Menabung dan Abah

Tengok gambar ni teringat kat abah dan mak di kampung. mereka ni lah yg selalu ingatkan saya untuk menabung sejak dari kecil. 



tabung pertama tabung yg bentuk menara tabung haji tu..


balik dari sekolah masukkan baki dalam tabung ni..kadang 20 sen je baki. pun masukkan jugak. tak sabar tunggu dia penuh. bila penuh, keluarkan and mula kira. syok tak sangga. 


bila dah penuh, abah lah yang akan pergi masukkan dalam bank. 


balik dari bank, abah tunjukkan buku bank. 


seronok sangat tengok jumlah makin bertambah.


bila musim raya, dapat duit raya pun ada portion yg masuk tabung.


kadang2 suka simpan duit kertas dalam buku (adeh pecah rahsia😆)


begitulah sampai sekolah menengah & uni.


5 tahun selepas saya kawen, abah serahkan buku bank saya yg dia pegang sejak saya sekolah rendah. akaun tu memang khas untuk saving. 


dia pesan, guna lah sebaiknya. 


bila saya tengok MashaAllah.. terkejut.


tak sangka sebanyak tu.


rupanya abah pun tolong simpankan😭. betapa abah&mak susah payah berjimat utk anak2. 


tapi tulah kalau tak urus duit sebaiknya, simpanan yg banyak pun boleh habis sekelip mata.


sungguh, money management sgt penting. bukan sekadar tau tapi praktikkan jugak.


ingatan utk diri sendiri sebenarnya.


dan saving pun perlu juga. nak saving ada banyak cara. buat part time biz, jadi dropship ke.


Kalau ada kawan2 yang masih belum ada saving, it's never too late. 


Saya tau ada org kata yg kita tak payah susah2 sediakan simpanan. Tuhan kan ada. 


hehe.. tak kesah lah.cuma apa2 jadi jangan susahkan orang. 


Selagi boleh, kita bersiap sedia supaya kita self-sufficient. Yang lain2 tu kita serah kat Allah.

Previous
Next Post »
0 Komentar