Cara pilih vitamin. Saya pilih yang saya yakin vitamin itu vitamin semulajadi.
dan pilih lah yang paling KOS EFEKTIF.
satu lagi dari segi dos, ambiklah yg 500mg atau 1000mg.
Sebab ini dos yang efektif untuk sel imun kuat berperang. Kalau ambil 60mg sehari je, kesianlah mereka tak cukup supply, sebab banyak tu hanya cukup untuk kegunaan biasa harian semua sel badan. Bukan sel darah putih je.
Lagi satu, vitamin C tidak disimpan dalam badan. Lebih buang. Jadi perlu diambil setiap hari, insyaAllah selamat tidak berlebihan.
satu lagi dari segi bahan.
Ada yang ascorbic acid sahaja. Ada yang tambah bioflavonoids, hesperidin, rose hip, curcumin, macam-macam ekstrak lagilah. Semua ini diambil kira penting untuk vitamin C bertindak lebih efisyen. Sebab vitamin C ni sangatlah fragile sifatnya, ambil dia sorang cepat je musnah. Bioflavonoids contohnya bantu fungsi vitamin C ni.
Ingat yang kita ambil, tak semestinya banyak tu yang sampai ke sel imun. Ini kita panggil bioavailability.
Ambil 1000mg tapi kalau tak berkualiti, silap haribulan 200mg je yg sampai, 800mg terbuang begitu sahaja.
Jika ada masalah alergik buahan sitrus, atau perut sensitif juga wajib baca other ingredients ini. Vitamin yang berkualiti biasanya ambil kira semua faktor ini. Sebab mereka dah lama berpengalaman hasilkan vitamin. Begitupun, masih juga ada yang tak sesuai. Kena cuba dulu.
Satu lagi, cara serapan.
Bukan semua yang kita ambil, mampu diserap oleh badan sekaligus. Untuk vitamin C, usus hanya ambil sekitar +- 100mg sahaja dalam satu masa, bergantung kuantiti protein pengangkut.
Sebab itulah Allah ciptakan kepekatan vitamin C dalam buah-buahan paling tinggi pun 200++mg sahaja.
Biasanya tak sampai 100mg pun. Itu sunnatullah.
Makanya pakar nutrisi cadangkan ambil lima hidangan buah/ sayur sehari secara berkala, bukan ambil banyak serentak. Jadi cukuplah untuk keperluan seharian.
Di pasaran, ada vitamin C bercirikan time-released, buffered vitamin C atau sustained release.
Ini bermaksud dos yang diambil dilepaskan secara berperingkat setiap jam mengikut kadar serapan efektif usus kita.
Semuanya ini bertujuan untuk memaksimakan serapan dos, tanpa perlu kita telan vitamin setiap sejam sekali, tanpa banyak yang terbuang begitu sahaja dalam urin.
Kadar serapan biasanya lebih tinggi ketika jangkitan aktif. Beza ketika kita sihat walafiat muda remaja.
Jadi bolehlah ambil lebih ketika sakit, ketika terdedah pelbagai ancaman. Sebab sel darah putih perlukan lebih, depa kumpul banyak-banyak untuk supply aktiviti melawan dan membersihkan 'kesan peperangan'.
Cantik dah Allah aturkan. Kita tolong supply sahaja.
Apa apapun carilah yang ada bukti selamat diamalkan jangka panjang. Tak rosakkan perut, buah pinggang atau otak. Lebih parah kalau ada bahan berbahaya yang boleh sebabkan kanser.
Macam saya, saya amalkan vitamin c shaklee...dah hampir 10 tahun pun. alhamdulillah
Jika anda perlukan Vitamin C Shaklee, boleh hubungi Ija 0135150155
0 Komentar