Teori Penuaan

2 Teori Penuaan>>

Usia bertambah, adakah seiring dengan penuaan? Tahukah anda bahawa penuaan bukanlah semata-mata bermaksud usia yang lanjut. Walaupun usia meningkat namun tidak mustahil untuk kita kekal muda.
Mari kita lihat teori-teori tentang penuaan.
Teori 1: Genetik atau DNA
menyatakan bahawa kita dilahirkan dengan pelan perangkaan tersendiri bahawa semua orang akan menghadapi perubahan pada fizikal dan mental, seiring dengan peningkatan usia.
namun penemuan terbaru tentang DNA menemui bahawa DNA dipengaruhi oleh diet, toksin, gaya hidup, alam sekitar dan mindset.


Teori Penuaan #2: Radikal Bebas
Dibangunkan pada tahun 1950-an, ia menyatakan bahawa penuaan adalah disebabkan oleh pengumpulan radikal bebas - molekul yang kehilangan elektron dan menjadi tidak stabil, lalu menyerang molekul lain untuk 'mencuri' elektron darinya. Ia menghasilkan kesan domino bila aktiviti 'pencurian' ini terus berantaian!
Radikal bebas adalah biproduk dari aktiviti kehidupan kita... Dari pernafasan, pembakaran glukos, terdedah kepada bahan kimia, dan bersenam. Namun tubuh kita ada mekanisma untuk menstabilkannya semula.
Tapi dengan keadaan semasa seperti pendedahan terhadap asap, radiasi, stress, bahan kimia dan sebagainya, menyebabkan penghasilan radikal bebas menjadi lebih cepat sehingga tubuh kita tak dapat lagi menampungnya.
Apabila banyak sel yang tak stabil, dan tidak dapat distabilkan, ia mula mengalami kematian pramatang, lalu menyebabkan berlakunya penuaan.
Previous
Next Post »
0 Komentar