3 Tips Kekal Bersemangat dan Motivated Dalam Bisnes

Macam mana nak stay motivated atau bersemangat tinggi dalam bisnes yang kita buat?





1. Tanya diri, aku berada di Comfort Zone atau Survival Zone?


Untuk orang bisnes sangat penting untuk tentukan kita berada dia zon mana. Yang menentukan dimana kita ialah minda kita.

Kalau kita jatuh sebab mind kita.

Kalau kita naik pun sebab mind kita.

Mind kita kena betul-betul kuat.

Apa maksud comfort mode atau zon selesa untuk orang bisnes?

Kalau u orang bisnes dan berada dalam comfort mode maksudnya mind u masih fikir yang u ada backup plan.

contohnya, u kerja makan gaji full time dan as part time u buat bisnes.

So u tau u perform atau tak perform dalam bisnes, dapat capai target ke tak dapat ke u tetap akan dapat gaji full time u kan?

ataupun u housewife dan shaklee ni jadi u punya fulltime, tapi kalau u tak capai target bisnes pun u tau hasben u boleh bagi income kat u dan kat anak-anak u.

dua situasi ni menunjukkan u masih ada dalam comfort mode.

Bila mind u fikir u masih ada backup plan..

ala takpe lah aku tak naik rank pun bulan ni, tak dapat bonus banyak..aku still ada gaji.

ala takpe lah aku buat slow-slow je bisnes ni, tak reti buat sales pun tak pe lah..nanti hujung bulan hasben aku boleh je bagi duit.

what worst can happen?

ahhaaa. bila u punya mind ada fikiran what worst can happen, ia akan menyebabkan everything SHUT DOWN.

tak ada momentum
tak ada semangat
tak ada motivation

dan korang akan senang down dalam bisnes ni

sebabnya korang dah set kat mind korang, kalau ada apa2 berlaku dalam bisnes pun u still dapat gaji, hasben u still dapat support and bagi duit kat u. kalau belum kawen, parent boleh support

Kiranya mind u ada backup plan. maksudnya mind u dah prepare untuk u tak berjaya dalam bisnes ni. so automatik motivation tu hilang, tak ada benda yang boleh push u dan tak ada momentum langsung.

lawan comfort mode ni ialah survival mode.

survival mode ni maksudnya u tak ada backup plan langsung. u tak ada gaji tetap, hasben u tak boleh support u, parent tak boleh support u

dan u tau

diri u sendiri je yang bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan u.

Kiranya kalau u tak buat betul-betul memang tak ada lah income.

so automatik, u akan ada momentum, semangat juang u tinggi untuk capai target u.

Jadinya u kena set kan mind u untuk berada dalam survival mode walaupun u sebenarnya memang ada gaji tetap atau hasben memang bagi duit bulanan dekat u.

Macam ija sendiri, Ija dulu pernah kerja sebagai lecturer.. gaji basic terakhir RM2600.

Lepas tu Ija resign dan jadi surirumah sepenuh masa dan hasben yang bayar segala komitmen, duit bulanan pun dia bagi.

tapi bila Ija dpat tau pasal shaklee dan ija nampak peluang bisnes shaklee ni tersangat lah besar dan jauh mengatasi gaji masa ija kerja dulu.

So Ija tau yang Ija nak join buat bisnes shaklee ni sebab Ija tau Ija boleh dapat banyak sangat dengan shaklee

boleh dapat cash bonus
boleh dapat untung jualan runcit
boleh dapat car bonus
boleh pergi bercuti percuma'

so ija tau ija memang nak berjaya dalam bisnes shaklee ni

dan memang ija sukakan cabaran.
ija akan pulun sungguh-sungguh kalau ija under pressure

dan ija suka ambil risiko hahaa

berbaloi wehh.. cuma nya awal-awal tu memang macam namatey la kan

haha tapi hasil dia berbaloi beb

So macam mana Ija tukar mindset di comfort zone ke survival zone?

Ija sendiri jelas apa yang Ija nak, lepastu Ija ambil tanggungjawab untuk bayar beberapa komitmen yang sepatutnya hasben bayar. Dan bila nak beli apa-apa yang teringin Ija akan pastikan guna duit sendiri bukan duit hasben.

Kiranya Ija besarkan impian-impian Ija.

Boleh je sebenarnya nak mintak duit suami, tapi Ija lebih suka hasilkan duit sendiri. Boleh shopping guna duit sendiri. Ija tak suka susahkan suami.

So nak tak nak u kena tukar mindset u di comfort zone ke survival zone.

Sebab bila u kat survival zone, mind u akan bagitau u yang u kena buat apa saja yang u patut buat untuk u capai target u. tak kira macam mana pun mesti hit the target. sebab u memang tak ada backup plan kan.

Ini yang akan membuatkan u sangat motivated tau. Sebab tak ada backup plan, so nak tak nak u kena pulun sampai capai target u. Kalau tak capai no money lah

So u kena cari cara macam mana nak convert dari comfort zone ke survival zone. lain orang lain caranya. kalau u sama macam ija, boleh la follow. hehe

2. Jelas dengan Passion dan Purpose


Passion maksudnya apa yang kita nak buat.
Purpose pula apa yang Tuhan nak kita buat (apa sepatutnya kita buat)

Setiap orang mesti ada passion masing-masing kan. Apa yang u nak buat dalam hidup. U kena jelas apa yang u nak. Bila u jelas dengan apa yang u nak, baru mudah nak kekal fokus, sentiasa motivated dan bersemangat tinggi dalam bisnes.

Dan u juga perlu tau apa yang Tuhan nak u buat.

Contoh, Allah suka kita tolong orang. Bantu orang. Dan kita buat bisnes pun niat nak bantu orang.

Kalau dalam bisnes network marketing, kita ada downline untuk kita tolong.

Kita bertanggungjawab untuk bantu dia naikkan taraf hidup dia. Itu pun kalau dia sendiri nak di bantu lah. Kalau dia pun tak nak berubah, kita tak boleh jugak nak tolong.


3. Ada Support System


Support sistem sangat sangat penting dalam kita nak kekal bersemangat, kekal motivated.
Sebabnya kita manusia biasa, so mesti ada up dan down kan.

Jadi benda yang boleh bantu kita kekal motivated ialah support sistem kita. Siapa support sistem kita? Itu lah dia pasangan kita, parent kita, orang2 yang kita sayang, upline kita, mentor kita.

macam Ija, support sistem ija.. suami, parent dan upline Ija (Master Lyna Noh).

Dan suami Ija merupakan tulang belakang Ija. Apa-apa kejayaan yang Ija buat setakat ni, ada dia di belakang Ija. Walaupun begitu dia tetap di hadapanku menjadi Imamku (cewahhhh)

Contoh masa Ija rank up rank Coordinator dalam Shaklee, hasben Ija lah supporter utama.

Masa dapat capai target Car Bonus pun ramai yang kata ehh senangnya dapat. Actually sepanjang perjalanan nak capai Car Bonus tu ada je Ija down, cuma Ija tak cerita lah kat public kan.

Ija akan pergi kat suami dan bagitau kenapa Ija down, rasa tak boleh nak capai target. Ada masa tu Ija akan contact upline, cerita kat upline.

Sangat penting u mintak tolong kat support sistem u untuk support u di saat u down.

Sebab bila banyak sangat dalam fikiran kita ni dan kita tak luahkan, lepastu tak ada orang tolong kita..u memang akan down dan susah nak bangkit balik.

macam Ija kalau Ija rasa macam mustahil lah nak capai target bulan ni, Ija cakap kat hasben... bang, boleh ke ni nak capai target.. hsben akan cakap...boleh punya lah. boleh tu... lepas tu Ija whatsapp pula kat upline..upline pun cakap boleh.. lepastu mintak parent doakan.

actually kita sendiri pun tau yang kita boleh buat kalau sungguh2 buat.

tapi itu lah fikiran kita ni perlukan kata-kata semangat dari support sistem so that kita tau ada orang percaya yang kita boleh capai target tu.

Sedangkan orang lain boleh percaya kat kita, so takkan diri kita sendiri tak percaya kat diri kita kan?

So bila u rasa down, luahkan kepada your support sistem. Jangan simpan sorang-sorang. Bila simpan sorang-sorang jadi down sampai tak bangkit bangkit dah. Sebab bercakap dengan diri sendiri je kan..

"betul ke apa aku buat ni?"
"boleh ke aku capai target ni?"
"aku takut la tak capai target sebab aku tak konsisten"

Macam-macam lah kan kita akan cakap. Self-talk tu actually bagus kalau positif.  Kalau negatif tu yang tak bagus. Dah la kita tengah negatif, lepastu cakap pula negatif.

Sebab tu penting luahkan pada orang yang positif supaya yang masuk kat kita nanti positif juga. Mula dengan kita akan merima perasaan kita, kelemahan kita, lepastu support sistem ni akan masukkan kata-kata positif, so akan jadi kembali motivated.

Okay, so kesimpulannya untuk kekal motivated u kena ubah mindset u masuk ke survival zone, u kena jelas dengan u punya passion dan purpose dan u kena ada support sistem yang kuat.

insyaAllah u follow 3 tips ni sungguh, u pasti capai target u.

ok bai.

Jumpa lagi dalam next blogpost :)

Ija Ramli,
Shaklee Business Leader and Mentor,









Previous
Next Post »
0 Komentar