Alhamdulillah terima kasih pada Kakak Ipar saya atau gelaran mesranya Mak Teh kerana sudi untuk jaga anak sulung dan yang kedua kami. Kami cuma bawak yang kecik sekali kerana masih menyusu.
Cuaca sangat cantik pada pagi tu, langit pun biru, parking yang besar dan selesa. Kami sampai di MAEPS dalam lebih kurang pukul 830. Setelah register kami dibekalkan satu beg yang mengandungi buku program, buku untuk tulis beg little caliph yang cantik, air botol, cupcake dan buku pama dan juga tag tangan untuk memastikan hanya peserta sahaja yang masuk ke seminar ini.
Bilik seminar ni lokasi dia kat tingkat 2, so kena naik escalator ke atas.
Waktu kitaorang dah sampai tu program dah start dah. Perempuan dan lelaki diasingkan dalam seminar ni. So terpaksa berpisah dengan suami untuk semenatara.
Slot 1 : Kesepi Kenggulan Generasi Al-Quran oleh Ustaz Dr Zahazan. Di bawah ni tentatif program untuk Seminar.
Masa
|
Program
|
8.00 pagi
|
Ketibaan peserta
Pendaftaran
|
8.30 pagi
|
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International
|
8.45 pagi
|
Slot 1: Resipi Keunggulan Generasi Al-Quran
Ustaz Dr. Zahazan Mohamed (Pengarah Urusan Telaga Biru)
|
10.00 pagi
|
Slot 2: Know Your Child and Their Potential to Success
Pn. Hajah Sabariah Faridah Jamaluddin (Pengasas The Little Caliphs Program)
|
11.15 pagi
|
Slot 3: Tips dan Panduan Menyediakan Anak Menjadi Hafiz Al-Quran
Dr. Mohd Shafie Md Amin Al-Muqri (Pengasas Kaedah Al-Huffaz)
|
12.30 t/hari
|
Rehat (makan tengahari disediakan) dan Solat Zohor
|
2.30 petang
|
Persembahan teater Sultan Muhammad Al Fateh oleh Pelajar IISSA (Integrated Islamic School Shah Alam)
|
3.15 petang
|
Forum: Menghidupkan Suasana Islam di Rumah
Panelis:Haji Roslan Nordin (Pengasas The Little Caliphs Program)Ust Ebit Lew (Pakar Motivasi)Maulana Tahir Al-Mazhiri
Moderator:
Amin Idris |
5.00 petang
|
Sesi penutup
|
5.30 petang
|
Solat Asar
Bersurai
|
Dalam ceramah Ustaz Zahazan saya dapat satu ilmu iaitu doa, satu doa daripada Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam kepada Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu(khadam nabi). Sangat berkat doa yang dipinta oleh kekasih Allah ini. Boleh cuba salin doa itu atau print kan sahaja dan terus selalu amalkan.
Kesan daripada doa tersebut, Allah telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri:
“Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”
Subhanallah!
Doa khusus Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam kepada Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu :
Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
Mengikut catatan (, Anas memang kaya, mempunyai ramai anak (120 orang), umur ketika wafat 104 tahun dan meriwayatkan 2200 hadith Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam
Break sekejap tengah hari dan diteruskan dengan Forum bertajuk Menghidupkan Suasana Islam dirumah.
Ada satu ayat yang terkesan pada saya.
"Sebenarnya bahagia dekat je dengan kita. Bila kita sujud pada Allah dengan penuh nikmat itulah nikmat bahagia yang paling besar"
Ustaz Ebit Lew
Alhamdulillah. Alhamdulillah Alhamdulillah.
Ija Ramli 2014
Seminar Keibubapaan : Raising young Caliph 2014
Niat Kerana Allah
0 Komentar