Aktifkan organ dan rangsang minda anak secara Stimulatheraphy | Pengedar Sah Vitamin Shaklee

Alhamdulillah ija sangat bersyukur dipertemukan dengan Pusat Kesihatan Stimulatheraphy Shah Alam. Bermula dengan ternampak di facebook rakan ija yang menghantar anaknya ke stimula terapi ini telah mencetus dan mengerakkan hati untuk mencuba rawatan ini kepada anak sulang ija.

Pada mulanya anak sulung saya ni agak sukar untuk membuang najis dan juga mempunyai sedikit masalah dengan percakapan walaupun dah berumur 5 tahun. Risau di hati siapalah tahu nekad untuk mencuba rawatan alternatif lain mempertemukan ija disini. Kebetulan pula nama owner dan juga pengamal stimula ni kak ija sama dengan ija. (panggilan jelah hehe)

Mula-mula sampai sini jenuh nak mencari banner punyalah 'besar' heheh. Pusat terapi ni di kawasan rumah orang, bukan di bangunan ye. Kat bawah ni banner dia.



Progress anak-anak sekarang ni alhamdulillah sangat memberangsangkan. Anisah yang sulung pun dah start lancar percakapan nya. Najis pun dah lawas. Menurut kata kak ija. sebenarnya punca percakapan tak terus atau pun lambat adalah akibat dari saluran najis yang tak elok. Tanpa sedar rupanya bila anak kita susah berak dia nak cakap pun lambat dan ambik masa sedikit dari kanak-kanak lain. Anda perasan?

Oleh kerana itu ija teruskan untuk anak kedua dan ketiga. Sebab lebih baik kita buat dari awal daripada nanti barulah nak cari kat mana nak buat last-last salahkan anak apesal lambat cakap apesal berak susah dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan semua banyak lagi program dan pakej yang ditawarkan oleh pusat ni. Owner dia pula sangat lah friendly orang-orang yang datang ke pusat stimula terapi ni juga sangat friendly dan macam family pula rasanya dan kebanyakkan yang datang ni anak-anak yang mengalami cereberal palsy child iatu penyakit berkaitan dengan saraf.

Bila tengok anak-anak orang lain yang bersungguh-sungguh untuk datang dari jauh penang kedah dan negeri lain hanya sebab nak anak sihat semula dan boleh berjalan, tersentuh hati ija. Syukur alhamdulillah anak kita masih normal dan sihat.



Ini anak sulung ija semasa Stimulatheraphy ini dijalankan, kak ija ni urut satu badan dan tekan-tekan tempat yang bermasalah. Suka betul dia datang sini. Kalau tanya "Anisah nak pegi urut tak? " laju je jawab nak pegi urut.

Lepas urut time balik bley nyanyi-nyanyi lagu frozen plak "let it go let it goooo"

Kat bawah ni gambar adik dia amirah. Mula-mula nak suh urut bukan main lagi bergayut kat ija. Tapi dah kali kedua dan seterusnya lepas je akak dia urut terus bukan baju baring tanpa disuruh. Hehehe



Kat bawah ni ija ada ambik gambar sikit sekitar rumah pusat Stimulatheraphy ni.



Sekarang ni teknik ni dah diluluskan oleh KKM dan ada juga sesetengah hospital mempunyai bilik rawatan stimula ini. So tak risau lah ianya lulus ke tak 

Sorilah ye brochure dia tak nampak sangat. Hari dah malam so gegar sikit handphone jadi blur pulak 



Pusat terapi ni tutup hari Isnin. Hari selasa sampai ahad dia bukak sampai 10 malam. Tapi kalau ada minggu tu datang awal la sikit sebab ramai orang. Kalau nak contact je kak ija seperti dibawah 


Alamat Penuh dan contact Number

Al Muqmin Therapi (Pn Ija) 
No 29 Jalan Tun Teja 35/25, 
Canting Alam Impian, 
40480 Shah Alam Selangor 
No HP: 012-913 7266 


Ni Ija bersama owner dia kak ija juga. hehehe yang kecik ni pun kena stimula juga. Sekali dengan bapak dengan mama dia pun sama. Ija pun pernah cuba sendiri terapi ni dan alhamdulillah bandan pun ringan.

Selepas terapi ni Ija masih lagi bagi anak-anak mealshake dan juga omega untuk sentiasa memastikan perkembangan meraka ditahap yang maksima. 

Nak baca tentang Mealshake? KLIK SINI 
Nak baca tentang Omega Guard? KLIK SINI 

jika anda ingin Membuat Tempahan Vitamin Sekarang? Hubungi


Call/Whatsapp/SMS 013-5150155Ija Ramli (Shaklee Id : 868451)
Pengedar Sah Vitamin Shaklee secara COD/Pos di Semenanjung Malaysia Termasuk Sabah & Sarawak

Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Susah membuang najis pun salah satu lambat bercakap ye? thanks for info :)

Balas