Kalau anda tengah mencari tips travel bersama anak-anak, jemput baca entry ni sampai habis ya.
Ija mama anak 4 dan Ija bersedia untuk bantu anda.
Ok Jom!
Ija dah 14 tahun kahwin dan tahun pertama kahwin alhamdulillah direzekikan anak pertama. Jadi setakat ni dah 14 tahun lah travel bersama dengan anak-anak.
Pernah travel naik kereta, naik ETS dan naik kapal terbang.
Jadi untuk entry kali ini Ija akan share travel tips berdasarkan pengalaman Ija yang seciput ni. Semoga bermanfaat untuk mama, ibu, mak dan mommy semua.
#1: Travel Adalah Satu Kemahiran yang Perlukan Latihan
Kita mulakan dengan travel tempat-tempat dalam negeri dulu. Contohnya, tinggal kat KL, so boleh pergi travel ke Pusat Sains Negara. Nampak macam ehh dekat je kot. Tapi bila kita travel dengan anak-anak, walaupun dekat ia bukan sesuatu yang mudah nak handle. Lagi-lagi kalau bawak baby. kena bawak bag susu dia, baju spare, pampers, mainan.
Lepastu boleh try travel ke luar negeri pulak. Contoh pergi Melaka unutk weekend gate-away
Dan seterusnya boleh try travel luar negara.
Try road-trip sebelum travel guna flight untuk perjalanan yang lebih jauh.
#2: Kita Sentiasa Akan Ada Rasa Tak Ready Lagi. So Just Go
Mak mak ni memang akan ada perasaan macam ni. Itu tak cukup ini tak cukup. Anak kecil lagi ni, tak boleh pergi mana-mana lagi lah, nanti anak tak selesa lah dan macam-macam lagi.
Ija tak pernah lagi jumpa mak mak yang dah semua lengkap baru nak travel. Semua sama je macam kita. Kesusahan dan kerisauan nak travel ni memang akan ada. Sangat-sangat berbaloi kalau kita enjoy je travel kita tu.
#3: Pergi Tempat yang Anak Teringin Nak Pergi
Ni kalau kes anak dah besar lah. Dia ada certain tempat yang dia nak pergi. Contoh tertengok iklan legoland. So dia nak pergi. Bila dia sendiri yang nak pergi tempat tu selalunya dia akan hadap juga kesusahan masa travel ni. Ini pun boleh dikira sebagai latihan travel untuk dia juga.
#4: Cukupkan Keperluan Anak-anak Sebelum dan Semasa Travel
Bagi diorang makan siap-siap. Biar kenyang. Bawa bekal makanan apa-apa yang diorang suka. Masa travel boleh juga bawa mainan, buku aktiviti atau buku bacaan atau apa-apa yang boleh buat diorang leka.
#5: Bawa Ubat dan Vitamin
Ubat biasanya ubat demam. Krim dan minyak yang biasa guna. Ija akan bawa juga vitamin yang diorang selalu makan contoh macam gummy hero kiddo. Yang jenis gummy ni senang sebab boleh kunyah-kunyah masa travel.
Cukup dulu 5 TIPS TRAVEL ni ya. Ija share selebihnya dalam next entry nanti. Boleh juga baca pengalaman Ija road trip ke Thailand dan Singapore di SINI
0 Komentar