Simpan sini buat kenangan. Alhamdulillah. Selepas berkali2 fikir perlu join atau tak program ni, akhirnya dengan izin Allah, aku daftarkan diri dalam program ITQAAN.
ITQAAN ni program mastery under RUHI.
aku mula kenal dengan ruhi ni melalui mentor biz aku, mami lyna noh.
ruhi ni diasaskan oleh Puan Rabiatul Adawiyah. aku panggil dia cikgu Adda. fb dia ..
Masa ramadhan haritu mami lyna noh buat program ihya ramdhan. dia jemput cikgu adda ni utk share ttg makna al fatihah untuk setiap perkataan.
sejam je. bukan sekadar makna. cara penceritaan cikgu Adda tu yg simple tapi sampai tu yg buat aku jatuh hati dengan ruhi.
then masa cikgu adda offer kelas bahasa arab solat, aku tak tergerak pulak nak daftar.
belum ready lagi agaknya.
sampailah Ogos haritu aku ternampak lagi sekali kelas solat cikgu Adda ni.
kalini rasa nakkkk sangat join.
aku ajak biz partner aku.
dia pun setuju.
kami join lah sama2.
MasyaAllah best sangat.
lebih dari yang aku sangka kan.
Start dengan niat, sampai lah ke salam.
Allahuakbar, sungguh yg ni yg aku tercari2 sebelum ni.
puzzle semakin tercantum.
dan selepas tu aku join pulak kelas lanjutan. makin terungkai. makin jelas.
MasyaAllah.
Terima kasih Ya Allah hadirkan puan guru.
dapat join secara percuma kelas pengajian kitab tentang adab dengan Al-Quran.
lagi jelas.
taktau nak cerita macam mana.
dan sekarang aku sambung lagi journey ni , aku join mastery program pula.
sungguh, dapat rasa kelaianan tu.
tak mampu nak cerita panjang. mungkin belum masanya.
korang pun join lah jika terasa nak join.
Bila Allah bagi rasa/ilham itu TANDA Allah nak bagi.
Mudahan usaha kecil ni diberkati Allah.
0 Komentar