Review Dan Feedback Projek BlogMega Shaklee 1.0

Ija terus grab peluang apabila Master Norita dan Master Salwa buka penyertaan Projek BlogMega Shaklee 1.0 awal Febuary lepas. Kenapa peluang? 

Sebab lain semangat bila buat beramai-ramai. Lagipun projek BlogMega ini bukan projek biasa-biasa. Ia lebih kepada teknik untuk kita pasak blog kita dalam google. 





Review dan Feedback

Bila blog kita dah dikenali google, baru lah senang orang nak jumpa blog kita. dan barulah akan berlaku proses jual beli.  

Kalau pun belum dapat hasil, jangan terus mengalah sebab pemasaran blog memang mengambil masa. Teruskan menulis dengan niat nak berkongsi ilmu dan pengalaman yang kita ada. Mudah-mudahan jadi saham akhirat buat kita nanti. 

Bagi Ija projek blogmega adalah salah satu teknik halimunan yang bantu Ija dan team berkongsi tentang pengalaman kami tentang nutrisi, vitamin, suplemen dan juga business network marketing.

Ini lah peluang kita untuk dikenali oleh strangers. Ini lah juga salah satu rahsia macam mana ija dan team dapat customer dan new team member dari seluruh Malaysia.

Yang bestnya anak-anak team yang ada blog sebelum ini pun turut terkesan. Siap dapat ahli baru dari Sarawak yang beli Daily Health Set. 

oh ya dalam projek blogmega kami ada sparring partner. Sparring partner yang betul sangat penting untuk kita sama-sama bergerak. 

Bayangkan kalau kita buat sorang-sorang, tak siap on time pun takpa, bertanggung-tangguh pun takpa sebab ia hanya melibatkan diri kita saja. 

Tapi kalau ada sparring partner, kita bertanggungjawab atas dia, dia pun bertanggungjawab atas kita. maksudnya kalau kita belum siap update blog tapi dia dah siap update, task kita tetap dikira belum siap. 

Jadi dia akan sentiasa ingatkan kita dah buat ke belum dah buat ke belum sampai lah kita tak ada alasan untuk tak update blog pada hari itu. haa bestkan? 

last but not least, apa yang ija rasa best tentang projek blogmega 1.0 ini ialah kita dapat berukhuwah dengan sidelines2 dalam team besar. Allah suka apabila kita bersilaturrahim. Antara kunci pembuka rezeki. 

Jom tengok apa kata kawan-kawan ija tentang projek megablog 1.0 














Seronok kan baca feedback kawan-kawan yang join projek blog mega 1.0. 

Apa yang ija nampak, ramai yang excited bila buat secara berjemaah. Lain aura dia.

Memang kita boleh ja buat sorang-sorang. Tapi tu lah kadang-kadang mudah kelaut. 

Ramai juga yang bagi feedback kekuatan mereka adalah menulis. Rasa feel alive bila menulis. 

Betul, di Facebook pun kita boleh menulis. Cumanya kalau di blog ni lebih tersusun dan mudah nak cari semula entry yang kita nak reshare kepada prospek, customer dan juga downline. 

Lagi pula blogging ni salah satu cara marketing yang evergreen. Tak rugi menulis. selain dapat bantu sel-sel otak kita bersambung (supaya tak nyanyuk di usia tua), kita pun dapat bagi manfaat kepada pembaca. 

Lepastu hadiah pun dapat. Apa yang tak bestnya kan?

Macam Ija haritu dapat hadiah Nutriferon. Walaupun hadiah-hadiah ni bukan target utama kita join projek megablog, tapi kalau dah dapat tu Ya Allah happy la mak. hhihihi

So kalau tanya ija nak join lagi tak projek megablog shaklee 2.0, mesti lah jawapan ija 
NAK :)

why why why ija?

Kenapa Nak Join Projek BlogMega Shaklee 2.0?


Sebab macam yang ija tulis sebelum ni, projek mega blog ni untuk long term dan evergreen. 

Memang agak susah nak duplicate kepada anak-anak team. tapi kalau betul-betul dapat yang berminat dan suka menulis, tak salah kalau jadikan blogging ni salah satu cara recruit new member dan buat sales untuk bisnes online. 

based on my observation, team member yang mulakan bisnes shaklee dengan blogging lebih setia dengan produk dan bisnes shaklee.

Walaupun mungkin di pertengahan jalan mereka berehat sekejap, tapi disebabkan tapak yang mereka bina (blog) dah kukuh dan masih dapat customer dari blog, mereka akan sambung semula perjuangan dalam shaklee business. 

Paling tidak pun mereka akan terus makan produk shaklee. 

Sebab orang yang buat blog ni terpaksa rajin membaca. Apabila kita rajin membaca, kita akan setia menggunakan produk shaklee dan teruskan membina organisasi kita sendiri dalam shaklee.

Pendek kata trust atau kepercayaan mereka terhadap produk dan bisnes lebih kuat. 

Last but not least, kenapa ija nak join projek blogmega shaklee 2.0 ialah sebab projek blogmega bukan biasa-biasa. 

Bukan projek menulis blog sahaja, ia adalah projek melibatkan SEO. Kalau nak buat sendiri ni memang makan masa. Nak belajar lagi, nak fahamkan lagi. 

Tapi projek blogmega shaklee ada pakar yang bantu kita apply teknik-teknik seo untuk blog kita. Teknik yang digunakan pula perlu dibuat secara berjemaah atau berkumpulan. 

Jadi, mesti kena ambil peluang join PROJEK BLOGMEGA SHAKLEE 2.0 :) lets jom. 


Previous
Next Post »
0 Komentar