan ibu. Jika tahap hemoglobin ibu rendah, ibu boleh mengalami anemia dan kurang bertenaga. Itu yang jadi cepat letih.

Jadi, ibu perlu ambil vitamin untuk memastikan sel darah merah dalam badan ibu mengandung sentiasa kekal 11.0 dan ke atas.

Sebab kalau hemoglobin iaitu darah merah makin menurun, jadi masa tu lah ibu mengandung mula akan rasa penat, letih dan lesu. Baru jalan dua, tiga langkah dah rasa mengah.

Ada seorang doktor cerita, ada ibu hamil yang sangat kurang darah merah dia dan doktor terpaksa masukkan (transfuse) darah yang lain sebab kalau bacaan hemoglobin kurang 6.0 memang dia dah tak larat sebab baby pun akan ambil vitamin daripada ibu.

Jadi apa vitamin yang elok dimakan masa mengandung ni?

Ibu elok ambil vitamin paling asas iaitu vitamin B yang ada asid folik, zat besi, vitamin c dan paling terbaik ambil multivitamin.

Jika ibu nak tau dengan lebih lanjut tentang vitamin-vitamin ibu mengandung, jenis apa yang terbaik, macam mana cara nak makan, ibu boleh hubungi Ija di 013 5150155.

Ija akan share secara lanjut dan ibu berpeluang masuk ke Group Support Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu. Dalam group tu Ija dan team kongsikan info-info lanjut tentang mengandung, berpantang dan menyusu.

Hubungi Ija di 013 5150155

Previous
Next Post »
0 Komentar