Tips Urus Masa Bisnes Untuk Mak Yang Ada Anak

Dalam entry kali ni KakJa nak share cara urus masa khas untuk mak mak buat bisnes teruatama untuk yang ada anak kecil.
Zaman sekarang ni work at home mom (WAHM) itu perkara biasa.
WAHM ni pula tak semestinya buat bisnes dari rumah. ada yang bekerja full time dan memang memilih untuk bekerja dari rumah.
Jadi dalam sharing kali ni KakJa nak fokuskan kepada WAHM yang buat bisnes dari rumah. Sebab KakJa sendiri pun mak yang buat DUIT TAMBAHAN dari rumah 🙂
Tapi kalau awak buat bisnes sebagai part time pun boleh follow cara yang kakja nak share ni juga.

Tips Urus Masa Berbisnes Untuk Mak Yang Ada Anak



Cabaran yang kita selalu hadapi adalah tak ada masa khas untuk fokus urusan bisnes. betul?
Sebabnya kita tak dapat nak bahagikan masa sebaiknya antara kerja bisnes, urusan anak-anak, urusan rumah, suami dan sebagainya.
So macam mana?
First bila kita dah decide nak buat duit lebih, maknanya untuk permulaan kita kena kerja lebih.
boleh nak dapat pasif income tu tapi selepas kita dah berjaya bagi pasif impact pada orang lain.
Macam macam mana pun kena tanam dalam minda kita, macam mana sibuk pun hari kita, kita tetap kena buat aktiviti bisnes.
Sediakan masa untuk aktiviti bisnes. Terpulang pada masing-masing nak pagi ke malam. Macam KakJa suka fokus aktiviti bisnes waktu pagi.
Kecuali kalau kena buat kelas online malam, kakja akan sediakan masa untuk malam tu.
Pendek kata, perlu ada jadual. Siapkan jadual dalam sebulan tu apa aktiviti bisnes yang kita kena buat.
Buat hari-hari. jadikan rutin. walaupun hanya 1 jam setiap hari. tapi jika buat hari-hari, usaha yang kita buat tu akan terkumpul dan bila kita tengok semula kita  akan rasa semakin motivated nak buat lagi dan lagi.
Cuba lah buat.
by the way kakja ada juga share dalam bentuk video kat atas tu. Jemput tengok ya. Subscribe lah juga channel kakja tu 🙂
Terima Kasih
Jika ada nak sembang-sembang, jom hubungi kakja di 0135150155
Dan kalau awak ada cara awak, jom lah kongsi kat bahagian komen 🙂
Previous
Next Post »
0 Komentar